Advertisement

Tempoh Barang Dari China Sampai ke Malaysia

Baru-baru ni saya ada order barang untuk anak dari China. Tempoh barang dari China nak sampai ke Malaysia rupanya sangat lambat sekarang ni. Penat menunggu barang tak sampai-sampai ke rumah. Anyway, barang tersebut merupakan set untuk kelas taekwondo. 

Mula-mula nak beli di Malaysia sahaja. Tetapi apabila survey harganya terlalu mahal di sini. Jadi jurulatih cadangkan beli dari supplier di China. 

Set tersebut adalah Taekwondo Protections Equipment Body Protector yang perlu diguna pada hari grading nanti.

berapa hari penghantaran dari China ke Malaysia

Berapa Lama Barang Dari China Sampai ke Malaysia?

Kalau tak silap, dekat China ni banyak sorting center untuk transit parcel dihantar ke luar negara. Antaranya ialah Yiwu Sorting Center dan juga Dongguan Sorting Center. 

Barang-barang yang dihantar juga sangat banyak. Dengan faktor lockdown lagi di sana. Maka berhari-hari jugalah kena tunggu parcel kita keluar dari mana-mana sorting center yang terlibat.

Dalam kes saya pula, barang dari kiriman supplier dihantar ke Yiwu Sorting Center. Dari sana ambil masa kira-kira dalam enam (6) hari untuk sampai ke Malaysia (Kuala Lumpur Hub). Kebiasaannya sebelum ni saya order barang dari sana cepat sahaja sampai. Kurang dari seminggu dah sampai Malaysia.

Dari KL pula ambil masa dalam tiga (3) hari bekerja untuk sampai ke destinasi dalam negara. Jadi jumlah hari untuk parcel sampai dari China ke Malaysia total 14 hari (2 minggu) semuanya. 

tempoh masa parcel dari China Yiwu Sorting Center ke Malaysia



Lamanya kan? Bertabahlah semua. 

Kena banyak-banyak bersabar sebab dalam tempoh China nak kekalkan polisi zero Covid ni memang tiba-tiba sahaja tempat mereka kena tutup. 

Akhirnya Parcel Shopee dari China Sampai Ke Rumah

Saya bukannya apa dengan parcel dari China ni. Buatnya la kena return ke apa disebabkan barang rosak dah kena berhari-hari pula nak dapat balik barang yang diorder. 

Kena chat dengan seller di China untuk minta mereka pastikan barang yang dihantar tu betul dengan apa yang kita order. Protection set yang saya order semuanya dalam keadaan balik dan terima dengan saiz yang betul. Betul-betul sehari sebelum hari grading. 

Jadi untuk ini kalau nak order barang dari Shopee (China) kena beringat untuk order awal kalau urgent nak guna. 

Post a Comment

0 Comments