Cara kurangkan Sakit Kaki lepas Mendaki Gunung

0

Kebiasaannya kita akan mula sakit kaki lepas mendaki atau hiking mana-mana bukit ataupun gunung. Lebih lagi kalau kita tidak pernah ada pengalaman hiking sebelumnya. 


Kesakitan yang dirasai lebih kuat berbanding jika sudah ada pengalaman mendaki sebelumnya. 


Macam mana caranya untuk kurangkan sakit kaki selepas mendaki ini?

Sebelum itu, peringatan untuk semua termasuklah saya sepatutnya pendaki yang selalu naik hutan janganlah dibiarkan kawasan laluan mendaki dipenuhi dengan sampah sarap yang dibawa sendiri.


Kalau memang dari awal memang bawa makanan berbungkus naik ke atas puncak gunung pastikan juga dibawa bersama dan buang ditempat sepatutnya semasa sudah turun ke kaki gunung.


cara kurangkan sakit kaki lepas mendaki
Photo: Gunung Pulai 1, Johor

Tips dan Petua Kurangkan Sakit Kaki Masa Lepas Hiking :

Selalunya selepas melakukan senaman berat atau mendaki gunung otot badan akan mula rasa sakit. Ini biasanya disebabkan oleh Delayed Onset Muscle Soreness atau singkatannya DOMS.


Keadaan ini terjadi sebab otot badan kita bekerja lebih daripada biasa dan akhirnya menyebabkan rasa sakit terjadi selepas mendaki. Kesakitan yang kita rasa akan lebih kuat daripada biasa jika memang tidak pernah lakukan senaman berat sebelum ni.


Tapi yang bagus, otot badan kita akan mula beradaptasi atau menerima keadaan bekerja berat serta akan bertambah kuat. 


Untuk itu, seeloknya kita digalakkan untuk lebih bersedia sebelum melakukan pendakian dengan lakukan senaman seperti berjogging atau latihan untuk mantapkan fizikal dan juga emosi.


Antara Tips Lain Kurangkan Kesan Sakit Kaki ialah:

  • Makan berat hari sebelum pendakian untuk persediaan badan sebelum mendaki. Kalau boleh kita nak elakkan kejadian seperti pengsan semasa mendaki.
  • Antara petua yang saya cuba menjadi ialah ambil protein sebaik turun dari mendaki. Antara pilihan protein baik ialah daripada telur rebus atau kalau tak makan telur.
  • Boleh juga ambil protein shake, susu atau makanan berasaskan daging ayam ataupun kekacang dan soya seperti tempe.
  • Lakukan squat-training sebelum mendaki untuk kuatkan otot kaki dan juga lutut.
  • Sedikit urutan ringan pada otot dibahagian belakang kepala lutut sebelum mendaki juga dapat bantu kurangkan tekanan pada ligamen dan otot. Dan juga boleh bantu elakkan cramp semasa mendaki.
  • Semasa mendaki jangan paksa badan. Jika rasa dah mula letih atau lutut dan kaki sakit, berhentilah berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti.
  • Buat senaman regangan dan memanaskan badan (warm-up) sebelum mendaki dan cooling-down selepas turun boleh kurangkan kesakitan otot selepas mendaki.

Bergantung Kepada Keadaan Individu

Tips dan petua seperti yang saya kongsikan ini sebenarnya bergantung kepada kesesuaian mengikut keadaan kesihatan tubuh badan masing-masing juga ya. 


Kadangkala ada masa rintangan yang paling besar yang perlu kita hadapi adalah rintangan minda kita sendiri. 


Mula kan dengan yang ringan dulu contoh aktiviti mendaki bukit dulu ke untuk kita tahu kekuatan sebenar diri. Saya pun juga adakala lemah juga dengar nak mendaki gunung.


Tapi cuba juga dalam kata sesuaikan dengan kekuatan diri sendiri (ikut pace sendiri).

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top