Pengalaman Bercuti Tempat Menarik Bukittingi, Padang Indonesia

0

Dah lama dah nak update itinerary travel ke Bukittinggi Indonesia yang lepas (sebelum PKP). Tujuan update supaya saya tak lupa jadual perjalanan kami yang lepas dan untuk panduan kawan-kawan lain yang berhasrat untuk ke Bukittingi ,Padang Indonesia


Perjalanan kami mengambil masa selama 4 Hari 3 Malam.


Kedudukan Bukittingi, Padang di Sumatera Barat Indonesia


Ianya terletak di Sumatera Barat, Indonesia (West Sumatra) serta hampir satu jam perjalanan (flight travel) dari KLIA2 ke Padang. Untuk perjalanan yang lepas, saya bersama adik dan dua orang kawan lain bertolak menaiki penerbangan Airasia jam 0750 pagi dari KLIA2. 


Kami tiba kira-kira jam 8.00 pagi (mengambil kira masa tempatan indonesia yang lewat sejam).Tiba di sana, Pak Supir memang dah ada menunggu dengan kereta Avanza, muat untuk kami berempat. Masa tu tak bawa beg banyak pun, plan untuk jalan-jalan lihat tempat orang. 


Kawasan ini di panggil Ranah Minang (Tanah Minang) kerana sebahagian besar penduduknya berketurunan Minangkabau. Ramai juga telah berhijrah ke luar antaranya ke Negeri Sembilan di Malaysia.


Tempat 8 TempatMenarik di Bukittingi Padang Indonesia


1- Singgah di Rumah Makan Lamun Ombak

Perjalanan diteruskan lagi namun sempat juga singgah makan tengahari di Rumah Makan Lamun Ombak. Kebanyakan pelanggan merupakan pelancing dari Malaysia Kata pak supir orang Malaysia ramai yang memlilih untuk menjamu selera di sini. 

 

bercuti ke tempat menarik Bukittingi Padang Indonesia

Tips #1 

Kalau makanan masakan padang, hidangan memang penuh satu meja. Kita perlu ambil yang nak makan sahaja. Kalau nak rasa sedikit pun mereka akan kenakan bayaran walaupun lauk tak habis.

 

Tips #2 

Adalah lebih baik booking hotel/tempat menginap lebih awal sebelum bertolak sebab ramai pelancong di sekitar Bukittinggi dan takut-takut tak dapat bilik untuk menginap.

 

2- Air Terjun Lembah Anai

Sepanjang perjalanan kami singgah di salah satu air terjun yang sangat cantik kawasan nya. Ikut kata pak supir, kalau selalu basuh muka guna air di lembah Anai ni boleh awet muda. 


bercuti ke tempat menarik Bukittingi Padang Indonesia

3- Muzium Rumah Gadang

Perjalanan diteruskankan lagi ke Padang Panjang yang mana terletak sebuah muzium Rumah Gadang dan pemandangan disini memang sangat-sangat lah cantik. Subhanallah.

Sebelum tu, makan dulu satay minang. 


bercuti ke tempat menarik Bukittingi Padang Indonesia


Di sini kami berpeluang untuk cuba pakaian tradisional minangkabau yang dipakai oleh pengantin berketurunan Minang. Memang cantik-cantik sangat semua baju tradisinya. 


bercuti ke tempat menarik Bukittingi Padang Indonesia


Tips #3 

Setiap pakaian yang dicuba dikenakan sewa yang tertentu (ketika ini kira-kira 35,000 Rp)


Masa ni kami tinggal di sebuah dorm di Guguk Panjang (Untuk solo/group travellers). Pendapat saya tidak berapa sesuai untuk keluarga. Satu sebab bawah tempat menginap adalah kafe yang agak bising waktu malam. Lagi satu laluan ke atas agak sempit untuk mereka yang bawa beg besar. 


itinerary 4 hari 3 malam di tempat menarik di bukittinggi Indonesia
Masjid di kawasan kampung Desa Pandai Sikek

itinerary 4 hari 3 malam di tempat menarik di bukittinggi Indonesia
Jam Gadang


4- Sulaman di Desa Pandai Sikek

Sebelum check in pak supir bawa kami melawat ke Desa Pandai Sikek. Di sini kebanyakan penduduk di sini sangat mahir bertukang dan menenun kain songket .Ada juga terdapat pelbagai jenis rekaan kain sulaman untuk dijual.


tempat menarik di Bukittingi Padang Indonesia
Pelbagai jenis telekung bunjut (telekung travel)

tempat menarik di Bukittingi Padang Indonesia
Perusahaan sulaman

5- Rumah Buya Hamka

Kami juga dibawa melawat rumah asal Prof. Dr Hamka ataupun lebih dikenali di sini sebagai Buya Hamka. Ada juga beberapa buku Prof. Dr Hamka yang berjaya di beli di Rumah Hamka.


6- Lubang Jepang/ Ngarai Sianok

Antara tempat-tempat lain yang kami lawati ialah terowong peninggalan zaman Jepun, Lubang Jepang. Dari situ juga ada kawasan yang kita boleh tengok Ngarai Sianok yang sangat la cantik. Bukittinggi memang banyak kawasan yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik !


Tips #4 

Kalau nak shopping souviner sangat la patut kalau beli disini. Ini kerana harganya yang lebih murah serta lebih banyak pilihan.

Gerai-gerai souviner sangat banyak terdapat di sekitar kawasan Lubang Jepang/ Ngarai Sianok


7- Istana Pagar Ruyong, Batu Sangkar

Hari seterusnya, kebanyakan masa kami ke kawasan pelancongan utama seperti Istana Pagar Ruyong di Batu Sangkar, kawasan yang menempatkan kesan peninggalan pemerintahan awal dan asal usul adat Perpatih.


itinerary 4 hari 3 malam di tempat menarik di bukittinggi Indonesia

itinerary 4 hari 3 malam di tempat menarik di bukittinggi Indonesia

itinerary 4 hari 3 malam di tempat menarik di bukittinggi Indonesia


Tips #5 

Di seberang jalan Istana Basa Pagar Ruyong terdapat banyak gerai cenderahati dan gerai barangan kulit. Kalau berhajat nak beli barangan kulit (kulit lembu) boleh beli di sini. 


Harga juga lebih murah jika pandai tawar menawar. Setakat ini beg kulit yang kami beli masih utuh dan cantik dipakai seakan buatan jenama terkenal.


8- Lembah Harau, Paya Kumboh.

Kemudian pada hari ketiga, kami memilih untuk stay di Lembah Harau, terletak di Paya Kumboh. Kali ni memang agak terjah juga sebab kami belum pun book chalet terlebih dahulu. Jadi ni kira tindakan yang agak kurang bijak juga. 


Dan alhamdulillah nasib kami baik dapat satu chalet untuk satu malam sebelum berlepas pulang hari seterusnya. MasyaAllah disini memang sangat-sangat cantik lagi-lagi masa selepas subuh. Di sini ada pilihan untuk memancing di kolam yang ada di depan chalet. 


itinerary 4 hari 3 malam di tempat menarik di bukittinggi Indonesia

itinerary 4 hari 3 malam di tempat menarik di bukittinggi Indonesia

 

Memandangkan masa tu masa terhad kami tak ambil pun pakej memancing tu. Seronok kan? Kalau tinggal sini dalam dua malam, mungkin sempat nak try memancing sekali.


Kembali Ke Padang

Hari ke 4 , pagi-pagi kami bertolak ke Padang untuk tunggu penerbangan balik ke Malaysia. Ini pengalaman pertama saya ke Sumatera Barat, Indonesia. Dan inshaAllah saya akan kembali lagi ke sini. 

 

Sekian sahaja la kisah jalan-jalan kami ke Bukittinggi, Padang Indonesia. Pak supir yang kami hire masa tu memang terbaik, langsung tak jemu nak tolong dan paling penting siap jadi cameraman sekali.

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top