Advertisement

Doa Dipermudahkan Urusan Untuk Amalan Harian

Amalan doa dipermudahkan urusan patut menjadi amalan harian kita. Sebagai seorang muslim doa merupakan salah satu cara kita meminta pertolongan ke hadrat Allah SWT. Ia juga merupakan antara pegangan dan juga keyakinan kita serta tanda keimanan terhadap Tuhan yang Maha Esa. 

Antara yang selalu diterapkan dari kecil hingga ke besar, dalam tiap apa jua perkara kita hendak lakukan disarankan supaya didahulukan dengan doa. 

Kita berdoa semoga Allah SWT memudahkan urusan kita, membantu kita dalam perkara berkaitan kehidupan di dunia yang fana ini.


Doa Dipermudahkan Urusan Untuk Amalan Harian

Antara doa-doa yang disarankan untuk diamalkan selalu termasuklah;

1- Doa Nabi Yunus AS



Doa rumi: Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin 

yang bermaksud; Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim

Doa ini boleh kita amalkan lagi-lagi ketika mengalami kesusahan dan kesempitan. Zikir Nabi Yunus AS ini dibaca ketika baginda berada dalam perut ikan nun. 

Dengan keyakinan baginda terhadap pertolongan Allah SWT serta keimanan yang tinggi, akhirnya baginda dibebaskan dari terus berada dalam perut ikan tersebut. 

2- Doa Berserah kepada Allah SWT

doa dipermudahkan urusan harian


Bacaan Hasbunallah Wanikmal Wakil maksudnya ialah kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa ingat dan bergantung harap hanya kepada Allah SWT. 

Kelebihan zikir ini boleh dijadikan amalan harian dan juga sebagai doa supaya sentiasa dipermudahkan segala urusan kita.

Bacaan lebih panjang iaitu Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir

Ertinya yang diterjemahkan dari Bahasa Arab bermaksud;

Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.

3- Doa Perlindungan Di Dunia dan Akhirat

Doa ini dipetik dari Surah Al Baqarah ayat 201 iaitu;
Doa Dipermudahkan Urusan Untuk Amalan Harian


Umat Islam mempunyai kesempatan hidup di atas dunia ini dan berusaha untuk berbuat kebaikan dan amalan sebagai bekalan di alam akhirat kelak. Oleh yang demikian, kita tidak dapat lari dari diuji dan berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup. 
 
Namun kita masih ada kesempatan seperti meminta dan memohon perlindungan dari Allah SWT untuk kehidupan dunia mahupun akhirat. 

Kita mohon perlindungan dari Allah SWT dari terjebak dengan dosa besar atau kecil serta dipermudahkan setiap urusan kita. 

Kebaikan Berdoa Serta Dijadikan Sebagai Amalan Harian

Doa merupakan salah satu senjata orang muslim. Doa merupakan salah satu bentuk ibadah dan dikurniakan pahala dari-Nya serta membentuk keyakinan diri sebagai seorang muslim. Antara kebaikan berdoa adalah;
  • Memperoleh rahmat dari Allah SWT
  • Membentuk keyakinan dan mempertingkatkan keimanan
  • Dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT
  • Memudahkan urusan harian
  • Doa menghilangkan duka dan kesedihan 


Selain itu, kita juga digalakkan untuk bersungguh dalam berdoa dan memohon keampunan dari-Nya serta melancarkan kehidupan kita di alam yang seterusnya kelak, inshaAllah.

Post a Comment

0 Comments