Anak Lambat Bercakap? 3 Petua dan Cara Atasi.

4

Pengalaman saya sendiri anak lambat bercakap bermula dengan anak pertama. Kemudian anak kedua juga lebih kurang sama. Ada masalah lambat bercakap. Mula-mula memang risau sangat. Jadi dalam masa sama cari juga pelbagai aktiviti merangsang anak bercakap boleh dibuat dari rumah.


Saya tak pasti nak rujuk siapa dan nak cuba petua atasi masalah anak lambat bercakap ni.


Kalau ikut fakta, pola perkembangan anak. sepatutnya pada usia 1 tahun lebih sudah mula boleh cakap "mama", "nak" dan perkataan-perkataan lain yang ringkas. Anak saya pula beliau lebih kepada tunjuk-tunjuk dan diam. 


Susah betul nak dengar dia sebut mana-mana perkataan. 


petua cara atasi anak lambat bercakap
Suka main mainan berpusing


Risau Anak Lambat Bercakap?

Risau sungguh! Dalam fikiran saya memang dan fikir macam-macam tetapi masih denial. Antara salah satu yang anak suka buat ialah dia hanya akan angguk sahaja apabila ditanya. 


Cuma lepas saya buat sedikit kajian dan berjumpa dengan doktor, sebenarnya masih belum terlambat untuk latih anak bercakap.


Kenapa Anak Lambat Bercakap Pada Usia 1 ke 2 Tahun?

Menurut fakta dari HelloDoktor, antara sebab-sebab yang boleh membuatkan anak lambat bercakap. Terutamanya pada usia dari satu ke 2 tahun termasuklah;

  1. Faktor genetik
  2. Pendedahan terlalu awal pada gajet
  3. Ibu bapa kurang berkomunikasi dengan anak
  4. Campuran bahasa pengantara di rumah

Jadi dalam kes saya, mungkin juga sebab saya masa tu masih bekerja dan sibuk. Jadi saya boleh mengaku yang saya kurang berkomunikasi dengan anak yang masih kecil. Balik pun selalunya dah malam serta terus berehat. Kurang masa bermain bersama-sama anak. 

Kesal? Ya sampai sekarang kalau teringat memang rasa agak kesal sebab tak praktikkan dan usahakan untuk lebih berkomunikasi dengan anak-anak ketika mereka masih kecil.

Tetapi masa saya sedar anak masih belum kuasai kosa kata yang sepatutnya, saya juga ada ambil langkah yang sepatutnya dan cuba betulkan kesilapan sebelum terlambat. 

Menurut doktor, ibu bapa masih belum terlambat untuk ajar anak-anak bercakap dengan petah. 

3 Petua dan Cara Atasi Masalah Anak Lambat Bercakap

Ada beberapa petua untuk atasi anak lambat bercakap. Ibu bapa boleh praktikkan di rumah sahaja dengan anak. Antaranya ialah;

1- Banyakkan Bercakap Dengan Anak

Ibu bapa memang kena banyak bercakap dengan anak-anak dari kecil lagi. Sejak anak lambat cakap, saya pun mula praktikkan amalan bercakap dengan anak-anak dari kecil. Masa bermain tanya dia main apa? 

Ajak berborak la senang cerita. Jangan diam sahaja kan. Mula-mula anak angguk-angguk sahaja. Tetapi lama-lama ada juga dia jawab soalan saya dengan perkataan ringkas. Sikit-sikit kan, lama-lama jadi pandai.

2- Tingkat Aktiviti Motor Halus dan Kasar

Ajak anak-anak keluar bermain dapat tingkatkan perkembangan motor halus mereka. Penting sebenarnya merangsang kemahiran motor halus dan kasar untuk bantu koordinasi otot badan mereka. 

Sambil bermain kita kena jadi 'kawan' mereka supaya kehadiran kita dapat mereka rasai. Selain itu, aktiviti motor halus dan kasar ini dapat buatkan anak lebih fokus. Jadi anak-anak akan lebih cepat belajar dan mula bercakap dengan kita dan orang lain.

3- Biarkan Anak Berkawan 

Kita ni kalau bawa anak-anak keluar risau juga mereka kacau anak orang lain. Lagi-lagi kalau dekat taman permainan. Anak-anak ni nak bermain bersama-sama tetapi ada juga yang bersikap kasar dan sebagainya. 

Biasalah ibu bapa akan lebih bersikap melindungi dan kadangkala over-protective sehingga sentiasa kawal anak tadi. 

Sebenarnya biarkan dahulu anak berkawan. Sambil itu kita pantau di sekitar anak. Jangan terlalu dekat supaya mereka rasa lebih bebas berkawan dan dapat tingkatkan tahap berkomunikasi dengan orang lain.

Ajak Anak Bekemas Rumah Sambil Ajar Perkataan Baru


Selain petua di atas, anak-anak suka sangat dengan barang mainan beroda dan jenis kereta. Asal ada sahaja permainan yang boleh digerakkan dia akan bertumpu ke situ. Jadi memang banyak mainan jenis beroda di rumah. 

Jadi antara aktiviti yang saya ajak mereka buat bersama ialah berkemas atau declutter rumah. Kemas semua mainan selepas bermain. 

Sambil berkemas tanya anak nak letak mana mainan-mainan tersebut. Sebelumnya saya beli siap-siap kotak khas untuk letak mainan beroda. Jadi sambil itu anak akan mula belajar perkataan-perkataan baru. 

Jangan Putus Asa Ajar Anak Lambat Bercakap

Petua di atas adalah antara dari yang saya belajar dari pengalaman sendiri. Jika ibu bapa masih buntu dengan cara dan petua  yang mungkin tidak membantu. Anda boleh bawa anak ke doktor pakar kanak-kanak untuk cari punca masalah sebenar anak lambat bercakap.

Jangan putus asa ajar anak-anak dalam usia yang masih kecil. Perkembangan mereka mungkin berbeza dari kanak-kanak yang lain. 

Semoga bermanfaat - AirisBucket.com

Post a Comment

4 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

  1. Betul tu, banyakkan interaksi dengan anak2 dari usia bayi lagi. Salah satu cara yang saya praktikkan sebab ni cara mak saya buat dulu2 ialah bacakan buku cerita sebelum tidur. Bila dah selalu buat, kadang2 balik kerja pukul 9 malam lepas mandi, solat dan makan waktu yg ada tu saya luangkan dengan bacakan bedtime stories untuk anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tahniah sis dapat amalkan cara yang bagus untuk tingkatkan kemahiran anak-anak. Terima kasih juga berkongsi ilmu.

      Delete
  2. teringat anak saudara saya lambat bercakap. bila dah pandai bercakap jadi kuat membebel plak. adeh. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang macam tuh Sal hehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top