Pengalaman Beli PC Gaming Untuk Pertama Kali

Sejak laptop Lenovo saya mula slow dan kurang efisyen, saya mula survey cara beli custom PC gaming sendiri. Laptop yang sedia ada saya guna dari tahun 2014 lagi masa sambung belajar di UTM. 

Lagi pula zaman PKP lepas punya la boring berkurung dekat rumah. Jadi carilah kalau-kalau ada custom PC gaming yang murah dekat Malaysia ni. Kalau tak dapat walk-in guna pos pun boleh kalau ada.

Kira ni cerita beli dah lama cuma baru nak update kat blog. Untuk memori gitu. Laptop lama pula banyak jasanya. Antaranya masa zaman belajar saya ada ambil upah buat blog terutamanya blogspot kebanyakan untuk rakan-rakan yang baru berjinak dengan buat dan bina blog sendiri.

Sambil-sambil tu kan dapat juga duit saku. Bukan tak usaha nak selamatkan laptop lama. Cuma banyak sangat komponen yang dah mula rosak. Nak baiki dan upgrade perlukan kos yang agak tinggi. 


Apa Maksud Custom PC?

Maksud custom PC ni segala hardware dan komponen kita pilih dan gabungkan (mix match) sendiri. Tetapi! Ada tapinya bukan suka hati sahaja boleh gabung semua komponen dalam PC ni.

Kenalah tengok sama ada sesuai atau nama lain compatible ke atau tidak antara satu sama lain. Kalau noob (newbie) macam saya ni kena consult juga dengan technician kedai supaya tidak tersalah beli. 

Antara hardware PC yang perlu dipertimbangkan termasuklah kad grafik (GPU), pemproses (CPU), storan dan juga RAM. 

Antara kelebihan bina dan beli custome PC gaming ni anda boleh tambahbaik (upgrade) komponen atau spesifikasi dari semasa ke semasa. 


Pengalaman & Cara Beli Custom PC Gaming

Okey survey punya survey akhirnya saya jumpa satu kedai komputer dekat Ulu Tiram. Kedai ni ada sediakan perkhidmatan bina custom PC ikut bajet pelanggan. Dengan harga yang ditawarkan agak berbaloi dari kedai-kedai lain maka saya decide untuk beli di sini sahaja.

Oleh sebab saya ni tak ada kepakaran nak pasang sendiri dan kebetulan husband pula sibuk. Jadi kena tambah upah untuk pasang sekali. 

Komponen dia bagi pilihan untuk kita mix match siap dengan consultationnya sekali. Kalau tak suka boleh tukar ikut kemampuan kita. Menarik? 

Saya rasa menarik sebab ini pertama kali beli PC gaming sendiri. Saya plan nak guna untuk bermain computer games dan juga untuk kegunaan reka grafik (graphic design) yang ringan.


Pengalaman Beli PC Gaming murah
Set lengkap custom PC gaming bajet saya

Panduan Beli PC Gaming Untuk Pemula (Beginner)

Kalau nak mudah boleh sahaja beli PC gaming full set di Shopee Malaysia. Pada awalnya saya nak beli set PC Gaming secondhand yang jauh lebih murah dari set baru. Kalau buka laman Shopee banyak juga yang jual set terpakai dari cybercafe. 

Tetapi sebab dah jumpa kedai yang dekat dengan rumah maka beli di kedai sahaja. Lagipun dapat ambil pengalaman belajar fungsi, pilih  dan beli setiap komponen. Untuk set PC yang lengkap kena upah technician pasangkan.

Antara Senarai Barang Komponen Asas untuk PC Gaming antaranya ialah;  

  • Unit pemprosesan pusat (CPU)
  • Memori (RAM)
  • Unit pemprosesan grafik (GPU)
  • Storan (storage SSD/HDD)
  • Unit bekalan kuasa (PSU)
  • Cooling System
  • Perisian permainan
  • Sistem operasi (OS)

Setiap satu komponen diatas ni perlu dipastikan sesuai dipakai antara satu sama lain. Kalau tidak nanti akan beri pengalaman guna yang kurang menarik. 

Antara pengalaman yang tidak berapa menarik seperti, 
  • Komputer tidak laju. 
  • Tak dapat nak render grafik dengan baik.
  • Permainan komputer tidak dapat dimainkan kerana spesifikasi PC yang kurang.

beli bajet PC gaming
PUBG Emulator

Biasanya seorang ni selalu conquer PC


Spesifikasi Custom PC Gaming Saya 

  1. Casing Segotep Prime M
  2. Processor AMD Ryzen 5 2600
  3. Motherboard (MOBO) Asrock A320M HDV (tiada RGB)
  4. Graphic Card Gigabyte GeForce GTX 1660
  5. RAM 16 GB (2 x 8GB)
  6. Storage SSD 250GB
  7. Stock CPU Cooler AMD Wraith Stealth

Atas kekangan bajet maka MOBO saya ambil A320 sahaja (paling minimum). Tetapi kekurangannya tidak boleh overclock. Saya pun tidak ada plan nak overclocking the MOBO jadi tak ada masalah sangat setakat ini. 

Harga lebih kurang RM2600 (Tidak termasuk Windows OS (ori), Mechanical keyboard dan juga monitor) dan pick up sendiri di kedai. 

beli AMD Ryzen 2600 Mobo
Proscessor AMD Ryzen 5 2600

PC gaming segotep M rig
Casing Segotep Warna Hitam (Putih dah habis pula)


Set di atas pada saya untuk permainan (computer games) yang tidak berapa berat seperti PUBG (emulator), Minecraft, Genshin Impact dan juga FIFA. Dari pengalaman bermain setakat ini dalam keadaan yang bagus dan memuaskan. 

Kemudian adakalanya PC disambung ke TV sebelum kami beli smart TV lepas juga tiada masalah dan sangat smooth. 

Lain Orang Lain Bajet Untuk Gaming PC


Kalau contoh anda nak jadikan PC gaming ni betul-betul power kena beli motherboard, pemproses serta grafik unit yang high end sikit. Tapi untuk light user macam saya spesifikasi di atas setakat ini masih mencukupi. 

Nak cuba juga download games yang lebih berat tetapi tunggu ada bajet dahulu. 

Duit dari kerja sambilan upah menulis dan juga review saya dikumpulkan untuk beli custom PC gaming yang pertama. Harap-harap bertahan lama untuk digunakan sehingga ada bajet untuk upgrade nanti.

Post a Comment

4 Comments

  1. First time tahu istilah custom PC. Thanks for sharing. Hebat awak. Kalau saya yang buta IT ni nak beli laptop biasa pun pening kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Kita sama2 belajar sebab saya pun masih newbie lagi.

      Delete
  2. Memang tahu kalau PC Gaming harga dia telan air liur. Tak tahu lah kalau one day anak akan minta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia suka main computer games, lama-lama mesti minta juga tu hehe

      Delete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code