Berapa Kos Repair Bumbung Rumah Bocor

Pening fikir kos nak repair bumbung rumah bocor. Lagi-lagi rumah jenis dua tingkat. Rata-rata semua nak pakai forklift naik ke atas. Tambah kos lagi. Bukannya murah sekali nak repair bahagian yang pecah, rosak dan bocor.

Lama juga survey harga nak betulkan balik masalah bumbung bocor ni. Antara sebab nak dapatkan servis yang terbaik dengan harga upah yang mampu milik. 

kos baiki dan repair bumbung rumah teres bocor


3 Cara Repair Bumbung Rumah Sendiri

Antara cara yang boleh dibuat sendiri tanpa upah kontraktor ialah dengan mengunakan;

  • Repair bumbung dengan silikon 
  • Gunakan cat khas kalis air
  • Gunakan sealing tape untuk masalah kebocoran kecil

Cuma untuk cara di atas ni kena panjat sendiri naik ke bahagian bumbung yang bocor. Mula-mula memang kami juga cuba buat sendiri.Tetapi akhirnya masalah bumbung bocor makin teruk sebab bukan kepakaran kami baiki rumah.

Jadi ada baiknya masalah rumah jika kita bukan pakar carilah orang yang betul-betul faham sistem binaan rumah dan bumbung untuk betulkan

Berapa Kos Diperlukan Repair Bumbung Rumah Bocor?

Dalam masa mencari jumpa dengan satu kontraktor yang mempunyai portfolio kerja yang baik. Itupun lepas tanya jiran-jiran setaman dan yang dah ada pengalaman betulkan bumbung rumah.

Masa kontraktor datang sempat juga borak-borak tanya tentang kos dan juga harga bumbung. 

Menurut kontraktor ni harga upah dan kos baiki bumbung bocor bergantung pada;

  • Jenis bumbung
  • Tahap kerosakan 
  • Bahagian yang bocor (susah nak dicapai atau tidak)
  • Keperluan untuk guna forklif (rumah jenis tinggi)
  • Pekerja yang diperlukan untuk servis baiki bumbung bocor

Itulah antara sebab dan penilaian yang diberikan kepada tuan rumah kalau nak betulkan balik mana-mana bahagian bumbung atau atap yang rosak.

Kos Keseluruhan Baiki Atap Rumah Teres Bocor

Untuk kami, kos yang diperlukan dalam RM1500 untuk seluruh bahagian yang rosak, jenis rumah dua tingkat dan juga disertakan sekali jaminan satu tahun servis. 

Maksudnya kalau ada bahagian yang masih bocor kontraktor tetap datang betulkan dalam masa setahun secara percuma. 

Masa ni lega sebab kontraktor kata tak perlukan forklif untuk naik ke bumbung tingkat atas. 

Kalau terpaksa guna kena tambah lagi dalam RM400-600 (kos sewa forklif).

Post a Comment

2 Comments

  1. Pening jgk kan klu problem ni berlaku.. Lagi2 kami kat rumah yg takde lelaki dewasa nak pantau atau handle mende2 ni.. Tp rm1500 utk rumah 2 tingkat kira ok lagi.. Kami yg rumah setingkat pun harga lbh krg jgk ni.. Klu dpt kontraktor yg jujur dan x berkira dan berbaloi mmg puas hati la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis, kalau kontraktor jujur ok. Yang sedih kalau dapat kata dah betulkan tapi buat kerja tak sempurna, tak lama dah bocor semula.. huhu

      Delete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code