Masa saya hubungi beliau ternyata belian template blog tersebut perlu dilakukan dengan cara transfer duit ke akaun bank beliau di Indonesia. Saya semak melalui Maybank2u cuma cas yang dikenakan agak tinggi.
Jadi beliau cadangkan saya guna Wise (dahulu dikenali sebagai TransferWise). Menurutnya urusan transaksi akan lebih cepat dan mudah. Selain itu rate tukarannya berdasarkan real time dan cas yang rendah berbanding bank tempatan.
Anda pernah dengar tentang aplikasi Wise dan cara gunakannya? Jom baca lagi di bawah.
Kelebihan Guna Aplikasi Wise Transfer
- Tukaran mata wang asing dengan nilai lebih tinggi berbanding bank tempatan
- Cas yang dikenakan lebih rendah berbanding transfer menggunakan bank tempatan
- Terbaru Wise memperkenalkan kad Visa yang boleh digunakan ketika anda ke luar negara
- Boleh keluarkan duit di mesin ATM menggunakan kad Wise
Simpan Duit Dalam Matawang Asing Untuk Ke Luar Negara
Lagi satu kelebihan Wise ialah anda boleh simpan duit dalam matawang luar negara. Sebagai contoh anda nak melancong, anda boleh masukkan nilai wang yang diperlukan dalam Wise.
Keluarkan dengan kad ketika berada di luar negara nanti. Untuk kad Wise pula boleh dimohon dengan bayaran RM13.70 (5 tahun).
Cara Transfer Duit Ke Indonesia Guna Wise
- Mula-mula anda kena daftar akaun di aplikasi Wise
- Masukkan butir-butir yang diperlukan
- Sahkan akaun dengan kad pengenalan (kena upload gambar sendiri dan juga kad pengenalan)
- Kemudian buka bahagian Hantar (Send) dan masukkan nilai transaksi
- Seterusnya masukkan nama penerima dan email (jika mereka ada akaun Wise)
- Jika tiada anda akan diminta untuk masukkan nombor akaun bank di negara asal mereka
- Teruskan transaksi dengan cara bayaran dari akaun bank ataupun dari wang sedia ada dalam akaun Wise anda.
- Penerima akan terima dalam masa satu hari bekerja (24 jam).
Masukkan jumlah transaksi dan teruskan untuk butiran lain |
Urusan Transaksi Ke Luar atau Dalam Negara Lebih Mudah dan Cepat
Transaksi berlaku kurang dari 24 jam (mudah dan pantas) |
Ikut pengalaman saya, penerima terima dalam tempoh yang cepat tidak sampai pun 24 jam. Mudah kan?
Jika anda seorang freelancer yang menerima bayaran dari luar negara, anda juga boleh gunakan Wise selain dari Paypal.
Mana mana nak transfer duit ke Indonesia?
Selain daripada gunakan aplikasi WISE macam saya terangkan di atas, anda juga boleh cuba pelbagai cara lain untuk transfer duit ke luar negara contohnya;
- Melalui bank tempatan (Maybank, CIMB dan lain-lain)
- Guna Western Union
- Melalui Paypal
- Valyou
Sebelum ni saya pernah guna Western Union untuk urusan transaksi luar negara. Tetapi nak kena pergi ke cawangannya pula satu hal.
Nak mudah nak kirim duit ke Indonesia atau negara lain lepas ni. Mana tahu kalau nak sub-con kerja-kerja melibatkan teknikal yang tiada di sini.
0 Comments