Advertisement

Resipi Bubur Kacang Hijau Mudah Disediakan

Biasanya kalau dimajlis kenduri kahwin, bubur kacang hijau disediakan sebagai salah satu hidangan pencuci mulut untuk para tetamu. Dan saya juga tak akan lepaskan peluang untuk cuba semangkuk dua.

Tapi sekarang macam susah pula nak dapat peluang hadir ke majlis-majlis keramaian. Salah satu sebabnya sibuk dengan kerja dirumah dan menguruskan anak-anak sekolah.

Bila dah dirumah ni idea nak memasak selalu datang yang bermacam-macam juga. Salah satunya buat roti jala lembut dan sedap dan juga bubur kacang hijau. 

Susah Nak Jumpa Peniaga Jual di Gerai

Tapi dah keluar nak membeli tiba-tiba memang tak berapa ada orang menjual bubur kacang hijau semenjak dua minggu nih. 

Puas juga cari peniaga yang buka gerai jual manisan dekat sekitar kawasan taman dekat dengan rumah, tapi mungkin belum ada rezeki nak jumpa lagi. 

Saya sebenarnya bukanlah pakar sangat nak masak bubur kacang hijau ni, tapi nasib baik jugalah sebab boleh call dan tanya mak cara nak masak.

Alang-alang dah masak, saya share bahan yang diperlukan dan juga cara memasak bubur kacang hijau mudah dan simple cara mak saya.

cara buat bubur kacang hijau sedap
Semangkuk bubur kacang hijau sedap


Resepi Bubur Kacang Hijau Cepat & Mudah

Bahan yang diperlukan adalah ;

  • Kacang Hijau 300 gram
  • Santan sekotak 200gram
  • Gula melaka/merah 2 sudu
  • Gula Pasir 3 sudu
  • Garam secubit
  • Halia satu inci (hiris nipis)
  • Daun pandan

Cara- caranya adalah ;

  • Rendam kacang hijau semalaman ( masa ni saya rendam setengah hari je lupa keluarkan). 
  • Kalau tak sempat nak rendam semalaman, kena rebus lama sikit untuk pastikan yang kacang hijau tu empuk dan lembut.
  • Rebus kacang hingga empuk dan masukkan hirisan halia kedalam rebusan.
  • Masukkan gula melaka, gula pasir dan juga garam secubit.
  • Masukkan daun pandan (ikat kecil).
  • Kacau rata dan kecilkan api dapur.
  • Masukkan santan perlahan-lahan dan kacau untuk elakkan santan berketul.
  • Rasa bubur samada seimbang gula, garamnya.
  • Garam secubit cuma untuk naikkan rasa lemak santan. Jangan letak banyak nanti masin pula bubur kacang anda. 

Okey, bubur pun dah siap boleh la dihidangkan untuk dimakan bersama keluarga di rumah. 

Selamat mencuba semua. 

Terima kasih kerana membaca di blog saya.

Post a Comment

0 Comments