Advertisement

Review Pengalaman Staycation Di Ibis Styles Kota Bharu Kelantan

Baru-baru ini kami berpeluang untuk stay di Ibis Styles Hotel yang merupakan salah satu penginapan di Kota Bharu Kelantan. Dah lama rasa nak berjalan-jalan ke sini sebenarnya. 

Kali terakhir ke Kota Bharu seingat saya dalam tahun 2017 kalau tak silap. 

Itupun sebab ada kawan sekerja yang melangsungkan perkahwinannya di sana. Cuma tak sempat nak berjalan sangat masa tu. 


Lobi hotel



Penginapan di Kota Bharu Kelantan - Ibis Styles Hotel

Untuk penginapan kali ni, kami pilih untuk tinggal di Ibis Styles Hotel. Kalau tak silap hotel ni baru sahaja dibuka di Kota Bharu, Kelantan. Untuk bilik pula kami pilih family room dengan satu katil king dan juga sofa bed. 

Bilik pula menghadap bandar Kota Bharu. Cuma yang tak berapa best ialah bilik airnya di buat dengan cermin jenis telus pandang dan agak lutsinar. 

Haha! Aduh, nampak la kan kalau nak mandi kat dalam tu walaupun samar-samar. Nasib baiklah kami ada sunshade kereta yang jenis lebar. Kami pasang pada cermin bilik air supaya terlindung sikit dari pandangan.

Selain itu dalam bilik ada disediakan mesin kopi Arissto dan juga dua kad jadi agak senang untuk akses ke mana-mana sendiri. Bilik bersih dan urusan check in berjalan dengan lancar. 

Biasanya kalau stay hotel atau homestay contohnya di Kuantan lepas, pemilik sediakan kopi 3 dalam 1. Yang ni special sikit sebab tinggal masukkan kiub kopi sahaja dan tunggu sehingga dibancuh. 

Mesin kopi disediakan untuk tetamu hotel

Family room dengan sofa bed

Bilik air berdinding kaca


Kolam Renang Tertinggi

Kolam renang untuk tetamu hotel pula terletak di tingkat paling atas. Tak silap tingkat 20. Kolamnya tidak lah besar mana, tetapi cukup untuk anak-anak bermain air. 

Gym juga disediakan secara percuma untuk pengunjung. Ia terletak berhadapan dengan kolam renang di tingkat 20.

Hotel terletak berhadapan Sungai Kelantan

Kolam renang

Pemandangan dari tingkat 20


Parking untuk kereta juga disediakan sama ada dalam parking lot dalam bangunan dan juga di luar bangunan. Tak risau sangat nak letak diluar sebab ada guard yang jaga kawasan sekitar hotel.

Jadi untuk anda yang akan datang ke Kota Bharu untuk bercuti atau atas urusan kerja mungkin boleh pertimbangkan untuk stay di Hotel Ibis Styles Kota Bharu ini.

Post a Comment

0 Comments