Advertisement

Pengalaman Menginap di Timur Bay Seafront Residence Kuantan

Kali ni nak cerita pengalaman menginap di Timur Bay Seafront Residence. Sebelum ke sana kami biasanya check review menginap di sini dulu. Nampak semua ok jadi kami book terus. Mula-mula cadang nak stay dalam sehari sahaja lah di Kuantan. 


Tapi sebabkan masa tu suami kurang larat nak memandu jadi kami ambil keputusan untuk add-on sehari lagi. Nasib baik dan rezeki (alhamdulillah) sebab keesokkan harinya masih belum ada tenant yang nak masuk untuk menginap.


Pengalaman Menginap di Timur Bay Seafront Residence Beserah :

Kami cari tempat menginap dan reviewnya melalui airBNB mulanya, tapi cancel sebab jumpa ada yang lagi murah di instagram. Kalau-kalau kalian nak menginap di Timur Bay Seafront Residence di Pantai Balok, Beserah. Tak berapa jauh dari pusat bandar dan berdekatan dengan Swiss Garden Hotel Kuantan. 

Kami dapat bilik tingkat bawah (ground floor) yang sangat dekat dengan kolam renang. Ini memang suatu plus point untuk kami yang ada anak-anak kan. Seronok anak-anak dapat mandi kolam dan juga pantai. 

Cumanya tak dapat la nak view pantai dari bilik sebab terlindung. 

Saya rasa lagi berbaloi kalau dapat stay di unit tingkat atas sebab dapat tengok matahari terbit dan juga pemandangan keseluruhan tempat ini.

Review Menginap di Timur Bay Seafront Residence Kuantan

Oh ye! pantai pun depan kolam renang jadi memang dalam suatu jarak je nak mandi pantai.  Depan pintu keluar ke pantai ada banyak ATV/Buggy yang boleh disewa. 

Pada saya okey sahaja, cuma untuk sesetengah pengunjung ada yang kurang selesa sebab bunyi bising dan mungkin sedikit bahaya untuk kanak-kanak dan orang awam yang ingin berjalan ke pantai.

Review Timur Bay Seafront Residence Kuantan
ATV di depan Timur Bay Seafront Residence Kuantan

Review Timur Bay Seafront Residence Kuantan

Review Timur Bay Seafront Residence Kuantan

Review Timur Bay Seafront Residence Kuantan

Review Timur Bay Seafront Residence Kuantan

Review Timur Bay Seafront Residence Kuantan

Kelebihan: 

  • Kolam renang ada banyak untuk dewasa dan kanak-kanak
  • Parking pengunjung (visitor)berdekatan dengan bilik jadi senang nak angkat barang.
  • Kemudahan apartment lengkap (fully furnished)
  • Dekat dengan pelbagai tempat makan di sekitar Beserah.
  • Management apartment memang betul-betul jaga sekitar kawasan kolam, pintu masuk jadi kena ikut SOP yang telah ditetapkan untuk elak didenda.

Perkara perlu diambil kira jika ingin menginap di sini:

  • Jika anda ada ahli keluarga yang ramai lebih baik ambil yang betul-betul owner kata ada dua bilik (bukan apartment jenis studio)
  • Bilik jenis studio memang sesuai dan selesa untuk 4 orang sahaja pada saya.
  • Semua kemudahan dalam bangunan kena ada access card termasuklah hendak ke pantai.
  • Access card hanya ada satu sahaja. Jadi kalau nak ke mana-mana contoh pantai kena keluar sekali ahli keluarga sebab pintu ada lock untuk access card.
  • Untuk kolam renang pula perlu book terlebih dahulu. Isi nama dan bilik serta hanya dibenarkan satu jam sahaja setiap sesi. Kalau nak mandi lagi kena book semula dan terhad.

Macam kami mandi kolam satu jam dan lepas tu ke pantai pula untuk main pasir dan mandi. Tapi masa keluar kolam tu kalau anak-anak nak mandi kita terus book untuk sesi petang pula. 

Ikut SOP Pengurusan dan Putuskan Rantaian COVID

Jadi masa bercuti dalam masa pandemik Covid-19 (sekarang dah Omicron) kena la ikut setiap Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan. 

Kalau bercadang menginap di hotel atau tempat penginapan lain kena pastikan dulu macam mana SOP mereka supaya nanti tidaklah kecewa kalau kemudahan seperti kolam renang tidak dapat digunakan.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk kalian yang bercadang bercuti ke Kuantan, Pahang.


Lokasi: 

Timur Bay Seafront Residence 
Jln Kuantan - Kemaman, Kampung Sungai Karang Pantai, 26100 Kuantan, Pahang

Post a Comment

0 Comments