Antara Tempat Makan Menarik di Kuantan [2022]

0
Baru-baru ini kami sekeluarga berpeluang ke Kuantan, Pahang untuk melancong sambil mencari tempat makan menarik di Kuantan. Kalau ikutkan rasanya memang tak dapat nak cover semua tempat makan yang ada di Kuantan ni disebabkan kekangan masa dan juga kos. 

Jadi kami hanya pilih beberapa tempat tersenarai antara yang patut dilawati di Kuantan bersesuaian dengan selera dan juga bajet kami. 

Antara Tempat Makan Menarik Di Kuantan

1. Lena Cafe By Kayuwoods 

Suasana deko dalaman memang menarik sesuai dengan nama kafe ini. Cantik dan sangat instagrammable. Nak bergambar memang setiap sudut pada saya menarik. 

Untuk makanan pula pada saya portion agak kecil dengan tawaran harga setiap menu. 

Makanan sampai cepat dan staf juga mesra pelanggan. Yang saya suka cendawan enoki goreng dia sedap. Menu lain-lain mungkin boleh diperbaiki lagi.

Lokasi : 36, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

tempat makan menarik kuantan

tempat makan menarik kuantan


2. Restoran Ikan Bakar, Tanjung Lumpur (Makan Malam)

Setakat ni yang dah cuba ialah Ana Ikan Bakar dan juga Super Top Ikan Bakar. Kedai ikan bakar tidak silap saya memang banyak dekat kawasan sini. Tuan rumah tempat menginap cadangkan kami ke Mail Ikan Bakar sebab katanya antara yang paling sedap selain Ana Ikan Bakar. 

Sayangnya masa tu tutup. Jadi kami terus sahaja ke mana-mana kedai ikan bakar yang ada parking kereta sedia ada. Anak-anak pula dah kelaparan lepas main pantai petangnya. 

Makanan agak lambat sebab cuti sekolah dan sangat ramai orang. Ikan bakar setakat ni menu terbaik dan patut dicuba ialah ikan bakar petai. Insha'Allah tidak menyesal.

Cumanya kalau bawa keluarga cuba datang seawal mungkin untuk elak bersesak dan juga makanan sampai ke meja lambat. 

Lokasi : Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang

tempat makan menarik kuantan

tempat makan menarik kuantan


3. Selera  Mangkuk TokWan

Kami kesini untuk makan tengahari sambil berjalan-jalan di sekitar kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan dan singgah solat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini. Cantik sangat masjid ni dan juga luas. 

Ok, berbalik ke restoran ini. Makanan sedap dengan pelbagai jenis lauk pauk disediakan untuk pelanggan. Yang saya suka tentunya gulai lemak patin Temerloh tempoyak siap dihidang dalam claypot. 

Memang mengancam makan panas-panas dengan nasi dan juga sambal belacan. 

Ada juga lauk ikan patin pais tempoyak tetapi kena tunggu untuk dimasak. 

Harga berpatutan dan kedai juga bersih. Sesuai untuk seisi keluarga menikmati juadah dan makan tengahari.

Lokasi : Lorong IM 5/2, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

tempat makan menarik kuantan

tempat makan menarik kuantan


4. Kimstone Food Court & Mall

Antara yang paling saya rekomen ialah Kimstone Food Court & Mall kerana dekonya ala garden feast iaitu makan dalam taman macam tu. Konsepnya adalah medan selera tetapi cantik serta ada busking yang akan menghiburkan pengunjung ketika menikmati hidangan. 

Biasanya apabila berjalan dengan keluarga ini masing-masing ada selesa tersendiri. Jadi untuk atasi masalah ketidaksefahaman antara ahli keluarga, maka ke sini lah kita. 

Terdapat pelbagai kiosk yang menjual makanan ala Western, Korean Street Food, Satay dan juga Sizzling serta masakan panas. Ada kiosk jual Coconut Shake (Kelapa Joget) lagi dan juga pelbagai jenis air lain. 

Kebiasaannya musim cuti sekolah akan ramai orang. Jadi kena beratur di luar sehingga diberitahu tempat duduk sudah ada barulah kita dibenarkan masuk untuk order. 

Tips kalau bawa orang tua minta tempat duduk yang sesuai contohnya di bawah dewan depan kiosk. Sebab kalau nak duduk lama di bangku jenis kayu potong tu sakit punggung.

Lokasi : Lot 2595, Jln Kuantan - Kemaman, Pusat Kesihatan Beserah, 26100 Kuantan, Pahang

Tempat Makan Menarik di Kuantan

Tempat Makan Menarik di Kuantan

Tempat Makan Menarik di Kuantan


5. Kula Cakes

Antara ikon Kuantan iaitu Kula Cakes yang terletak betul-betul berhadapan dengan Menara 188 Kuantan. Antara yang saya cuba ialah pilihan ramai mereka iaitu Mango Cheesecake. 

Rasa agak manis tapi boleh tahan sedap. Buat yang kurang gemar manis mungkin bukan pilihan untuk anda. Terdapat juga pelbagai jenis kek lain untuk dicuba.

Yang menarik perhatian ialah suasana kafe yang cantik dan bersih. Boleh bergambar sepuasnya dengan latar belakang dan juga dekorasi yang sangat menarik. 

Lokasi : 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

tempat makan menarik kuantan

tempat makan menarik kuantan


Lain-lain Tempat Makan Menarik di Kuantan, Pahang:

  • Mee Calong Kampong Alor, Beserah
  • Nasi Kukus Mama
  • Sara Thai Kitchen
  • Akob Patin House
  • Jaman Tori
  • Cendol Tok Gajoh


Tempat makan menarik adalah antara yang kami pergi cuba sendiri semasa ke sana cuti lepas. Ada juga dalam senarai di atas yang tidak sempat kami singgah tetapi anda mungkin boleh pergi untuk cuba.

Semoga bermanfaat dan selamat menjamu selera semua.

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top