Persiapan Barang Untuk Bercuti Ke Pulau Serta Aktiviti Snorkeling

6
Beberapa barang untuk bercuti ke pulau-pulau ataupun melakukan aktiviti seperti snorkelling perlu disediakan sebelum ke sana. Tahun lepas kami ada ikut serta trip ke pulau-pulau di sekitar Mersing dan juga ke Pulau Kapas Kuala Terengganu. Plan asal kami ke pulau ialah untuk bercuti dan juga untuk melakukan aktiviti pantai serta nak rasa pengalaman menaiki bot laju. 

Pulau Kapas agak terkenal di kalangan pelancong di Kuala Terengganu kerana jaraknya yang dekat dengan tanah besar. Oleh itu Pulau Kapas boleh di lawati dalam masa sehari tanpa perlu bermalam. 

Masa kami ke sana jarak perjalanan menaiki bot laju hanya dalam masa 15 minit sahaja untuk ke pulau. 

Persiapan Barang Untuk Bercuti ke Pulau dan Lakukan Aktiviti Snorkeling

Antara senarai barangan yang perlu anda bawa dan sediakan sebelum ke pulau antaranya ialah;

1- Jaket Keselamatan Saiz Kanak-Kanak

Sebenarnya tanggungjawab menyediakan jaket keselamatan memang terletak pada penganjur atau pemilik bot laju. Kebiasaannya memang ada di atas bot. Namun, dari pengalaman saya lepas kebanyakan jaket keselamatan bersaiz dewasa. 

Kalau adapun yang saiz kanak-kanak ianya agak terhad dan mungkin akan berebut dengan keluarga lain yang ikut sama dalam bot ke pulau.

Musim penyakit sekarang ni ada juga yang mengambil langkah untuk tidak berkongsi barangan dengan pengunjung yang lain. Jadi jika anda termasuk dalam golongan ini, maka perlu beli jaket keselamatan sendiri. 

Macam saya masa ke pulau lepas, saya beli untuk anak yang memerlukan jaket keselamatan saiz yang lebih kecil. Tindakan saya betul kerana memang kuantiti terhad semasa di atas bot. Saya beli online Shopee sahaja.

checklist barang untuk ke pulau
Jaket keselamatan untuk anak (saiz kanak-kanak)

2- Snorkeling Gear 

Sama juga macam jaket keselamatan. Memang tour guide akan sediakan jika kita tambah pakej snorkeling di taman laut berdekatan pulau. Tetapi contoh untuk saya yang rabun ni memang tidak akan nampak pun kalau pakai snorkeling goggle yang tiada power untuk mata.

Jadi untuk kes orang rabun tetapi nak snorkeling, maka kena tambah sendiri atau beli yang ada power. Cuma memang harganya agak mahal. Jadi saya cuma beli lens sahaja untuk ditampal pada goggle. 

Mudah kan? Beli dimana? Saya beli di Decathlon sahaja secara online. Sebenarnya untuk powered lens yang jenis lekap ni sesuai digunakan untuk full mask goggle. Ada juga dijual di Decathlon. Tapi masa kami nak ke pulau full mask ni dah habis. 

cara tambah lens untuk snorkeling goggle
Cara tambah powered lens untuk snorkeling goggle

3- Dry Bag (Beg kalis air untuk letak barang berharga)

Kalau tengok di mana-mana aplikasi online shopping memang ada pelbagai jenis dry bag ini dijual. Dari yang berjenama mahal hinggalah yang biasa-biasa. Tetapi apapun yang penting ialah kualiti bahan yang digunakan. Baca review dulu dan baru beli.

Dry bag digunakan untuk letak barang-barang elektronik seperti smartphone dan powerbank. Selain tu nak letak barang yang tidak boleh kena air. Pada saya memang sangat penting sebab atas bot nanti kita mungkin akan basah disebabkan ombak kuat. 

dry bag untuk di bawa ke pulau
Dry bag pelbagai guna


Checklist barang untuk bercuti di pulau
Beg galas pelbagai guna

4- Makanan dan Air Mineral Untuk Alas Perut

Masa saya ke Pulau Kapas penganjur memang tidak sediakan makanan. Jadi awal-awal lagi kami dah beli makanan ringan yang mudah dibawa dalam beg untuk bekalan. Serius ! Lepas main air laut dan snorkeling kita akan sangat lapar. 

Nasib baik bawa bekal makanan dalam beg. Nak tunggu semua peserta habis snorkeling agak lama juga sebelum balik ke pulau. Dengan keadaan yang sejuk lagi maka makanan dan air untuk alas perut sangat-sangat perlu.

5- Tikar Kecil Untuk Tempat Duduk

Okey untuk ini optional. Kalau day trip ke pulau macam keluarga saya lepas memang sangat berguna tikar kecil ini. Lagi-lagi masa tu saya bawa orang tua sekali. Biasanya mereka tidak lah ikut serta untuk aktiviti snorkeling. Maka memang mereka akan berehat di mana-mana kawasan tepi pantai yang sesuai. Sementara saya bawa anak-anak dan ahli keluarga lain beraktivit di laut, orang tua kami duduk berehat di tikar kecil.

Kenapa tidak berehat di pondok ataupun restoran? Sebab masa ke sana sangat ramai pengunjung. Nak tunggu meja kosong memang tak sempat kerana kami perlu naik bot lain untuk ke taman laut. Pondok pula terhad. Siapa cepat dia dapat macam tu. Jadi tikar kecil ini memang sangat diperlukan.

barang perlu dibawa sebelum ke pantai dan pulau
tikar pantai pelbagai guna

6- Kasut Pantai ( Water /Aqua Shoe)

Kalau ke pantai kena juga berkasut yang tahan lasak dan khas untuk digunakan di dalam air. Antara sebabnya ialah di pulau memang banyak karang laut. Adakala yang mati tu terdampar di tepi pantai. Kalau terpijak memang kaki boleh luka atau cedera dan sakit. 

Kegunaan kasut pantai bertujuan untuk melindungi kaki kita ketika beraktiviti di dalam air laut. Saya beli di Decathlon dan juga Sports Direct. Harga lebih kurang RM25 (selepas diskaun) sepasang ikut saiz. 

Ada juga yang lebih mahal daripada itu bergantung pada jenama dan bahan yang digunakan. 

senarai barang untuk bercuti ke pulau
Kasut pantai (Aqua shoes) beli di Decathlon dan Sports Direct

senarai barang untuk bercuti ke pulau
Selesa dipakai. Tak sakit kaki semasa lakukan aktiviti air.

7- Topi

Ini juga antara pilihan yang boleh diambil kira sebelum ke pantai. Kadangkala di pulau ada juga penjual yang buka gerai jual topi dan sebagainya. Tetapi kebiasaannya harganya agak mahal berbanding di tanah besar. 

Boleh beli dulu siap-siap sebelum ke pulau. Keadaan di pulau biasanya panas terik. Topi boleh digunakan bukan sahaja untuk bergambar dan ber-OOTD tetapi untuk melindungi kepala daripada panas terik.

checklist barang ke pantai
Beli di : Shopee 

Antara Lain Checklist Barang Untuk Percutian Ke Pulau

  • Krim Pelindung UV (Sunscreen/Sunblock)
  • Duit belanja
  • Pakaian lebih untuk salinan
  • Ubat-ubatan yang diperlukan
  • Swimming suit 
  • Penyembur anti-nyamuk
  • Beg galas (tidak digalakkan bawa beg tarik sebab susah nak angkat naik ke bot)

Itulah antara senarai checklist barang untuk bercuti ke Pulau dan juga untuk melakukan aktiviti laut seperti snorkeling. Kalau ke pulau ni lagi seronok bersnorkeling sekali sebab dapat tengok ikan-ikan dan juga karang laut dengan lebih dekat. 

Kalau ada rezeki kita akan dapat lihat penyu dan juga haiwan laut lain. Cuma kita sebagai pengunjung kena berhati-hati semasa melakukan aktiviti supaya tidak menganggu ekosistem dalam laut atau merosakkan terumbu karang.

Semoga bermanfaat. 

Tags

Post a Comment

6 Comments
*Thank you for visiting my blog.

Terima kasih singgah baca dan juga komen anda.

  1. Wah..interesting post.. sbb june plan nak ke redang..thanks

    ReplyDelete
  2. Makanan dan minuman tu penting sangat. Kat pulau semua benda jadi mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis..semua jadi mahal sana huhu

      Delete
  3. rindunya nak pergi snorkelling lagi. memang bagus sediakan sendiri musim-musim pandemik ni. lagi-lagi snorkelling gear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kalau selalu pergi pantai/pulau berbaloi je beli snorkelling gear tu kan..

      Delete

Terima kasih singgah baca dan juga komen anda.

Post a Comment
To Top