Pengalaman Roadtrip Melalui Pantai Barat Malaysia

Roadtrip Pantai Barat Malaysia kami yang lepas bermula dari Johor ke Pulau Pinang. Sebelum perjalanan bermula perkara asas yang perlu diambil kira termasuklah keadaan kenderaan yang akan digunakan. Tahap kesihatan dan juga cuaca di tempat yang bakal disinggah nanti. 


Kami mulakan perjalanan dengan memohon keberkatan dan keselamatan dariNya yang Maha Esa. Dilancarkan segala urusan dan permusafiran ini dimudahkanNya alhamdulillah. 


Antara persiapan lainnya termasuklah bekalan ubat-ubatan untuk anak dan juga makanan ringan untuk isi perut jika terperangkap dalam kesesakan jalanraya nanti.


Road Trip Melalui Jalan Pantai Barat Malaysia


Check Point 1: Lenggeng, Seremban Negeri Sembilan

Mula-mula kami ke Lenggeng dulu singgah di rumah pusaka nenek di sana. Kemudian ambil mak sekali untuk join trip ke Pulau Pinang. Kalau dah di kampung ni biasanya kami masak dan makan di rumah sahaja. Sambil tu berehat dan bersedia untuk perjalanan hari seterusnya. 


Oh ye, masa ni kami sempat hiking di Bukit Broga yang terletak sangat dekat dengan rumah nenek. Alang-alang nak berjalan kan, kita bakar sikit lemak dulu.

hiking bukit broga 2022
View dari puncak Bukit Broga

Check Point 2: Sungkai, Perak

Kami masuk ke Sungkai dari arah selatan PLUS Highway. Tujuannya nak singgah makan di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah. Nak merasa juga kan makan nasi yang di kukus dalam buluh (bamboo). Pilihan lauk pauk memang banyak dan menarik. 

restoran nasi bamboo sg.klah sedap
Antara pilihan menu Restoran Nasi Bamboo


Check Point 3: Lumut, Perak

Check point kami ketiga ialah singgah dan bermalam di pekan Lumut, Perak. Masa ni kami stay di hotel bajet sahaja. Perjalanan kami ke Lumut disebabkan untuk bertemu dengan rakan kelas semasa sama-sama belajar di universiti. 


Kami dah lama tak berjumpa disebabkan kekangan masa dan juga masing-masing dah bekeluarga. 

waterfront jeti lumut ke pulau pangkor
Lumut Waterfront

Antara tempat menarik di Lumut yang sempat kami singgah ialah Lumut Waterfront dan juga jeti ke Pulau Pangkor. Malamnya kami makan di kedai makan yang berhampiran dengan hotel tempat menginap. 


Check Point 4: Taiping, Perak

Hari ketiga selepas check out dan bersarapan pagi kami terus ke Taiping, Perak. Perjalanan kami melalui jalan dalam kampung yang sangat menarik. Taiping adalah antara bandar yang dah lama kami nak singgah dan lawati. 


Di sini kami menginap di Tune Hotel Taiping yang terletak di tengah bandar Taiping. Dekat dengan kedai-kedai serbaneka dan juga tempat makan.


Antara tempat menarik di Taiping yang sempat dilawati termasuklah Taman Tasik Taiping, Spritzer EcoPark dan juga Dataran Warisan Taiping. 


Melawat Spritzer Ecopark Taiping
Kagum tengok saiz botol mineral besar

Melawat Spritzer Ecopark Taiping
Pintu masuk ke Spritzer Ecopark Taiping

Dah lama nak tengok pokok tertua yang popular di Taman Tasik Taiping ni akhirnya bertemu juga. Selain itu kami juga berkesempatan lakukan aktiviti mengayuh bot (Swan paddle boat) dengan kos sebanyak kira-kira RM30 untuk satu bot (4 orang).


Selain itu, kami sempat juga singgah makan mee udang di Kuala Sepetang yang terletak kira-kira 15 km dari pusat bandar Taiping. Dulu Kuala Sepetang ni dipanggil Port Weld dan merupakan sebuah perkampungan nelayan. 


Naik Swan Paddle Boat di Taman Tasik Taiping

Mee udang Mak Jah Kuala Sepetang Taiping
Gerai Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

makan mee udang kuala sepetang
Besar saiz udang ni

mural terbesar taiping
Mural Terbesar di Malaysia terletak di Taiping

Lepas makan mee udang kami sambung makan durian Perak pula. Kebetulan ada gerai durian sebelah kedai makan masa tu.


Selesai isi perut kami ke Dataran Warisan Taiping pula untuk melihat pemandangan Taiping pada waktu malam. Anak-anak pula sempat bermain permainan kereta bateri dan juga berkasut roda dengan kadar sewa RM10 untuk setengah jam.


dataran daerah taiping
Bermain kasut roda dan motor berbateri


Check Point 5: Pulau Pinang

Hari seterusnya kami bersiap untuk check out hotel dan bersarapan di gerai makan terdekat. Kemudian perjalanan kami diteruskan ke Pulau Pinang. Kami masuk ke pulau melalui jambatan kedua iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang membawa ke pekan Balik Pulau. Dari situ kami menyusuri jalan ke arah pusat bandar Georgetown.


Semasa dalam perjalanan kami sempat berhenti di kawasan empangan air Teluk Bahang. Kemudian kami terus ke Batu Feringghi untuk singgah makan tengahari. 


Antara Tempat Menarik di Pulau Pinang

Banyak sangat tempat-tempat yang best dan menarik untuk disinggah kalau ke Pulau Pinang. Setuju tak? Jadi kami pun taklah dapat nak cover semua tempat tu. Antara yang kami sempat singgah termasuklah ;

  • Rumah P.Ramlee

Rumah P.Ramlee ialah sebenarnya sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee (Sebelumnya Caunterhall Road). Di sini diletakkan pelbagai tinggalan barang milik seniman P.Ramlee yang berkaitan dengan kerjaya seninya dan juga pelbagai barang peribadi juga ada dipamerkan.

  • Penang Street Art

Terletak di Jalan Seni Lebuh Armenia yang mempamerkan pelbagai jenis mural yang cantik di sini. Lukisan mural di sini mengikut info dilukis oleh seorang pelukis mural terkenal iaitu Ernest Zacharevic. 


Melawat Penang Street Art
Antara mural yang popular di sini.

  • Bukit Bendera

Perjalanan kami naik ke Bukit Bendera alhamdulillah dipermudahkanNya sebab masa ni tak ramai pengunjung. Dapat la naik tanpa perlu beratur panjang. Cantik sangat pemandangan bandar Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera ni. 

Selain itu ada juga perkhidmatan naik buggy untuk pusing satu kawasan di atas Bukit. Tapi sebab dah malam masa nih, tak berapa nampak sangat kawasan keseluruhan. Cuma untuk pengalaman tu kami naik juga.

Sempat ambil gambar train Bukit Bendera

  • Nasi Kandar Hameediyah

Orang kata kalau ke Penang tak sah kalau tak singgah restoran nasi kandar tertua di sini iaitu Nasi Kandar Hameediyah. Memang ramai orang beratur nak masuk makan di kedai. Kena la beratur dulu. Harga agak standard untuk kedai nasi kandar. Lauk pauk memang banyak dan sedap. 

Makan nasi kandar di Hameediyah (trip sebelum PKP)

Jalan-jalan makan pasembor di Padang Kota

  • Wonderfood Museum

Mempamerkan replika pelbagai jenis makanan Malaysia dan secara khasnya makanan yang popular di Pulau Pinang. Memang excited juga dapat tengok replika makanan dalam saiz yang agak besar. 

Parking kereta memang agak mencabar di Pulau Pinang. Masa ni kena parking jauh sedikit dan kena menapak ke Wonderfood Museum ni.Anak-anak teruja dan happy sangat tengok replika makanan dekat sini.

Plan Roadtrip Pantai Barat Malaysia

Itulah antara tempat-tempat yang berjaya kami singgah sepanjang road trip Pantai Barat ni. Masa diambil kira-kira seminggu untuk lengkapkan persinggahan ke semua tempat yang dirancang. Plan asal nak singgah Ipoh juga tapi masa ni tak sempat sebab kami stay lama di Pulau Pinang. 

Gambar-gambar dekat Kuala Sepetang, Lumut dengan Taiping tu cari mana entah terlupa simpan dekat mana. Ralat betul rasa. Nanti dah jumpa saya update lagi. 

Update : Gambar di Taiping dan lain-lain dah jumpa.

Terima kasih singgah blog. 

Post a Comment

0 Comments

Ad Code