Tempat menarik dan Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu

0

Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita lawati di Kuala Terengganu. Antaranya ialah melawat pulau-pulau yang ada di sekitarnya. Pelbagai tempat makan yang menarik dengan menu yang sedap juga boleh kita singgah jika ke Kuala Terengganu. 


Kalau ikutkan plan asal itinerary ke Kuala Terengganu kami yang lepas ada banyak lagi tempat yang ingin dilawati. 


Tetapi disebabkan kekangan masa maka berikut adalah beberapa tempat yang berjaya kami singgah dalam masa tiga hari dua malam di sana.


Plan Itinerary 3 Hari 2 Malam Kuala Terengganu

Ini sebenarnya kisah throwback kami sekeluarga ke Kuala Terengganu tetapi tempat-tempat yang saya masukkan dalam list dibawah kebanyakannya masih lagi beroperasi sehingga kini. 


1- Jalan Kampung Cina (Payang Memory Lane)

Antara tempat menarik yang boleh kita lawati ialah Payang Memory Lane atau Jalan Kampung Cina. Terdapat banyak kafe-kafe hispster di sini dan juga beberapa mural yang cantik dibahagian belakang bangunan lama di sini. Tempat ni berdekatan dengan waterfront Sungai Terengganu. 


Lorong Warisan Dunia Kg. Cina Kuala Terengganu


2- Ikan Celup Tepung di Gerai Pok Nong, Mengabang Telipot

Kami ke Mengabang Telipot untuk ke kedai ikan celup tepung (ICT) yang sangat popular di Kuala Terengganu iaitu kedai ICT Pok Nong. Masa kami tiba dikedai pelanggan tersangatlah ramai. 


Kena beratur panjang sebelum masuk untuk duduk dan order makanan. Pada saya rasa ikan celup tepung ini memang fresh dan sedap. Sos pencicahnya juga sangat sedap. 


Jadi tak hairanlah ramai yang datang ke sini untuk makan ikan, sotong atau makanan laut celup tepung.


Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu

Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu
Makan ikan celup tepung (ICT)

3- Santai di Food Truck Drawbridge Kuala Terengganu

Pada malamnya kami ke Food Truck berdekatan dengan Drawbridge Kuala Terengganu. Konsepnya di sini ialah peniaga menjual makanan daripada lori kecil (food truck) masing-masing. Pelbagai jenis makanan ada dijual dan juga pengunjung dapat makan dan bersantai sambil melihat Drawbridge dari sini. 

Masa kami ke sini terdapat juga kumpulan penyanyi busker yang menghiburkan pengunjung. Makanannya juga semuanya sedap-sedap. Memang seronok dapat makan sambil lepak-lepak dengan kawan-kawan ataupun keluarga di sini. 

Di samping tu juga boleh melihat pemandangan jambatan angkat Kuala Terengganu diwaktu malam. Kalau tak silap kita boleh naik ke atas jambatan angkat ni, cuma saya tak pasti pula berapa bayaran tiket masuk.

Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu
Antara food truck yang ada

Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu
Food truck berhadapan dengan Drawbridge Kuala Terengganu


4- Day Trip dan Snorkelling di Pulau Kapas

Untuk hari ke dua kami ke Pulau Kapas untuk melakukan aktiviti laut seperti snorkeling dan juga berkelah di pantai. Untuk trip ini kami telah tempah awal-awal lagi sebelum ke Kuala Terengganu. Kami tempah daytrip pulau dengan Makcik Gemok Boat Services. 

Kami bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut. Trip ke Pulau Kapas ni memang berbaloi pada saya. Pulau Kapas juga sangat cantik. 

Kalau nak ke Pulau Kapas ataupun pulau-pulau lain di sekitar sini boleh lah bersiap-siap dengan peralatan dan juga barang yang perlu di bawa sebelum ke pulau. Paling jangan lupa beli siap-siap kasut pantai yang cepat kering.


Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu
Jeti Pulau Kapas

Tempah bot ke Pulau Kapas

Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu


5- Restoran Nasi Campur Ustaz 2 (Marang)

Selepas selesai aktiviti di Pulau Kapas, kami ikut balik trip ke tanah besar dalam jam 1.00 tengahari. Sampai sahaja di jeti kami bersihkan badan dan juga tukar pakaian kering di tandas yang ada. Kemudian kami sekeluarga singgah untuk makan tengahari di restoran Nasi Campur Ustaz 2, Marang. 

Restoran ini terletak berdekatan dengan jeti kira-kira dalam 10 minit sahaja perjalanan menaiki kereta. Makanan yang ada sedap-sedap belaka dengan ulam-ulaman dan juga pelbagai jenis air.

6- Membeli belah di Pasar Payang

Kalau ke Kuala Terengganu tak sah kalau tak singgah di Pasar Payang. Pasar Payang yang terkini telah dibaikpulih dan nampak lebih tersusun serta cantik. Pintu masuk pun dah instagrammable. Boleh la bergambar di sini sebelum masuk. 

Macam-macam barangan seperti kain batik, periuk belanga dan juga makanan tradisional Terengganu boleh didapati di Pasar Payang ini. Kalau ke bahagian belakang pasar terdapat foodcourt untuk pengunjung singgah menjamu selera dan membasahkan tekak. 

Dah habis shopping boleh singgah makan dalam satu kawasan sahaja. Mudah kan?


Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu
Pasar Payang Kuala Terengganu

Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu
Pelbagai jenis batik dan kain di jual

7- Cantiknya Masjid Kristal Kuala Terengganu

Antara masjid yang cantik pernah saya singgah di Malaysia. Namun sayangnya ianya masih belum dibuka untuk bersolat kerana masih dalam proses baik pulih. Tak pasti pula bila masjid ini akan dibuka untuk umum. 

Buat masa ini cuma boleh berjalan-jalan dan bergambar sahaja di sekitar perkarangan Masjid Kristal Kuala Terengganu.

Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu
Masjid Kristal

8- Dinner di Restoran Ikan Bakar Pantai Timur

Malam kedua kami ke Pantai Batu Buruk yang berdekatan dengan tempat penginapan kami. Kami ke Restoran Ikan Bakar Pantai Timur untuk makan malam. Disebabkan kami sampai agak awal maka masih belum ramai pengunjung dan juga makanan juga sampai ke meja awal. 

Kira-kira satu jam selepas kami makan, tempat duduk mula penuh dan ramai yang mula beratur untuk order makanan. Makanan di kedai pada saya memang sedap dan juga seafoodnya juga segar. Harga makanannya juga berpatutan.


9- Sarapan Nasi Dagang Kak Pah

Untuk hari ketiga kami singgah bersarapan di kedai Nasi Dagang Kak Pah yang terletak di medan selera berdekatan Pantai Batu Buruk. Nasi dagang cukup rasa dan harganya juga berpatutan. Lama tak makan nasi dagang akhirnya dapat juga rasa Nasi Dagang Kak Pah yang famous ini.


Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu
Set nasi dagang yang sangat sedap

Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu

10- Borong Keropok Lekor Kampung Losong

Tak lupa juga sebelum masuk semula ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kami sempat singgah ke Kampung Losong untuk beli keropok lekor. Selain itu kami juga turut membeli beberapa jenis makanan lain dan juga pelbagai jenis sos pencicah. 


Bila lagi nak beli kan kalau bukan di Kampung Losong, Kuala Terengganu.


Itinerary 3 hari 2 Malam Kuala Terengganu
Keropok lekor di Kampung Losong

Daytrip Pulau Kapas dan Melawat Kuala Terengganu (3 hari 2 malam)


[HARI PERTAMA]

3.30 pm : Terus ke homestay -check-in

5.00 pm : Jalan Kampung China ( Payang Memory Lane)

5.30 pm : Pergi Pantai Teluk Ketapang

6.00 pm : Makan Kedai Pok Nong (ICT) Mengabang Telipot

8.30 pm : Cari makan @ Food Truck & view Drawbridge

9.45 pm : Singgah 7E beli makanan/roti/kopi, balik hotel, rehat dan pack barang untuk pulau daytrip.


[HARI KEDUA]

7.00 am : bertolak ke Jeti Marang kaunter 1 (sarapan di homestay)

8.30 am : bergerak ke Pulau Kapas/ Snorkelling taman marin

1.30 pm : Balik ke Jeti Marang / cari tempat makan (Kedai makan nasi campur Ustaz 2 Marang)

2.30 pm : Balik ke homestay bersihkan diri dan rehat

4.30 pm : Gerak ke Pasar Payang/shopping

6.30 pm : Melawat Masjid Kristal dan bergambar

8.30 pm : makan malam @ Kedai Ikan Bakar Pantai Timur, Pantai Batu Burok

9.30 pm : Jalan bandar Kuala Terengganu

10.30 pm : Balik homestay rehat


[HARI KETIGA]

7.30 am : Checkout dan terus ke Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok

9.30 am : Singgah shopping di Pasar kedai Payang

12.30 am : Beli keropok lekor di Kg.Losong

2.00 pm : Makan tengahari di Manir sebelum exit toll Kuala Terengganu.

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top