Akar Gigi Susu Anak Terkeluar Dari Gusi

1

Baru-baru ni anak saya yang kedua mengadu sakit di bahagian gusi atas. Apabila bawa ke doktor gigi rupanya akar gigi susu anak dah terkeluar dari gusinya. 

Aduh! cuak la juga tengok keadaan anak masa tu. Tapi doktor kata tak apa sebab boleh ditarik keluar.

Kenapa Akar Gigi Susu Terkeluar dari Gusi?

Mula-mula memang tak perasan pun sebab dekat bahagian gusi kan. Tertutup dengan bibir atas. Bila anak mula mengadu sakit sebab akar gigi yang terkeluar tu mula mencucuk bahagian dalam bibir. 

Sakit dan tak selesa katanya.

Nasib baik juga klinik gigi yang kami pergi ada slot kosong hari tersebut jadi terus bawa anak jumpa doktor. Masa dah sampai dan check gigi tu rupanya-rupanya gigi kekal dah pun keluar di bahagian belakang gigi susu.

Patutlah akar gigi susu sampai terkeluar dari gusi. Rupanya gigi kekal tadi dah mula tolak gigi susu untuk keluar dari gusi. Tapi disebabkan gigi susu masih dalam keadaan baik dan akar pun masih kuat, maka memang gigi susu tak tercabut sendiri.

Jadi memang saya sendiri pun tak perasan sebab gigi susu anak masih dalam keadaan elok dan gigi juga tidak goyang.

Prosedur Cabut Akar Gigi Terkeluar dari Gusi Anak

Prosedur pun tak susah mana masa nak cabut keluar. 

  • Anak disuruh berkumur dahulu dengan ubat pembasmi kuman dalam mulut.
  • Lepas itu doktor gigi sapukan ubat untuk kebaskan bahagian gusi yang ada akar gigi terkeluar. 
  • Kemudian cabut keluar gigi susu yang dah sepatutnya tertanggal tu. 
  • Akhir sekali doktor cek semula kalau-kalau ada lagi akar gigi yang tertinggal dan cabut semua.
  • Kalau keadaan tidak mengizinkan untuk dicabut maka perlu berjumpa dengan pakar gigi pula.

Nak kata anak diam sangat masa ni memang tak juga. Sempat juga menjerit dan menangis tapi masih terkawal. 

Alhamdulillah semua staf klinik juga sangat pro untuk handle keadaan cabut gigi anak umur lapan tahun.

kenapa akar gigi terkeluar dari gusi

Pujuk-pujuk juga lepas tu kena beli aiskrim sebagai upah jadi anak baik masa cabut gigi.

Kena Selalu Check Keadaan Gigi Anak

Pengajarannya dekat sini sebagai ibu bapa memang kena selalu check keadaan gigi anak. Macam saya ingatkan gigi susu anak masih elok dan cantik jadi tak perlu nak check selalu. Rupa-rupanya saya juga silap. Sampaikan dah terkeluar akar gigi dari gusi baru nak kelam kabut jumpa doktor.

Seram juga tengok hujung gigi terkeluar macam dalam gambar tu. Lepas tu mencucuk-cucuk pula bahagian dalam bibir kan. 

Ikut doktor kalau dibiarkan hujung akar gigi yang keluar tu boleh cederakan bahagian daging lembut bibir dan akibatkan infeksi.


Tags

Post a Comment

1 Comments
*Thank you for visiting my blog.

Terima kasih singgah baca dan juga komen anda.

  1. Alhamdulillah dah OK. kita yang dewasa pun rasa nak nangis kalau depan dentist. inikan pula budak-budak

    ReplyDelete

Terima kasih singgah baca dan juga komen anda.

Post a Comment
To Top