Antara Amalan Murah Rezeki Menurut Al-Quran Dan Hadis

0

Perihal rezeki seringkali menjadi kerisauan terbesar antara kita seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma’ Harun. Pelbagai amalan untuk sentiasa murah rezeki yang boleh kita amalkan menurut Al-Quran dan juga hadis.

Selain daripada wang ringgit, antara bentuk murah rezeki yang lain adalah tubuh badan yang sihat, masa lapang yang banyak, kurang kerisauan dan juga jiwa yang tenang. 

amalan murah rezeki


Antara Bacaan Doa Moga Dimurahkan Rezeki


Firman Allah SWT :

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

Dan sesungguhnya Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan jiwa dan buah-buahan kerana kami hendak melihat sama ada kamu sabar atau tidak atas ujian itu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Surah Al-Baqarah : ayat 155)


 Antara Amalan Murah Rezeki Menurut Al-Quran Dan Hadis:

1. Sentiasa Memohon Keampunan Daripada Allah SWT:

فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا

Maksudnya : "Maka aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun "

يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

Maksudnya : "Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,"

وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّٰتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَٰرًا

Maksudnya : "Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."

(Surah Nuh : 10-12)


2. Memperbanyakkan Sedekah & Amal Jariah:

Hadis Nabi Muhammad SAW:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Maksudnya : “Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang, bahkan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”

(HR Muslim, hadis sahih)


3.  Sentiasa Besyukur Atas Nikmat Pemberian Allah SWT:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

Maksudnya : "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

(Surah Ibrahim : 7)


4. Sentiasa Membantu Dan Memudahkan Urusan Orang Lain:

Sabda Nabi SAW :

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَة مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya : "Barangsiapa yang menghilangkan kesedihan dari kesedihan (masalah) dunia seorang mukmin, maka Allah akan menghapuskan darinya kesedihan dari kesedihan di hari Kiamat."

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ

Maksudnya : "Barangsiapa yang meringankan keperluan orang yang memerlukan (berhutang), maka Allah akan meringankan keperluannya di dunia dan akhirat."

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهَ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ

Maksudnya : "Barangsiapa yang melindungi (menyembunyikan aib) seorang Muslim, maka Allah akan melindungi (aibnya) di dunia dan akhirat." 

وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ

"Allah akan membantu hambaNya selagimana hamba-Nya membantu saudaranya.”

(HR Muslim, hadis sahih)


5. Mengeratkan Silaturrahim:

Nabi SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: "Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia bersilaturahim" 

(HR al-Bukhari dan Muslim, hadis sahih)


Doa Untuk Mohon Rezeki Yang Baik:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima 

(HR Ibn Majah)

Selain wang ringgit, pangkat dan juga status. Jika kita mempunyai pasangan hidup yang baik serta bertanggungjawab dan anak-anak yang soleh dan solehah juga adalah bentuk murah rezeki yang patut kita syukuri.


Sumber Rujukan : Ustazah Asma Harun (Facebook)


Tags

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top