Keindahan Awan Karpet di Gunung Silipat Thailand

0

Keindahan awan karpet di Gunung Silipat Thailand yang mempesona pastinya menarik minat pendaki-pendaki yang mengejar view apabila tiba di puncak gunung. Pada 25 Oktober beberapa tahun lepas saya, suami dan adik mengikuti rombongan bas ke Iyer Weng, Betong Yala Thailand yang terletak bersebelahan pekan Pengkalan Hulu di Daerah Gerik Perak. 

Mengejar Awan Karpet di Gunung Silipat Thailand
Photo : Mengejar Awan Karpet di Gunung Silipat Thailand

Rombongan seramai kira-kira 40 orang dibawa dan diatur urus oleh pihak Gununghub menaiki bas dari stesen LRT Gombak pada jam 12.30 pagi dan tiba di imigresen Bukit Berapit kira-kira jam 9 pagi.  

Sebelumnya kami singgah dan bersihkan diri di Masjid Gerik dan sarapan di gerai bersebelahan masjid. 

Kami bertembung juga dengan pendaki-pendaki lain yang juga ingin ke Gunung Silipat atau Gunung Kerunai dan Kenderong (K2) Gerik.

Selesai urusan di imigresen kami terus ke masjid Iyer Weng untuk bersiap solat dan juga naik 4-wheel untuk ke starting point mendaki. Dari starting point berjarak sekitar dua kilometer ke camping site menyusuri trail dalam kebun getah bersama dua orang penunjuk arah.


Keadaan Trail Gunung Silipat, Betong Thailand

Gunung ini mempunyai trail yang boleh dikategorikan mudah dan sesuai untuk kanak-kanak cuma masa ni kami tak bawa anak-anak bersama.

Kami berehat sebentar di khemah yang telah disediakan sebelum bergerak untuk menuju puncak untuk melihat keindahan matahari terbenam sebelum turun untuk solat dan juga makan malam dan BBQ. 

Boleh dikatakan pendakian kali ini amat santai dan mudah kerana hampir semua kemudahan telah disediakan sebelum kami datang. 

Tandas juga disediakan di tapak khemah dengan bayaran 10 Baht sekali masuk. Tidak dibenarkan mandi dan membazir air kerana sumber terhad.


Mengejar Awan Karpet di Gunung Silipat Thailand
Photo: Tapak perkhemahan Gunung Silipat Thailand

Terdapat gerai menjual makanan asas dan juga pelbagai jenis air botol /tin disini. Jadi memang tidak la susah payah mengangkat air minum dari bawah.


Pengalaman Stargazing Di Silipat Thailand

Selesai makan malam saya dan suami naik semula kepuncak untuk melihat bintang (stargazing) dan milky way. Alhamdulillah langit sangat terang dan bintang-bintang dapat dilihat dengan jelas, SubhanaAllah. 

Cuma kami tak bawa kamera yang high-tech untuk ambil gambar pada waktu malam. 

Esok paginya selepas solat subuh kami naik semula ke puncak untuk melihat matahari terbit. Rezeki kami kali ini cuaca di sini sangat baik dan cerah. Awan karpet mula menampakan dirinya. 

Jika dapat rasa macam nak lompat ke dalam awan yang sangat cantik. Berkepul-kepul dengan pemandangan hampir 360-degree yang sangat cantik. 


mendaki gunung silipat Thailand
Photo : AllahuAkbar sangat indah ciptaanMu- Ya Allah.

Sarapan roti bakar dan kopi di peak

Kami turun semula ke camp-site dan bersiap untuk pendakian turun ke starting point, naik 4-wheel dan turun ke masjid Iyer Weng. Selesai bersikan diri kami bergerak ke pekan Betong untuk berjalan-jalan dan beli cenderahati. 

Makan mee tempayan sebelum ke pekan Betong

Kami tiba di Gombak kira-kira jam 1.20 pagi dan kembali semula ke rumah. Alhamdulillah perjalanan kali ini sangat smooth dan seronok. Pengalaman yang sangat berharga untuk kami semua.

Untuk sharing semua kos terlibat Trip Gunung Silipat:

Trip anjuran Gununghub ~ RM270 (termasuk transport dari LRT Gombak, camp-site dan makan di Betong)

Parking kereta di LRT Gombak ( start jam 11.30 25/10/2019 - jam 2.00am 27/10/2019 ~ RM 16 (jumlah sen lupa)

  • Tandas di Campsite 10 Baht ( 30 Baht -3 kali guna )
  • Sarapan di Gerik (3 orang) kira2 RM 20 (anggaran)
  • Beli souviner di Betong (RM150 - banyak makanan)
  • Beli simkad Thailand (RM28 - 30GB tempoh sebulan)
  • Makan tengahari di Betong (3orang 200 Baht ~ RM28)

Trip yang best alhamdulillah. Lepas ni cari trip lain pula la hehe.

Post a Comment

0 Comments
*Thank you for visiting my blog.

Terima kasih singgah baca dan juga komen anda.

Terima kasih singgah baca dan juga komen anda.

Post a Comment (0)
To Top