Cara Keluarkan Duit Dari Paypal Ke Akaun Bank

Kali ni saya nak berkongsi cara keluarkan duit dari paypal ke bank kita yang sah contohnya Maybank, CIMB Bank dan yang lain-lain. Sebelum itu anda perlu tahu Maybank routing code untuk Paypal ialah BBEMYKL.

Ini penting untuk dimasukkan dalam permohonan transfer duit dari Paypal keluar nanti. Tapi sebelum tu jom saya terangkan serba sedikit mengenai kaedah pembayaran melalui Paypal ini.

Cara Keluarkan Duit Dari Paypal Ke Akaun Bank

Apa Itu Paypal?

Paypal ni adalah merupakan antara salah satu servis perbankan online yang mudah dan selamat untuk mana-mana individu atau organisasi dari luar negara transfer duit kepada kita secara online.

Sebagai contoh sebagai blogger kita terima job servis penulisan untuk customer yang berada diluar negara, jadi mereka boleh gunakan akaun Paypal sebagai salah medium pembayaran.

Terdapat juga medium bayaran lain yang sering digunakan antaranya ialah transfer duit guna Wise

Antara kelebihan jika anda ada akaun Paypal ialah ianya boleh link dengan kredit kad dan debit kad yang anda sedia ada.


Macam mana Nak Witdraw Duit dari Paypal?

Okey, apabila bayaran sudah dilakukan ke akaun Paypal kita masalahnya bagaimana pula cara keluarkan duit dari paypal kan?

Kalau nak duit tersebut kekal berada di dalam akaun Paypal pun boleh sebenarnya, sebab mana tahu kalau-kalau kita nak shopping di laman Amazon ke kan?


Cara-cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke Bank Tempatan

  • LOG IN Akaun Paypal Anda
  • Klik pada TRANSFER FUNDS
  • Klik pada TRANSFER TO YOUR BANK
  • Isikan BANK AKAUN INFO
  • (Maybank meps routing code Paypal : MBBEMYKL)
  • Klik pada NEXT (Setelah segala maklumat diperlukan diisi.
  • Okey lepas ni SEMAK MAKLUMAT yang diisikan.
  • Selesai dan klik DONE




cara nak withdraw paypal ke bank local

cara keluarkan duit dari paypal ke Maybank

Maybank routing code

Tempoh Pengeluaran Paypal Berjaya

Selepas dalam 2 ke 5 hari bekerja, anda dah boleh check akaun bank tempatan berdaftar tadi sama ada duit dari Paypal dah masuk ke belum.

Semoga cara-cara diatas dapat membantu anda. Polisi Paypal mungkin berubah dari masa ke semasa. Jadi perhatikan arahan sebenar ketika log in ke akaun Paypal anda.

Semoga berjaya.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code