Advertisement

Pengalaman Kerja Part Time Semasa Belajar

Masa zaman universiti dulu sempat juga belajar sambil kerja part time. Lagi pula masa tu universiti dekat dengan kawasan shopping mall dan juga KL. Jadi aku ambil kesempatan tu bekerja untuk tambah duit perbelanjaan dekat universiti.

Kalau nak harapkan duit PTPTN ataupun biasiswa memang tak cukup. Lain kalau korang jenis berjimat gila-gila. Mungkin cukup kot.

Best ke kerja sambilan sambil belajar ni? Itu bergantung kepada niat korang. Kalau aku memang nak cari duit lebih untuk belanja harian. Kalau dah nak makan pun kena catu nampaknya kena usaha juga cari pendapatan.

Nak minta mak ayah pun tak sampai hati kadang-kadang. Mereka pun susah juga penat membanting tulang nak cari rezeki. Lagipun bukan untuk aku seorang, adik beradik lain pun masih belajar masa tu.

Jadi macam mana sebenarnya nak dan cari kerja part time untuk student?


Pengalaman kerja part time semasa masih belajar


Macam mana Permulaan Boleh Dapat Kerja Part Time?

Nak dijadikan cerita ada kawan sekelas juga selalu kerja part time. Dia datang dari keluarga yang agak susah sama macam aku. Ayah beliau tak sihat dan tiada pendapatan tetap.

Dari pengamatan aku, beliau akan mula kerja dari selepas asar kira-kira jam 5 ke 6 petang untuk shif malam secara part time. Parti time ini bermaksud bekerja sambilan dan dibayar gaji ikut jam.

Beliau kerja dalam 5 ke 6 jam hampir setiap hari di mall berdekatan dengan universiti kami. Assignment pula beliau siapkan cepat-cepat selepas kelas. Aku sebenarnya sampai sekarang kalau teringat kagum dengan beliau.

By the way, beliau sekarang sudah berjawatan tinggi (manager) dalam salah satu industri pembuatan elektronik. Rezeki kerja keras dan juga sikap beliau yang tidak mudah putus asa.

Berbalik pada kisah aku pula, kerja yang aku dapat ialah dekat salah satu butik barangan kraf dalam mall berdekatan. Cuma bezanya aku tak kerja selepas kelas sebab aku tahu kemampuan diri.

Aku jenis siapkan assignment lepas kelas. Maka jenis kerja sambilan yang aku mohon itu aku buat semasa cuti antara semester. Jadinya hampir setiap cuti semester aku memang tak duduk diam di rumah. Aku kerja part time untuk tambah pendapatan.

Dapat Komisen Tambahan Atas Setiap Jualan

Kawan-kawan lain ada bercuti bersama keluarga atau lepak di rumah. Aku pula kerja part time. Tapi aku rasa happy sangat sebab bos kedai siap bagi bonus tambahan untuk setiap jualan yang aku buat.

Masa tu aku boleh dapat dalam RM800 lebih sebulan. Masa aku kerja rupa-rupanya ada seorang kakak senior juga bekerja di sana.

Dapat Ilmu Bermanfaat Tentang Bisnes

Bos kedai nampaknya memang ambil pelajar yang berminat. Dia pun faham ramai yang nak cari duit belanja lebih. Bos pula jenis yang suka bercerita macam mana dia buka bisnes kedai kraf.

Cara dapatkan pembekal dan juga persaingan dalam jenis bisnes yang dia pilih. Macam-macam ilmu kehidupan yang dia share masa tu. Dalam masa sama aku juga dapat kenal dengan pelbagai jenis ragam manusia yang datang ke kedai.

Ada yang ambil terus bayar, ada yang asyik minta diskaun. Ada juga yang terlebih mesra dan juga ada yang sombong. Pada aku biasalah perangai manusia ni semuanya bukan sama.

Manfaat Belajar Sambil Kerja Part Time

Masa kerja part time tu aku mula belajar cara berkomunikasi dengan customer. Bukan sahaja dari Malaysia tetapi dengan pelancong luar negara. Disebabkan kedai bos ialah kedai kraftangan buatan Malaysia, jadi lebih ramai pelancong luar dari warga tempatan.

Walaupun aku pada mulanya akan kekok tapi lama-lama makin berani dan confident. Jadi aku ambil peluang itu untuk asah skill berbahasa Inggeris dengan lebih baik. Selain itu sambil kerja aku juga belajar kira-kira dengan tepat dan cepat.

Sebenarnya aku memang bersyukur sangat sebab dapat kerja masa tu.

Dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak menentu, duit gaji dari kerja sambilan itu aku boleh beri pada keluarga untuk beli barang keperluan rumah terutamanya ibu dan ayah aku.

Macam mana dengan korang pula? Ada pengalaman kerja part time masa belajar ?

Post a Comment

2 Comments

  1. tak sempat wak kita nak buat part time.. lps SPM rasa kejap sangat msa yg ada.. pastu belajar.. tup2 dah keje tetap smp skrghehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam saya cari masa yang kelas tak pack atau masa cuti sem tu..hehe

      Delete