Advertisement

Kegunaan dan Set Pisau Dapur Terbaik

Baru-baru ni pisau favorite saya patah pula. Dah kena survey untuk set pisau dapur terbaik untuk bantu kerja memasak. Pisau antara alatan yang paling penting kalau didapur. 

Ia digunakan untuk memotong sayur, melapah daging dan juga membuang kulit kentang. Banyak gunanya terutamanya kalau kita jenis memasak setiap hari. 

Jadi ada baiknya kalau beli pisau berkualiti dan juga dari jenis yang tahan lama.

Jenis-Jenis Pisau dan Fungsinya

Macam-macam jenis pisau yang ada dipasaran sebenarnya. kadangkala boleh keliru juga nak beli yang mana satu. 

Okey, antara jenis pisau dan fungsinya adalah;

  • Chef's Knife (Pisau Chef) 
  • Boning Knife (Pisau Melapah)
  • Bread Knife (Pisau roti)
  • Santoku Knife (Pisau Santoku)
  • Meat Cleaver (Pisau Pemotong Daging)

Pisau Chef adalah antara pisau yang mempunyai fungsi pelbagai guna. Ia digunakan untuk memotong, mencincang dan juga menghiris. Kebiasaannya pisau ini mempunyai panjang antara 6 hingga 12 inci.

Boning knife atau pisau melapah pula dicipta untuk melapah daging daripada tulang. In mempunyai bentuk sedikit melengkung untuk kerja melapah yang agak rumit. 

Bread knife atau pisau roti mempunyai bilah yang bergerigi, tidak terlalu tajam dan selalunya agak panjang. 

Santoku knife pula mempunyai bentuk seperti pisau chef. Tetapi saiznya lebih pendek dan juga berbentuk lebih petak dari pisau chef. Lebih dikenali dan popular di negara Jepun berbanding pisau chef popular di negara Barat.

Meat cleaver atau pisau pemotong daging pula digunakan untuk memotong daging dengan sekali potong. Ianya lebih besar dan berbentuk empat segi serta lebih berat.

Pemilihan pisau dapur yang betul dapat bantu mudahkan kerja anda. Selain itu juga laburkan sedikit modal untuk dapatkan pisau yang berkualiti supaya tahan lama dan juga tidak mudah rosak atau patah.

Jenis Set Pisau Dapur Terbaik Bantu Kerja Dapur Anda

Pisau Stainless Steel

Pisau yang diperbuat dari jenis stainless steel ini lebih tahan karat dan mudah dibersihkan. Pisau dari jenis ini juga mudah untuk ditajamkan semula dan tahan lama. 

Namun ketajamannya dan kualitinya adakala akan dipengaruhi oleh jenis campuran baham logam yang digunakan. 


Dapatkan di SHOPEE MALL


Pisau Jenis Seramik

Pisau dari jenis seramik pula ternyata tajam dan juga tidak meninggalkan bau logam pada makanan. Ia juga lebih mesra alam dan juga tidak akan berkarat.

Namun kekurangnya adalah tidak boleh digunakan untuk memotong bahan yang keras seperi tulang dan juga produk makanan beku.Selain itu ianya mempunyai kekuatan yang kurang berbanding pisau dari jenis logam dan mudah patah.

Dapatkan di SHOPEE MALL


Sebenarnya yang penting pisau dapur ni mesti kena tajam. Rimas juga kalau nak potong ayam pun tak lepas-lepas kan. 

Lagi satu kalau tak tajam dan sedap dipegang ni boleh buat masalah lain pula timbul seperti pergelangan tangan sakit selepas gunakan pisau yang tumpul. Selain itu walaupun pisau yang digunakan mahal tetapi juga akan tetap tumpul jika tidak dijaga dengan baik. 

Kena tekan kuat sedikit apabila mahu memotong. Jadi tak salah kalau kita laburkan sedikit bajet untuk beli pisau yang terbaik, berkualiti dan tahan lama untuk kerja dapur kita.

Post a Comment

0 Comments