Advertisement

Percutian 3 Hari 2 Malam & Senarai Tempat Menarik Kuantan

Banyak rupanya tempat yang menarik Kuantan yang boleh disinggah kalau ke sana. Kami ni jarang dapat berjalan ke arah Pantai Timur. Jadi untuk cuti bersempena Chinese New Year 2022 lepas, suami cadangkan kami balik ke Johor ikut Kuantan dari arah Selangor.

Perjalanan dari Cheras mengambil masa kira-kira 4 jam lebih untuk sampai ke bandar Kuantan. Sampai sahaja di Kuantan kami singgah makan dulu sebab masing-masing sudah kelaparan. 


Antara Tempat Menarik di Kuantan

1. Menara Kuantan 188 (Menara Teruntum)

Menara ini terletak di Laman Teruntum berhadapan dengan mercu tanda Kuantan berhadapan sungai Kuantan. Kalau tidak mahu naik ke atas boleh meluangkan masa dengan keluarga di Laman Teruntum yang ada taman permainan sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Kami ke bahagian Anjung Tinjau yang memberikan pengalaman 360 darjah pemandangan bandar Kuantan. Jadi boleh tengok pemandangan bandar Kuantan dari atas. Maksimum kapasiti adalah 120 orang setiap sesi. 

Terdapat juga bahagian lebih atas iaitu SkyDeck yang terbuka tetapi untuk kanak-kanak perlu lepas had ketinggian baru dibenarkan naik ke sana. 

Harga tiket berbeza untuk aras yang berlainan.

Tiket Anjung Tinjau Tertutup (Observation Deck)

Dewasa : RM15 Kanak-kanak: RM10

Tempat Menarik Kuantan 2022

Tempat Menarik Kuantan
Photo: Pemadangan bandar Kuantan dari atas.

Tempat Menarik Kuantan

2. Dinosaur Encounter (Mini Zoo Park Teruntum)

Terletak di Mini Zoo Teruntum, Dinosaur Encounter terbuka untuk semua orang. Sangat sesuai untuk seisi keluarga. Selain daripada replika dinosaur terdapat juga mini zoo untuk dilawati. 


Dewasa : RM25 Kanak-kanak: RM22

Dinosaur Encounter Tempat Menarik Kuantan

Tempat Menarik Kuantan

Tempat Menarik Kuantan

3. Pantai Balok

Terletak di Beserah kira-kira 15 -20 minit pemanduan dari pusat bandar Kuantan. Kalau ke sini tidak perlu risau tentang makanan sebab banyak gerai makanan yang diusahakan penduduk sekitar. 

Pelbagai menu sedap seperti ikan bakar, keropok lekor dan masakan ala Thai yang boleh didapati di sini. 

Kalau nak cari makanan laut untuk buat BBQ bersama keluar boleh ke perkampungan berhampiran yang menjual banyak makanan laut segar. Ada juga tempat menginap yang berdekatan seperti Swiss Garden Beach Resort  yang boleh anda tempah.

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022
Photo : Matahari terbit terlindung disebalik awan tebal

4. Natural Batik Village

Nak cuba mencanting batik? Atau nak beri anak-anak pengalaman mewarnakan pelbagai rekaan batik sedia ada? Natural Batik Village adalah salah satu tempat yang patut dilawati ketika berada di Kuantan.

Terletak berhampiran Pantai Balok di Beserah. Tak berapa jauh dari pusat bandar. 

Masuk adalah percuma. Selain daripada aktiviti mencanting, pelbagai jenis cenderahati berasaskan batik boleh dibeli di sini. Semuanya cantik-cantik belaka.

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022


5. Kuantan Art Street (Tempat OOTD di Kuantan)

Terletak di lorong belakang Jalan Mahkota dan Jalan Besar. Pelbagai jenis mural cantik boleh dilihat di sini. Sesuai betul untuk ber-OOTD dan bergambar. 

Tempat berdekatan dengan kafe Kula Cakes. Depan tu sahaja. Lepas makan kek boleh lah datang ke sini.

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022

Kafe Menarik di Kuantan Yang Boleh Anda Singgah 

Sepanjang kami melawat Kuantan terdapat banyak kafe-kafe dengan pelbagai konsep yang menarik di sini. Antaranya ialah;

1. LENA Cafe by kayuwoods

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022

2. Kopi Mesin, Beserah

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022

3. Buttery Croffle + Frappe

Berdekatan dengan kafe Kula Cakes. Berhadapan dengan mural Kuantan.

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022

4. Kula Cakes

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022

Senarai Tempat Menarik Kuantan 2022
Mango Cheesecake di Kula Cakes

Kalau nak makan makanan Western boleh ke LENA Cafe by kayuwoods. Kopi di Kopi Mesin sedap juga. Segar mata sebelum bawa kereta melawat Kuantan. 

Dan kalau teringin nak cuba signature cake di Kula Cakes, boleh cuba Mango Cheesecake mereka yang sangat popular.

Semoga artikel dapat memberi bermanfaat serta idea tempat menarik di Kuantan. Semoga semua dapat merancang percutian ke Kuantan, Pahang.

Post a Comment

0 Comments