Antara aktiviti yang boleh dibuat dengan anak-anak dan keluarga jika ke Kuantan ialah aktiviti mewarnakan batik-batik sedia ada yang boleh didapati di Natural Batik Village, Balok Pahang. Jarak dari pusat bandar Kuantan ke sini adalah dalam kira-kira dalam 20 minit perjalanan.
Semasa kami bercuti ke Kuantan lepas sempat juga ke sini untuk membeli cenderahati dan juga mewarna batik.
Aktiviti Mewarna Batik di Natural Batik Village, Balok
Tiket masuk ke Natural Batik Village adalah percuma. Parkir kereta juga berdekatan dan berhadapan dengan pusat ini. Tanpa melengahkan masa anak-anak mula memilih corak batik sedia ada yang boleh diwarnakan mereka.
Nurin pilih bunga Rafflesia manakala Harith pula pilih gambar penyu untuk diwarnakan. Saya pula ke bahagian cenderahati sebentar untuk memilih beberapa helai kain batik untuk diberikan kepada ahli keluarga yang tidak dapat ikut serta semasa percutian ke Kuantan ini.
Natural Batik Village Balok |
Harga untuk corak-corak batik yang sedia diwarnakan adalah antara RM10 ke RM15 sekeping. Pengunjung juga boleh melihat cara-cara bagaimana batik dihasilkan di sini. Warna, berus dan juga tempat duduk khas untuk mewarna juga disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Antara cenderahati yang dijual di Natural Batik Village Kuantan |
Pelbagai Cenderahati Di Natural Batik Village Kuantan
Pelbagai jenis cenderahati daripada kain sarung batik, kain bermeter untuk dibuat baju kurung juga ada dijual. Kain pula adalah dari jenis kain kapas (cotton). Cantik-cantik semuanya. Memang agak rambang mata semasa memilih.Memilih batik dan juga mewarnakan batik |
Batik Yang Sudah Diwarnakan di Natural Batik Village Balok |
Masing-masing gembira betul apabila dapat selesaikan aktiviti mewarna batik yang dipilih. Kami juga beli tambahan batik untuk diwarnakan nanti di rumah. Pewarna juga disediakan jika memilih untuk bawa pulang.
Lokasi : Natural Batik Village Balok
Kampung Cengal Lempung, 26100 Balok, Pahang
selalu jugak nampak blogger share tempat ni. boleh masuk dalam wishlist. anak-anak buah mesti suka
ReplyDeleteBawalah sis nanti kalau ke Kuantan. Mesti diaorang suka.
DeleteTerima kasih singgah baca dan juga komen anda.