Advertisement

Cuba Resepi Kimchi Sundubu Jjigae [Spicy Soft Tofu Stew]

Masa balik dari jalan-jalan ke Korea dulu ada la beli souviner pot batu korea (dolsot) kalau tak silap namanya. Berangan plan nak masak resepi Kimchi Jjigae mudah sahaja. 

Tetapi ini adalah olahan dari resepi kimchi stew yang sebenar. Sambil tu nak tambah dengan tofu lembut tu lepas balik sini. Kita merancang tetapi akhirnya tersimpan sahaja dolsot saya ni tidak digunakan. 


resepi kimchi jjigae ala korea

Bahan untuk Resepi Kimchi Jjigae ( Spicy Korean Kimchi Stew)

  • Kimchi 1/2 peket (nak letak sepeket terus boleh kalau suka kimchi banyak)
  • Sos Gochujang 1 sudu (ada jual dipasaraya yang halal)
  • Serbuk cili ( gochugaru) 1 sudu - saya gantikan dengan serbuk cili biasa je.
  • Bawang putih 1 ulas - dipotong halus
  • Kicap cair 1 sudu
  • Cendawan 1 pek kecil
  • Tofu lembut 1 pek
  • Daun Bawang
  • Ikan bilis (beberapa ekor ditumbuk sikit) - saya pakai stok ikan bilis je
  • Hirisan daging ayam/lembu - ikut suka


Cara-Cara Masak Sondubu Kimchi Jjigae nih :

  • Panaskan korean stone pot
  • Letak satu sudu minyak masak
  • Tumiskan bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan ikan bilis tadi tumis sebentar
  • Kemudian masukkan hirisan ayam hingga masak
  • Tambahkan sos gochujang
  • Tumiskan sebentar dan masukkan kimchi tadi serta kicap cair. Tumis lagi
  • Tambahkan air biarkan hingga didih. Air tu agak-agak sendiri ye sebab nanti nak masukkan tofu dengan cendawan tu takut melimpah pula.
  • Kemudian bila dah mendidih tu masukkan garam, dan perasa
  • Last sekali masukkan tofu dan juga cendawan. Lepas tu taburkan serbuk cili dan ratakan dalam rebusan.
  • Rebus kejap lepas tu taburkan daun bawang untuk hiasan.

Stok Kimchi Halal Aeon

Jadi, dalam kesempatan beli barang dapur beli sekali tauhu lembut tu dengan kimchi halal sepeket di Aeon. Boleh tahan juga harga sepeket kecil kimchi tu rupanya. 

Tapi, sebab nak try masak beli jela satu. Yang namanya sundubu tu maksudnya tofu lembut yang biasa kita nampak kat pasar jual dalam peket panjang tuh.

Daun bawang tu masa mula tumis bawang putih tu boleh je nak tumis sekali untuk menaikkan rasa sup kimchi ni. Hiris bulat atau menyerong dalam setangkai dua dan masukkan dalam tumisan.


Guna Dried Kelp Untuk Rasa Kimchi Jjigae Yang Lebih Sedap :

Untuk resepi asalnya kalau tak silap orang dari Korea mereka gunakan dried kelp (salah satu jenis rumput laut) untuk dicampurkan dengan sup kimchi ini. Tapi sebabkan saya tiada stok dirumah. 

Maka kita guna apa yang ada sahaja. Nasib baik juga rasanya tak berapa 'lari' hehe.

Okey ! Dah masak tu boleh dimakan dengan nasi panas satu mangkuk. Terasa macam dekat Korea pulak dah haha !

Jom baca pengalaman melancong ke Seoul Korea dalam musim sejuk lepas.

Selamat mencuba semua.

Post a Comment

0 Comments