Mula-mula nak pergi risau kalau harga tiket Menara Alor Setar ni mahal. Rupanya harga mampu milik dan menarik dapat rasa pengalaman naik ke Menara Alor Setar sehingga ke bahagian Star View.
Plan ke sini sebenarnya tiada pun dalam itinerary semasa ke Perlis lepas. Cuma semasa hari kedua tu entah macam mana Encik Abdul kata jom kita ke Alor Setar naik menara macam tu.
Kami gerak dari Kangar dalam jam 5.30 pm dan tiba di kedah kira-kira jam 6 lebih.
Pemandangan siang dan malam Menara Alor Setar |
Alhamdulillah jalan pun smooth dan tiada kesesakan. Cuma payah sikit nak cari tempat letak kereta dekat sekitar menara. Akhirnya kami park kereta di bahagian berbayar dalam kompleks shopping mall Eco-Shop.
Star View Tarikan Terbaru Di Menara Alor Setar
Rasa teruja betul sebenarnya nak naik ke bahagian tertinggi dan juga terbuka menara ni. Bahagian Star View ini sebenarnya dinding berkaca yang dibina di atas pelantar menara.
Ianya mempunyai ketinggian 105 meter dari permukaan bumi.
Ada dua deck iaitu hijau dan kuning |
Deck berkaca (6 orang satu-satu masa) |
Yang menariknya namapun dinding kaca kan, jadi jelas lah nampak pemandangan bawah dari dalam kotak kaca ni. Saya dahlah sejenis yang gayat dan takut tinggi. Sebelum ni kalau buat aktiviti hiking pun jarang saya nak tengok ke bawah gunung semasa di puncak.
Gayat punya pasal. Jadi ini merupakan satu pengalaman dan juga cabaran untuk naik sampai ke bahagian atas sekali. Sebelum ini kami pernah juga naik ke Menara 188 Kuantan.
Cuma hanya sehingga ke bahagian yang tertutup sahaja. Lagi pula anak kedua tidak lepas ketinggian untuk ke bahagian terbuka.
Cuaca cerah dan dapat lihat pemandangan bandar Alor Setar, Kedah |
Harga Tiket Naik Menara Alor Setar
- Observation Deck (kawasan melihat berdinding kaca penuh): Dewasa RM6 & Kanak-kanak RM4
- Star View: Dewasa RM24.00 & Kanak-kanak RM14.00 (harga promosi ketika ini)
8 Comments
eh murah harga tu. memang berpatutan kalau nak bawak keluarga. samalah kita geng gayat. haha
ReplyDeleteTak silap ada promo..Kalau harga sebenar macam mahal lagi. Sekali ganda.
DeleteSebenarnya kan... uncle tak pernah panjat menara ni...
ReplyDeletesama la tak pernah panjat juga..hehe
DeleteMenarik. Saya belum pernah jejak kaki ke Alor Setar lagi. Dekat je ye dengan Perlis.
ReplyDeleteTak jauh sis..dalam 30 - 40 mins perjalanan dari Kangar.
DeleteBerpatutan jugak harga tu klu bandingkan dengan Menara KL.
ReplyDeleteMenara KL belum pernah pergi. Asyik terbantut je plan.
Delete