Sejak beberapa tahun ini saya dah mula susah nak dapat tidur nyenyak. Atau senang kata nak dapat tidur 'mati'. Tidur yang mencukupi ini sebenarnya sangat penting untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Saya pula kebiasaannya masa nak tidur fikiran akan mula terganggu dengan kerja rumah yang belum selesai. Lepas tu adakalanya masa dah nak terlelap terjaga pula entah sebab kenapa.
Kesan Dari Tidur Yang Tidak Nyenyak atau Kurang Tidur
Selalunya yang jadi mesti akan terjaga malam. Lepas tu dah susah nak lelapkan mata semula. Terkebil-kebil pandang siling. Kalau sekali terjaga tu tak mengapa lagi. Tetapi kalau beberapa kali terjaga antara kesannya ialah masa bangun pagi badan rasa tidak fresh.
- Badan akan jadi tidak segar dan sering kepenatan
- Dapat menganggu sistem biologi dan fungsi tubuh badan
- Mengurangkan imuniti seseorang. Lebih senang dapat penyakit.
- Meningkatkan kadar penuaan tubuh. Kulit akan lebih senang kendur dan muka terlihat lebih tua daripada usia yang sebenar.
- Kurang tidur bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan malah ianya boleh mengurangkan daya ingatan seseorang.
Kenapa Kena Dapatkan Tidur Yang Mencukupi?
Kenapa kita kena dapatkan tidur yang mencukupi? Kalau kita tak cukup tidur kesan yang paling nampak ialah kita akan sering keletihan.
Patutnya selepas bangun tidur kita akan rasa lebih bersemangat dan lebih segar kan?
Tetapi disebabkan tidur yang terganggu tadi maka tubuh tak dapat nak rehat dengan efektif. Sel-sel tubuh yang rosak juga tidak dapat diperbaiki semasa kita tidur dan akhirnya mengurangkan imun badan.
Apa yang akan terjadi selepas itu? Badan akan sentiasa letih, wajah kita kurang ceria dan nampak tidak bermaya. Nampak lesu sahaja.
Antara 5 Cara Serta Nak Dapat Tidur Yang Nyenyak dan Mencukupi
1- Dapatkan suasana tidur yang nyaman
2- Kurangkan pengambilan kafein sebelum tidur
3- Urutan ringan membantu badan lebih relaks
4- Bayangkan (visualizing) keadaan yang menarik sebelum tidur
Menurut artikel dari Sleep Foundation lagi, antara cara nak kurangkan masalah susah tidur adalah sambil berbaring anda boleh bayangkan keadaan atau gambar yang indah-indah.
Caranya ialah dengan mula tutup mata kemudian kawal pernafasan anda (slowly breathing in and out). Selepas itu bayangkan anda benar-benar berada di tempat yang penuh ketenangan tersebut.
Cara ini dipercayai dapat mengurangkan tekanan dan juga bantu melegakan anxiety.
Thank you share tips ni. Boleh praktikkan. Tambahan nak puasa ni kan
ReplyDeleteNombor 2 tu uncle tak mampu buat!
ReplyDelete#penagihkopi
Betul, tidur yang mencukupi meningkatkan tahap kesihatan. Lagi2 zaman pandemik nie, tidur mencukupi menguatkan imunisasi badan
ReplyDeleteSaya pun ada masalah tidur juga sebab kuay berdengkur hehehehe biasalah orang lelaki yang bersaiz besar ni memang masalah tu je lah huhuhuhu... Tips yang diberikan ni ada guna boleh try..
ReplyDeletenice tips untuk tidur nyenak ni. Kepada mereka yang memang ada masalah susah nak tidur, boleh amalkan tips ini.
ReplyDeleteThanks for the tips untuk dapatkan tidur yang nyenyak kan... visualizing tue actually sangat effective especially before tidur... i selalu practice this method if rasa tak dapat tidur...
ReplyDeleteLama juga akak tak dapat tidur yang nyenyak. Kadang terjaga sendiri sebab dengar macam suara anak memanggil. Kadang nak terkucil la. Jam 3am memang asyik terjaga. Bila dah tau corak tidur camni, akak tidur awal lepas isyak dan bangun 5am. So in between terjaga tu i layankan aje. Paksa diri tidur balik. Hehehe.
ReplyDeleteTerima kasih kerana kongsi tips tips ni semua, sometimes i have hard time falling asleep so hope these tips can help.
ReplyDeleteSaya kalau nk mudah tidur, elak pegang hp 2 jam sebelum tidur supaya fikiran tak terganggu dengan kerja2 yg tak selesai.
ReplyDeleteMemang best kalau dapat tidur nyenyak. Tidur sekejap je pun rasa segar je bila bangun. Bolehlah Tini amalkan tips ni nanti. Harapnya dapatlah tidur nyenyak yang berkualiti. Tak nak nampak tua oooo. Hehehehe.
ReplyDeleteNice sharing info bermanfaat. Boleh pratikkan utk tidur yg berkualiti dan hidup lebih sihat
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya paling senang tidur. Dapat pula tilam yang best. Bangun esok pagi badan segar je.
ReplyDeleteTerima kasih untuk tipsnya. KA kerap juga susah nak tidur. KA rasa sebab melayan stress yang tak sepatutnya. Boleh cuba tips2 ni nanti. Sekarang ni KA bakar bakhoor je dulu untuk bagi relax sejam atau lebih sebelum tidur.
ReplyDeletekurangkan screen time juga. lagi sejam dua sebelum tidur, stop tengok handphone dan TV, terutama sekali cerita seram/action
ReplyDeleteThis is indeed an interesting article with so many useful tips on getting a good night sleep. i learned a lot from you today :)
ReplyDeletetq for sharing. nanti boleh praktikkan
ReplyDeleteTerima kasih singgah baca dan juga komen anda.