Advertisement

Resipi Biskut Almond London Sukatan Cawan Mudah

Antara resepi biskut raya yang popular dan boleh kata mahal juga jika dibeli sebalang, tapi sebenarnya mudah dibuat ialah biskut Almond London. 

Dengan gunakan resipi biskut almond london sukatan cawan ringkas ini akan dapat banyak kuantiti biskut sekali adun.

Jom saya sharekan resepi biskut Almond London sukatan cawan yang biasa saya ikut.

resipi biskut almond london sukatan cawan mudah dan sedap

Resepi dan Cara Buat Biskut Almond London Sukatan Cawan Sedap

Bahan-bahan (A)

  • 1 cawan mentega (saya guna Buttercup) / 250 gm (biasa dijual di kedai)
  •  3/4 cawan gula icing 
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan tepung (B) 

  • 2 1/2 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu besar tepung beras 
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan Coklat dan Almond (C)

  • Coklat masakan - lebih kurang 700 gm ( boleh guna coklat Beryl's, Tulip ataupun Le Bourne)
  • Almond nibs untuk hiasan secukupnya
  • Papercup secukupnya 
  • 2 cawan coklat masakan yang dicairkan menggunakan kaedah double boiler.
  • Boleh tambah satu sudu kecil mentega untuk efek coklat yang berkilat nanti
  • Almond secukupnya (biasa saya beli 100 gram tu dalam lebih kurang 120 biji) 


Cara-cara untuk membuat biskut Almond London 

  • Panggang semua almond termasuk almond nibs dalam ketuhar pada suhu 150 °C selama kira-kira 15 minit.
  • Kalau almond bersaiz besar boleh la dipotong dua.
  • Campurkan semua tepung (B) dan serbuk penaik serta diayak rata.
  • Gaul bahan mentega (A) sampai sebati dengan guna senduk kayu sahaja. 
  • Kemudian masukkan bahan tepung (B) sedikit demi sedikit sambil diuli. 
  • Jika doh masih lembik boleh tambah tepung dan jika agak keras boleh tambah sedikit mentega.
  • Uli sehingga cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan.
  • Gentel doh dan masukkan 1 atau setengah biji almond. Saiznya sepatutnya sedikit kecil dari papercup sebab nanti akan mengembang lepas dibakar. 
  • Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar
  • Bakar biskut pada suhu 170°C selama kira-kira 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing. 
  • Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. 
  • Apabila dah sejuk bolehlah disalutkan dengan coklat gelap.
  • Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. 
  • Biarkan coklat keras dan simpan dalam bekas kedap udara.

resipi biskut almond london sukatan cawan mudah dan sedap
sedia untuk dibakar dalam ketuhar elektrik

Baca lagi : Resepi Biskut Coklat Chips Ala Famous Amos

Boleh Berjimat Jika Buat Sendiri

Kalau kita cuba buat sendiri memang boleh berjimat dari beli dengan harga yang agak tinggi untuk biskut Almond London ini. Lagipun bahan-bahannya agak premium maka tak hairan kalau peniaga letak ia dalam kategori biskut raya premium dan juga agak mahal.

Untuk adunan atas anda boleh dapat dalam lebih kurang 100 lebih biji. Boleh dapat dalam dua balang. Cukup untuk dibuat stok biskut raya nanti.

Tapi kalau saya tak berapa cukup. Kena buat dua adunan sebab kalau dapat pada anak-anak sebalang tu sekejap sahaja dah habis. Tak sempat nak beraya dengan biskut Almond London.

Selamat mencuba semua.

Post a Comment

0 Comments