Itinerary 3H2M ke 13 Tempat Menarik di Perlis

6

Banyak rupanya tempat menarik di Perlis ni sebenarnya. Dari sempadan Thailand sampai ke sempadan Kedah pelbagai tarikan eko pelancongan boleh dilawati jika ke Perlis. Untuk kali ini niat nak berkumpul ahli keluarga tak terlaksana kerana ada yang tidak dapat bersama last minute. 


Akhirnya kami sekeluarga teruskan percutian ke negeri Perlis selepas transit di Ipoh, Perak. Tak sangka juga dapat jalan-jalan ke Utara Semenanjung Malaysia ni. Selain itu kami juga sempat singgah beberapa tempat makan best di Perlis ni juga.


Jom baca lagi antara tempat menarik di Perlis yang patut disinggah. Memandangkan kami bukan jenis strict sangat apabila berjalan, maka itinerary 3 hari 2 malam di Perlis dirancang pada hari kami berada di sana. 

tempat menarik di perlis 2022


Itinerary 3 Hari 2 Malam ke 13 Tempat Menarik di Perlis 

Hari Pertama


1- Shopping Padang Besar


Kami tiba di Kangar kira-kira jam 2.30 petang dan terus check in homestay. Kemudian ambil masa untuk berehat dan juga segarkan badan semula. Memandangkan cuaca agak baik maka kami gerak ke Padang Besar selepas asar dan tiba kira-kira jam 5.00 pm. 

Jarak Padang Besar dari homestay dalam setengah jam perjalanan. Tak banyak pun barang yang dibeli lebih kepada window shopping sahaja.

Tempat menarik di perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022

Lokasi: Arked Niaga Padang Besar

2- Keindahan Alam Wang Kelian View Point


Selesai aktiviti di Padang Besar, kami terus bergerak ke Wang Kelian View Point. Dekat sahaja rupanya dalam 20 minit dari pekan Padang Besar. 

Kalau korang suka mendaki boleh cuba hiking dari starting point di kaki gunung melalui jalan bertar. Untuk hiking trail laluan hutan saya tak pasti pula. 

View Point Wang Kelian berada pada ketinggian 303 meter dari aras laut. Untuk ke sini mudahnya naik kenderaan terus ke kawasan parking. Kemudian perlu mendaki sedikit untuk sampai ke view point. 


Tempat menarik di perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022

Lokasi: Wang Kelian View Point, Kaki Bukit, Perlis
Bayaran Masuk: Percuma

3- Makan Malam Restoran Api-Api Ikan Bakar

Makan malamnya kami pilih untuk rasa ikan bakar di Restoran Api-Api Ikan Bakar yang terletak di bahu jalan menuju ke Kuala Perlis. Ikan bakarnya memang sedap begitu juga dengan menu yang lain seperti udang masak butter dan juga sotong goreng tepung rangup. 

Pada saya menu ikan bakarnya mempunyai rasa agak unik. Kalau tak silap mereka gunakan pes percik dan dihidangkan dengan kuah kari serta cicah asam. 

Memang agak berlainan sungguh dari yang pernah saya rasa sebelumnya iaitu ikan bakar petai di Kuantan. 

Tempat menarik di perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022
Ikan bakar kuah percik

Tempat menarik makan best perlis 2022

Lokasi: Jalan Dato Ali, Bukit Tok Po, Kuala Perlis, Perlis

Hari Ke Dua

4- Meneroka Gua Kelam


Antara salah satu wishlist ialah meneroka gua Kelam di negeri Perlis. Gua Kelam diberi nama sedemikian kerana kegelapan dalam gua ini. Pengunjung boleh berjalan dari titik mula pintu gua sehingga berjumpa taman yang cantik di penghujung laluan.

Tempat menarik di perlis 2022
harga tiket gua kelam 2022
Dengan teknologi smartphone, gambar dalam gua nampak lebih terang

pemandangan gua kelam perlis
The Secret Garden di penghujung laluan gua

Lokasi: Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis
Bayaran Masuk: Warganegara Malaysia , Dewasa RM 2, Kanak-Kanak RM 1, Parking RM1

5- Berbasikal di Tasik Timah Tasoh

Tasik Timah Tasoh merupakan empangan buatan yang terbesar di Perlis. Pengunjung berpeluang melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti berbasikal dan juga menaiki bot. Selain itu tempat ini juga sangat cantik untuk ber-OOTD atau bergambar.

Tempat menarik di perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022

Lokasi: Dataran Empangan Timah Tasoh, Kampung Bukit Manek, Kangar, Perlis

Bayaran Masuk: Parking RM3 (percuma satu basikal)
Bayaran tambahan basikal (jika berminat): Basikal RM5, Skuter elektrik RM20 (20 minit)

6- Titik Terpanas Chuping, Perlis

Daerah yang pernah mencatatkan suhu terpanas sehingga 40.1 darjah Celsius iaitu Chuping. Mercu tanda titik terpanas terletak betul-betul di tepi jalan. 

Kalau nak bergambar kena hati-hati letak kereta sebab banyak lori besar yang lalu di jalan ni. Selain itu kalau ke Chuping boleh singgah kebun mangga harum manis. Tapi masa ni kami tak singgah sebab masing-masing dan lapar nak makan tengahari. Mungkin lain kali sahaja.

mercu tanda titik terpanas perlis

Lokasi: Mercu Tanda Titik Terpanas, Jalan Besar, Felda Chuping, 02500 Kangar, Perlis

7- Makan Tengahari di Restoran Anjung Keli

Untuk makan tengahari kami ke kedai makan yang popular di Perlis iaitu Restoran Anjung Keli. Terletak di bandar Kangar dan memang ramai pengunjung lagi-lagi pada waktu puncak. 

Pelbagai lauk pauk ada disediakan dengan kawasan makan yang agak luas. 

tempat makan best perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022

Lokasi: Medan Sri Pulai, Jalan Behor Pulai Kangar, Perlis

8- Minum Iced Latte di Gereg Cafe

Kalau ke Utara Malaysia mestilah kena cari kopi. Antara yang popular di sini iaitu Gereg Cafe bersebelahan dengan kedai basikal. Kafe ni berdekatan dengan Kompleks Sukan Negeri Perlis. 

Jadi tak susah pun nak cari. Kafe beroperasi dari jam 12 tengahari hingga 9 malam (Isnin-Khamis) dan 4 petang hingga 10 malam hari Jumaat & Sabtu. Ahad Tutup. 

kedai kopi hipster 2022 perlis
Tempat menarik di perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022

Lokasi:  Lot 1800-A, Jalan Kampung Pondok, Kampung Pondok, Kangar, Perlis

9- Melawat Kampung Warna-Warni [Kampung Seberang Ramai], Kuala Perlis

Lepas dah bungkus Iced Latte kami teruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Tujuan kami untuk melihat pemandangan warna warni di Kampung Seberang Ramai. Kampung ini asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan. 

Kemudian berubah menjadi kampung yang berwarna warni, cantik dan juga bersih dibawah program Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis. 

Tempat menarik di perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022

Lokasi: Kampung Seberang Alor, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Tiket masuk: Percuma

10- Lepak di Dataran IMAB Kuala Perlis

Syahdunya lepak sini petang-petang. Memang angin laut boleh buat mata layu. Kalau korang nak lepak sambil minum boleh ke gerai-gerai yang ada ditepi jalan. Cantik sangat pemandangan laut dan juga sawah padi sebelah jalan. 

Tapi tak nampak pula kalau-kalau ada yang berkelah tepi pantai macam dekat Port Dickson. Mungkin sebab kami pun dah agak kepenatan masa ni nak cari pantai yang boleh duduk bersantai.

Tempat menarik di perlis 2022
Jeti kuala perlis 2022

Lokasi: R152, 02000 Kuala Perlis, Perlis

11- Taman Buah-Buahan Eksotik [Laman Anggur Perlis]

Akhirnya dapat juga jumpa depan-depan pokok anggur Perlis. Biasa tengok orang letak gambar dekat FB. Kali siap boleh pegang lagi. Cuma masa kami sampai buah masih hijau dan belum masak. Jadi tiada aktiviti kutip buah dijalankan. 

Selain buah anggur, terdapat juga banyak pokok buah eksotik lain seperti buah naga, pokok buah kopi dan lain-lain lagi. Memang agak teruja sebab tak pernah tengok pokok buah anggur ini. 

Sebelumnya cuma pernah tengok pokok buah strawberi di Cameron Highlands. 

Tempat menarik di perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022

Lokasi: Kompleks Pertanian Bukit Temiang, KM11 Jalan Kaki Bukit , Beseri Perlis
Masuk: Percuma

Hari Ke Tiga

12- Sarapan di S.R.C Corner [Shidi Roti Canai]

Untuk hari terakhir kami di Negeri Perlis kami singgah di SRC Corner (Shidi Roti Canai) yang agak famous di sini. Awalnya kami nak makan di Warung Tepi Sawah, cuma terlalu ramai pengunjung dan juga tiada tempat nak letak kereta. 

Jadi kami mengalah sahajalah. Mungkin lain kali. Apapun makanan di SRC Corner memang sedap pada saya. Dengan nasi lemak pandan dan juga roti canai lembut terbit selera nak bersarapan. 

Lagipun kedai ini pun berhadapan dengan sawah padi. Sambil makan tu boleh jamu mata lihat keindahan alam di negeri Perlis.

sarapan best sedap perlis 2022
Tempat menarik di perlis 2022

Lokasi : Abi, Perlis, 01000 Kangar, Perlis

13- Photoshoot di Sawah Padi

Habis makan sebelum meninggalkan Perlis, kami sempat bergambar di kawasan bendang sawah padi yang sedang menguning. Tenang dan cantik sangat ciptaan tuhan yang Maha Kuasa. 

Tempat menarik di perlis 2022

Selesai bergambar kami teruskan perjalanan ke lebuhraya menghala ke selatan tanahair. Ada beberapa tempat lain yang menarik tetapi kami tak sempat singgah disebabkan kekangan masa.

Antaranya ialah;

  • Pasar Terapung JPS Perlis (Food Hunting)
  • Bukit Keteri (Aktiviti Rock Climbing)
  • Warung Tepi Sawah (sarapan pagi)
  • Masjid Al-Hussain
  • Muzium Kota Kayang

InshaAllah ada masa kami sampai lagi ke negeri Indera Kayangan, Perlis.

Post a Comment

6 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

  1. wah rupanya banyak tempat yang menarik kat perlis. Selalu asyik pi padang besar je. Kena jelajah perlis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat menarik dekat Perlis. Nanti boleh jalan-jalan sana sis

      Delete
  2. macam-macam ada di Perlis sekarang ye. last saya pergi tahun 2019, layan shopping jelah di Padang Besar nun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sal, banyak tempat menarik dekat Perlis ni rupanya.

      Delete
  3. Wah, byk tempat menarik di Perlis rupa2nya. Hairan jugak kenapa sesetengah tempat tu tak viral, padahal cantik sangat. Tertarik dengan Wang Kelian View Point dan Kampung Warna-warni, mesti cantik klu buat OOTD di situ hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis, banyak betul rupanya tempat cantik2 dekat Perlis..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top