6 Ciri Penting Sebelum Beli Handphone Gaming

Dah nak akhir tahun ni selalunya harga smartphone flagship biasanya akan mula turun. Jadi boleh mula survey dan beli handphone gaming dalam harga bawah RM1000.

Tetapi sebelum beli ada beberapa kriteria yang perlu anda semak dahulu.

Ini untuk pastikan handphone yang anda beli sesuai dengan keperluan untuk bermain games yang diminati.

Panduan Beli Handphone Gaming Bawah RM1000

Sebagai pemain games tegar di smartphone kita perlukan phone yang berkuasa untuk bermain.

panduan beli handphone gaming bawah RM1000 2022

1- Saiz RAM dan Storan Yang Besar

Antara sebab kenapa kena pilih phone dengan saiz RAM besar ialah untuk mobile game anda dapat dimainkan dengan lancar.

Untuk itu sekurang-kurangnya RAM dari 6GB ke atas diperlukan untuk telefon lakukan tugas dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah kelambatan program.

Namun sekarang anda boleh dapatkan beberapa gaming phone dengan RAM sebesar 8GB dengan harga bawah RM1000. Antaranya termasuklah model Xiaomi dan Poco X3 Pro.

2- Chipset Smartphone

Pemprosesan (CPU) yang lancar sangat diperlukan untuk bermain game di smartphone. Lagi-lagi permainan yang dimainkan itu bersaiz besar. Antara cip pemprosesan yang bagus dan dicipta untuk lancarkan permainan adalah seperti Qualcomm Snapdragon.

Selain itu pesaingnya dari MediaTek dan juga Kirin untuk Android. Untuk iPhone pula adalah dari Apple Bionic.

Varian pemproses dari Snapdragon bermula dari siri 200, 400 sehingga 800. Untuk bermain games dengan lancar, Snapdragon dengan siri 800 lebih banyak digunakan dalam gaming smartphone.

Manakala MediaTek pula menggunakan siri Dimensity untuk pengalaman gaming yang terbaik.

3- Bateri Kapasiti Besar

Bateri yang berkapasiti besar akan memberikan pengalaman gaming dengan lebih baik. Bayangkan tengah seronok bermain tiba-tiba bateri telefon habis dengan cepat.

Mesti rasa terganggu dan ranking permainan anda akan menurun.

Maka bateri dengan kapasiti tinggi seperti 5000 mAh ke atas amat disarankan. Dengan ini anda tidak perlu dengan kerap mengecas bateri dalam sehari.

4- Resolusi Skrin dan Kadar Segar Semula (Refresh Rate)

Kadar penyegaran semula smartphone adalah antara 60 Hz sehingga 240 Hz untuk smartphone kelas atas. Jika mahukan pengalaman permainan yang terbaik refresh rate dari 90Hz dan keatas adalah diperlukan.

Selain resolusi saiz skrin handphone gaming juga patut diambil kira. Pilih skrin dengan saiz yang selesa tangan kita memegang. Ada juga yang suka bermain dengan skrin besar seperti tablet dan iPad, cuma tak berapa ergonomik pula. 

Jika berminat dengan skrin yang sangat besar boleh pertimbangkan untuk beli iPad secara online.

Sebagai contoh anda perlu gerakkan sasaran dan bertindak balas dengan lebih tepat pada objek bergerak seperti dalam PUBG, anda perlukan gaming phone dengan refresh rate yang tinggi.

5- Sistem Penyejukan Tambahan (Cooling System)

Antara isu utama ketika bermain games ialah adakah phone anda cepat panas? Memang seringkali isu phone panas menjadi perbincangan antara kaki mobile gamer diluar sana. 

Ada gaming phone yang telah sedia dilengkapi dengan sistem penyejukan sendiri (built in cooling system) seperti OnePlus 10T (tapi harga dia macam mahal sangat pula). 

Sebagai alternatif boleh beli gajet untuk sejukkan telefon semasa bermain games macam dekat bawah ni.

cooler untuk gaming phone
Beli di Shopee

6- Sistem Bunyi dan Audio

Kalau yang suka bermain games sambil pakai fon kepala (headphone) mungkin sistem bunyi handphone bukan keutamaan.

Namun jika anda suka bermain sambil loud speaker, maka adalah lebih baik pilih smartphone dengan sistem bunyi dan audio yang lebih baik.

Anda boleh pilih telefon dengan sistem bunyi jenis stereo dan dual speaker untuk bunyi yang sedap di telinga.


Kelebihan Bermain Games di Smartphone

Ada yang mungkin tidak bersetuju dengan aktiviti bermain games ini. Namun apa pun kalau dilihat dari konteks yang lebih besar selagi terkawal, bermain games boleh melatih fokus.

Selain itu juga dapat bantu menghilang tekanan setelah seharian berada di pusat akademi ataupun bekerja.

Post a Comment

2 Comments

  1. Bukan gamers tapi seronok baca tambah ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Sal. Semoga bermanfaat.

      Delete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code