Permohonan Adsense Blog Akhirnya Diluluskan

Permohonan adsense untuk blog ini sudahpun diluluskan. Dalam beberapa bulan lepas tapi baru nak update sini untuk rujukan. Ramai yang menulis di blog untuk berkongsi info dan kisah sendiri. Ada juga yang ingin buat buat duit dengan blog. 

Saya pula lebih kepada perkongsian peribadi dan rujukan umum. Namun ada beberapa artikel blog adalah portfolio untuk kerja menulis konten secara sambilan. Google Adsense jika diluluskan ianya adalah satu bonus tambahan yang bantu menjana pendapatan online dan buat duit dari blog ini.

Untuk info, blog airisbucket.com mula diterima sebagai rakan pengiklanan (publisher) dalam masa kurang dari tiga bulan permohonan Adsense dibuat. 

Awalnya saya juga tak sangka boleh secepat itu. Rezeki dan juga atas sebab semua syarat-syarat permohonan telahpun dipenuhi.

Macam mana cara nak lulus adsense dengan cepat? Jom baca lagi tips di bawah.

Tips Lulus Permohonan Adsense Dalam Masa 3 Bulan
adsense blog diterima


Tips Lulus Permohonan Adsense Dalam Masa 3 Bulan


1- Blog Perlu Ada Contact, Disclaimer atau Privacy Policy

Mana-mana blog yang dibuat untuk lulus permohonanan adsense perlu ada penafian (disclaimer) atau polisi privasi dan juga contact. Tak pasti nak buat privacy policy macam mana?

Boleh buat menggunakan laman pembuat polisi secara percuma di Google. Cari sahaja disclaimer atau privacy policy generator. Letakkan di salah satu laman khas (page) di blog anda. 

Kemudian tambahkan satu laman lagi untuk cara hubungi anda. Masukkan info seperti email pemilik blog disitu. Ciri-ciri ini sangat penting untuk blog diluluskan Adsense dengan cepat.


2- Konten Berkualiti

Konten berkualiti bermaksud tiada copy-paste dan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Apabila blog sudah siap dibina mulakan dengan post konten atau artikel-artikel berkualiti dan boleh menarik trafik ke blog.

Antara cara nak tarik trafik ialah dengan berkongsi link (URL) konten ke laman media sosial seperti Facebook dan juga Instagram. 

Jika anda share ke Facebook pastikan anda tidak share di page-page peribadi atau perkongsian orang lain. Ini untuk mengelakkan dari url blog diblok oleh Facebook. 

Selain itu juga anda boleh tulis artikel SEO yang berupaya menarik trafik pengunjung secara organik dari enjin carian.


3- Gunakan Template Blog Yang Responsive

Template blog yang mempunyai navigasi jelas dan memudahkan pengunjung sangat disukai Google Adsense. Anda boleh guna pelbagai jenis ready-made template yang percuma dari contohnya Gooyaabi Template, Piky Templates dan pelbagai lagi. 

Template responsive bermaksud ianya akan bertukar-tukar bentuk dengan mudah mengikut jenis peranti pengunjung. 

Jadi tidaklah contoh pengunjung yang gunakan smartphone lihat laman blog anda dengan saiz yang besar seperti di skrin komputer.


4- Trafik Pengunjung Blog

Kalau tiada trafik dari pembaca blog macam mana nak siarkan iklan kan? Jadi trafik blog ini penting untuk adsense luluskan permohonan dengan cepat. 

Ikut pengalaman saya, trafik harian tidak perlu banyak untuk kelulusan adsense. Cuma perlu konsisten sahaja. Maksudnya ada pengunjung walaupun bukan beribu-ribu pageviews. 

Tengok dari gambar dibawah pageview blog masih lagi rendah walaupun adsense sudah diluluskan.

naikkan cpc ctr adsense blog
Pendapatan Adsense Blog (permulaan diluluskan)

5- Elakkan Broken Link dalam Blog

Broken link dalam blog bermaksud link-link yang tidak dapat dikunjungi oleh enjin carian. Untuk blog baru lebih mudah nak cari broken link dan buangkan. Namun semakin banyak konten semakin sukar dan agak makan masa nak cari satu-satu. 

Antara sebab permohonan adsense ditolak adalah disebabkan broken link dalam blog. Jadi macam mana nak buat? 

Anda boleh semak di mana-mana broken link checker di internet dan buangkan (unlinked) link-link tersebut.


Kesimpulan Cara Lulus Adsense Dengan Cepat

Lima tips dan panduan diatas yang saya praktikkan di blog ini sehingga adsense diluluskan dalam masa kurang tiga bulan. Namun yang sebenarnya kunci untuk berjaya adalah konsisten.

 Anda perlu selalu terbitkan artikel yang berkualiti dan dapat memberi manfaat kepada pembaca. 

Artikel yang mesra SEO lebih mudah untuk naik di halaman pertama enjin carian seterusnya berikan trafik pengunjung yang banyak ke blog. 

Ini membolehkan anda dapat manfaat jana pendapatan sampingan online serta buat duit dari blogspot anda sendiri.


P/S : Harap dapat juga cashout sebulan sekali macam blogger otai yang lain. InshaAllah amin.

Post a Comment

5 Comments

  1. Tahniah semuga berjaya menambahkan pendapatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis. Baru bermula dengan blog ni, moga ada hasilnya inshaAllah amin.

      Delete
  2. Tahniah! Selamat menabung!

    ReplyDelete
  3. Tahniah.. saya dengar bukan mudah nak lulus ye GA ni? Terus kan menulis dengan jaya nya pasni. Good Luck!

    ReplyDelete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code