Panduan dan Cara Buat Blog Free Terkini [2022]

Lama tak cerita tentang blog dekat sini. Hari ni saya nak share tentang cara buat blog free yang mudah dan tanpa perlu upah web designer. Kosnya cuma masa, tenaga dan juga sambungan internet yang stabil. 

Artikel ini khas untuk anda yang berminat untuk mulakan blog sendiri tapi ada kekangan bajet untuk beli domain dan juga hosting.


Apa Itu Domain?

Domain bermaksud nama blog atau website anda. Contoh macam blog ini AirisBucket.com yang bermaksud domain. Kalau nak lebih faham ianya bermaksud alamat blog anda. 

Cuma untuk domain dot com (domain.com) ini perlu dibayar sama ada secara tahunan atau dua ke lima tahun sekali. Bergantung kepada kesesuaian dan bajet anda. Tapi tak semestinya ya. 

Ada cara yang lebih mudah tanpa perlu bayar kos domain pun untuk buat blog pada platform percuma.

cara buat blog sendiri percuma

Cara Buat Blog Free Sampai Jadi

Ada banyak platform sedia ada yang boleh terus digunakan sebagai blog pertama anda. Dan semestinya ianya tidak perlu dibayar. 

Antaranya termasuklah platform popular di Malaysia iaitu Google Blogspot. 

Antara keperluan dan syarat utama yang diperlukan ialah;
  • Tentukan platform percuma yang anda suka [Blogspot, Wordpress, Weebly dan sebagainya]
  • Alamat email untuk perdaftaran blog
  • Masa untuk setup blog sehingga lengkap

Saya terangkan dahulu cara buat blog di platform Blogspot untuk permulaan. 


Kenapa pilih Blogspot bukan Wordpress?

Kerana ianya percuma dan tidak perlukan pengetahuan coding yang kompleks untuk anda mula berblog. Ada juga blog klien yang saya handle sebagai penulis bebas dengan platform Wordpress. 

Cuma sekarang saya lebih selesa dengan platform blogpsot. Pada pendapat saya yang penting kualiti konten dan juga info yang anda ingin kongsikan dengan pembaca. 

Untuk lebih adil saya akan terangkan juga cara-cara nak buat blog dengan wordpress. Tetapi mungkin kemudian dalam artikel yang seterusnya.


Buat Blog Percuma di Google Blogger [Blogspot]

Platform percuma bermaksud anda tidak perlu bayar untuk kos domain (nama khas blog diakhiri dengan dot com). Anda boleh beli nama domain kemudian jika berminat.

Dengan platform percuma seperti Blogspot anda akan dapat nama blog yang diakhiri dengan blogspot. 

Contohnya begini : namablog.blogspot.com [akan ada blogspot selepas nama blog anda]. 

Antara langkah-langkah nak buat blog di Blogspot adalah seperti di bawah.

  • Langkah 1: Pergi ke laman www.blogger.com
  • Langkah 2: Klik pada [Create Blog]
  • Langkah 3: Isikan tajuk blog anda dan teruskan [Next]
  • Langkah 4: Masukkan nama blog anda dan simpan [Save]
  • Langkah 5: Selesai

Tips Pilih Nama Blog

  • Pilih nama yang menggambarkan tema (niche) blog anda.
  • Pilih nama yang senang nak dieja dan diingati
  • Dan pastikan nama yang anda pilih masih ada (available) untuk digunakan.


cara mudah buat blog percuma
Langkah 1 & 2

cara buat blog percuma dengan cepat
Langkah 3

cara buat blog free
Langkah 4


Blog Sudah Jadi dan Boleh Mula Terbitkan Konten [Artikel]

Proses buat blog anda secara percuma sudah pun menjadi. Oleh itu anda boleh mula menulis dengan klik pada New Post untuk konten pertama anda. 

Langkah 5 Blog sudah sedia dan mulakan konten


Jika anda memang sudah bersedia untuk aktifkan blog maka mulakan dengan buat satu hantaran artikel (posts) di blog tadi.


cara nak buat blog sendiri free

Jika anda ingin tukar tema anda boleh klik di [Theme]. Saya akan tunjukkan di artikel yang seterusnya nanti.

Tentukan Niche Blog Anda


Selain dari mulakan blog sendiri untuk tahun ini (2022) anda juga boleh tentukan niche blog ataupun tema dan topik penulisan serta konten yang ingin diketengahkan. 

Konten yang boleh dikongsikan termasuklah gaya hidup (lifestyle), pengalaman peribadi, pendapat serta pelbagai tips yang anda rasakan boleh membantu pembaca mendapat info.

Selain itu ada juga yang mulakan blog untuk berkongsi kisah harian sendiri. Tiada masalah. Blog anda dan anda yang tentukan. 

Kemaskini Blog Anda Dengan Berkala

Blog boleh di kemaskini (update) dengan gunakan laptop dan iPad ataupun gunakan sahaja smartphone anda.

Saya juga secara peribadi suka baca kisah dan pengalaman sendiri blogger lain dalam blog mereka. 

Jadi adakah blog anda sudah sedia? Apa yang penting dalam usaha nak bina kredibiliti anda sebagai seorang blogger adalah minat dan juga perlu konsisten. 

Kalau tak minat nak menulis macam mana nak sampaikan mesej kepada pembaca kan. Semoga usaha anda nak buat blog free tercapai dengan mudah. 

Jika ada masalah dalam buat blog jom kongsikan di bahagian komen.

Post a Comment

2 Comments

  1. best kalau ada blog yang ada domain percuma...yang berbayar kena serius nak buat content...kalau tak rasa rugi dibiarkan begitu sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul setuju..kalau kena bayar domain baik buat blog betul-betul dengan konten bermanfaat.

      Delete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code