6 Tips Penulisan Artikel SEO Berkesan

Sejak berjinak-jinak dalam dunia penulis konten dan penulis siluman (ghostwriter) kebanyakan klien minta terbitkan penulisan artikel SEO untuk website mereka. 

Jadi post hari ini berkenaan dengan panduan dan juga tips menulis artikel yang boleh dapat rank yang baik di enjin carian serta tips seo untuk blogger.

Lama juga berfikir nak tulis tentang ni sebenanrya. Antara sebabnya satu saya bukan seorang pakar atau expert dalam dunia digital marketing ataupun penulisan konten. 

Kedua persepsi yang mana saya mungkin tersalah ataupun tak dapat nak tunjukkan result dari apa yang dikongsikan di sini.

Kongsi Pengalaman Menulis Artikel SEO Blog

Jadi untuk pembaca semua harap berlapang dada dan jika ada kesalahan boleh kongsikan dengan saya. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman menulis sendiri. 

Selain itu juga berdasarkan carian beberapa fakta mengenai penulisan konten atau artikel SEO yang baik untuk blog. 

Selain itu ini juga menjadi nota panduan untuk saya pada masa hadapan.

Apa Itu SEO dan Kepentingannya Pada Performance Blog?

Kalau borak dengan rakan-rakan blogger lain, selalunya topik SEO ni memang antara yang jadi keutamaan. SEO adalah singkatan dari perkataan penuh Search Engine Optimization (SEO). 

Rata-rata yang selalu terbitkan artikel sama ada di blog sendiri ataupun menulis untuk orang lain, artikel mesra SEO akan diutamakan. 


Kenapa Penulisan Artikel SEO Penting Untuk Blog atau Website?

Penting kerana dengannya artikel yang diterbitkan akan lebih mudah berada di halaman pertama di enjin carian seperti Google, Yahoo dan juga Bing (serta lain-lain). 

Ini kerana kebanyakan pencari maklumat di Google akan lebih terdorong untuk klik artikel yang ada di halaman pertama dahulu sebelum pergi ke halaman kedua dan seterusnya. 

1- Penyumbang Sumber Trafik ke Blog

Maka artikel di halaman pertama akan menjadi penyumbang utama trafik pengunjung kepada blog kita. Semakin banyak artikel kita berada dalam halaman utama enjin carian semakin tinggi pengunjung/pembaca datang ke blog. 

2- Tingkatkan Jualan

Bagi pemilik perniagaan pula konten mesra SEO merupakan salah satu tool untuk menarik pengunjung (lead) dan pelanggan (potential customer) ke website dan seterusnya menjana jualan (sales). Selain itu ianya juga dapat kurangkan kos pengiklanan.

Ada beberapa rujukan yang boleh anda baca untuk naikkan ranking blog seperti Ahrefs dan Hubspot.


Panduan dan Tips Menulis Artikel SEO Yang Berkesan

1- Pilihan Kata Kunci (Keywords)

Pilihan kata kunci berkenaan dengan topik yang dibincangkan. Antara yang disarankan ialah pilih Long-Tail keyword yang merupakan salah satu kata kunci panjang spesifik. 

Ianya lebih terperinci dan kurang daya saing dalam jumlah carian di enjin carian.

Sebagai contoh long tail keyword seperti:  cara buat kimbap dari beras biasa.

Ini adalah kata kunci panjang yang spesifik. Jika tiada idea nak menulis tentang topik apa, anda boleh lihat apa yang trending dan tulis fakta mengenainya (pastikan info yang sahih baru tulis). 

Ataupun baca blog-blog lain (blog walking) untuk mencari idea penulisan yang sesuai. 

2- Struktur Artikel (Headings H1, H2, H3, Paragraph, List)

Untuk artikel pula lebih baik ditulis secara berstruktur. Sebagai contoh anda buat karangan, mulakan dengan topik atau tajuk (Heading H1). 

Kemudian setiap tajuk kecil pula adalah (Small Heading, H2) dan mungkin ada tajuk lebih kecil di bawah H2 iaitu H3. Masukkan tajuk-tajuk ini secara berperingkat dan tersusun dan sertakan juga penutup atau kesimpulan untuk artikel tersebut. 

Sama seperti topik artikel mesra SEO yang sedang anda baca sekarang. Lihatnya sebagai contoh dimana pelbagai topik besar dan kecil disertakan sekali. Setiap topik kecil juga ditulis dalam bentuk perenggan (paragragh). 

Ianya untuk memudahkan anda sebagai pembaca mendapat ilham mengenai topik yang dibincangkan.

3- Outbound & Inbound Links 

Bina link (link building) dengan artikel-artikel yang pernah diterbitkan sebelum ini dalam blog. Contohnya, anda sedang bercerita tentang pengalaman ke Perlis. 

Dalam artikel tersebut masukkan juga link berkaitan contohnya link artikel tips mencari tempat menginap dan sebagainya. 

Link tersebut hendaklah dari blog anda sendiri dan juga sumber dari blog lain yang berkaitan. Untuk panduan, pastikan link dari blog anda sendiri dalam keadaan Do-Follow. 

Ini akan beri signal kepada enjin carian bahawa link (url) tersebut saling berkaitan. 

4- Imej Berkaitan

Enjin carian suka dengan artikel yang disertakan dengan imej yang berkaitan. Ini dapat membina kredibiliti blog. Selain itu ianya juga meningkatkan kebolehpercayaan pengunjung dan juga enjin carian. 

Selain itu tukarkan ALT TEXT gambar anda dengan kata kunci yang telah dipilih. Jika artikel dibaca (crawled) oleh enjin carian, setiap gambar dibaca dengan alternative text ini. 

Namun jika gambar adalah hiasan semata-mata anda tidak perlu letak ALT TEXT ini. 


artikel SEO untuk blog

5- Jumlah Perkataan

Jumlah berkataan yang disarankan untuk menulis artikel yang mesra SEO adalah minimum 500 patah perkataan. Namun jika mampu tulis sehingga 1000 patah perkataan adalah lebih baik. 

Jika anda menulis dengan panjang pastikan tulisan tersebut mengandungi isi-isi yang berkaitan dengan topik atau niche yang sedang ditengahkan.

6- Meta Description 

Tambahkan deskripsi meta yang unik pada setiap artikel blog yang diterbitkan. Contohnya untuk pengguna Blogspot anda boleh lihat di bahagian kanak iaitu Search Description. 

Tulis keterangan ringkas (summary) berkenaan dengan artikel yang anda tulis. Masukkan juga kata kunci berkaitan setiap kali artikel diterbitkan. 


Artikel Tidak Terindeks Di Google

Pernah tak anda semak artikel yang ditulis rupanya tidak di indeks pun oleh Google. Saya pernah dalam situasi yang sama semasa mula-mula berblog. 

Okey, untuk ini selepas selesai bina blog di Blogspot sendiri daftarkannya di Google Search Console (GSC). 

Jika pengguna blogspot anda boleh terus klik di bahagian Setting dan klik pada Google Search Console untuk verifikasi secara automatik.

Untuk pengguna WordPress, anda boleh daftarkan blog dan verify sebagai pemilik blog dengan masukkan TXT data di dashboard rekod domain DNS. 

cara tulis artikel mesra SEO google
Klik pada GSC di bahagian Setting Blogger (Blogspot)


Kemudian hantarkan sitemap blog anda dengan alamat url dibawah ini untuk artikel diindeks Google.

Alamat sitemap : https://www.namablog.com/sitemap.xml

Hantarkan sitemap untuk diindeks oleh Google


Untuk blog baru selalunya masa untuk artikel diindeks akan lebih lama dari blog yang sudah lama. Kadangkala sampai lebih dua minggu artikel tidak diindeks.

Apa Impak Artikel Tidak di Indeks Google?

Artikel ataupun blog post tersebut tidak akan muncul di enjin carian. Maksudnya kalau ada pembaca yang cari topik berkaitan di Google artikel anda tadi tidak akan keluar di halaman carian. 

Jadi impaknya orang tak dapat klik link artikel dan tahu akan kewujudan blog atau artikel anda. 

Kesimpulan Cara Tulis Artikel SEO Friendly

Antara yang pernah ditanya ialah kenapa artikel bukan mesra SEO saya rank dengan baik di enjin carian? 

Kerana kemungkinan kata kunci ataupun topik yang anda tulis tidak mempunyai persaingan yang tinggi. Maksudnya mungkin tidak ramai yang menulis topik berkenaan tetapi masih ada yang mencari info tersebut di Google. 

Dan mungkin juga Google suka dengan artikel anda. Saya sendiri secara jujurnya bukan semua artikel di blog ini ditulis dengan rangka diatas. Ada juga yang caca marba dan ikut suka hati. 

Cuma untuk penulisan berbayar saya cuba sedaya upaya pastikan yang ianya diterbitkan dengan mesra SEO. Ada soalan yang berkaitan SEO ataupun penulisan artikel blog? 

Jom hantar di komen.

Post a Comment

2 Comments

  1. SEO topik yang malar hijau...cabaran terbesar untuk dapat ranking terbaik apabila bersaing dengan menggunakan kata kunci yang mahal

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Saya suka guna google keyword ads. Penting ilmu SEO supaya artikel tak hilang di lautan internet

    ReplyDelete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code