5 Tips Manfaat Decluttering Rumah

10

Pernah tengok rancangan realiti TV Marie Kondo atau kaedah KonMari tak? Dalam rancangan ni diajar tentang cara-cara nak mula berkemas rumah, susun barang, mulakan decluttering rumah dan pelbagai lagi tips mengemas. 

Tetapi kalau ikut kaedah KonMari nih kena kemas satu rumah. Rasa memang tak ramai yang nak buat sebab mengambil masa yang agak lama. Antara sebab dan fokusnya ialah untuk hanya simpan barang-barang yang memberikan rasa gembira atau 'spark joy' sahaja. 

Kalau anda rasa kaedah declutter satu rumah akan makan banyak masa dan tenaga, anda boleh mula dengan satu-satu ruang dahulu. Mungkin boleh mulakan dengan stor untuk minggu pertama, kemudian diikuti dengan ruang rumah yang lain. 


Kenapa Declutter Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Mental?

Decluttering adalah suatu aktiviti memilih dan juga buang barang/perkara yang anda sudah tidak ingini lagi. Anda juga boleh sedekahkan barang yang sudah tidak diperlukan. Selain itu kaedah decluterring ini akan memudahkan kita cari semula barang yang sudahpun dikemas serta disimpan.

Buang disini mungkin atas sebab sudah rosak atau tiada keperluan lagi untuk masa itu. Barang yang sudah tidak diperlukan juga boleh dijual semula ataupun diberi pada mereka yang lebih perlu. 

Kalau anda nak tahu kita sebenarnya boleh jana pendapatan daripada aktiviti decluttering ini. 

Masih ramai yang suka beli barangan terpakai tanpa perlu berhabis duit untuk kegunaan yang sekejap. Beberapa barangan yang boleh dijual semula termasuklah barang bayi seperti katil dan baby walker. Antara barang lain ialah tudung, pakaian dan juga kasut. 

Tetapi mestilah dijual dalam keadaan ianya masih boleh digunakan ya.

cara untuk mula decluttering rumah

Antara Manfaat Decluttering ialah;

  • Tingkatkan produktiviti

Barang-barang yang tidak kita perlukan boleh menganggu produktiviti harian. Bayangkan meja anda penuh dengan barang yang tidak perlu pasti ianya akan menganggu kerja. Selain itu ianya juga akan membuatkan ruang kerja semakin terhad.

  • Mengurangkan Stress

Teknik declutter ini dipercayai dapat membantu mengurangkan stress atau tekanan. Menurut artikel dari Mayo Clinic , antara perbuatan sentiasa berkemas dapat menyebabkan hormon kortisol akan bertambah dan akhirnya meransang stress dalam diri. Penat kan kalau asyik nak berkemas je setiap hari.

  • Kurangkan risiko penyakit lelah serta kurangkan alergi

Barang yang bertimbun dapat mengumpul habuk. Selain itu ianya juga boleh menjadi sarang haiwan dan serangga yang tidak kita ingini berada di dalam rumah. 

Habuk dan sesetengah serangga dapat memacu (trigger) punca alergi terhadap tubuh. Oleh itu teknik declutter ni dapat bantu kurangkan masalah habuk terkumpul di dalam kawasan rumah. 

Antara 5 Langkah Untuk Mula Declutter / Kemas Rumah ialah:


Kena Komited Untuk Berkemas (Commit Yourself to Tidy Up/Clean up)

Mula berkemas dengan penuh komited untuk bersihkan rumah atau tempat tinggal. Banyak manfaat yang kita boleh perolehi dari ruang rumah yang lebih besar selepas decluttering

Tuliskan semua senarai barang yang anda tidak inginikan lagi. Jangan ragu-ragu untuk buang barang yang sudah tidak lagi berguna. 

Asingkan antara yang masih boleh dijual/diberi pada orang lain dan juga yang sudah rosak. Letakkan barang tersebut di suatu bahagian yang telah ditetapkan.


Bayangkan Gaya Hidup Yang Ideal (Imagine What is Your Ideal lifestyle?)

Bayangkan hidup ideal yang anda inginkan. Jangan bandingkan kehidupan atau ruang rumah kita dengan orang lain. Tiada yang sempurna dalam dunia ini. Hidup dalam gaya minimalis juga mungkin lebih baik untuk kita.

Maka fikirkan tentang kebaikan yang akan anda dapat selepas decluttering. Antaranya anda akan dapat keselesaan dan ruang tinggal yang lebih luas. Selain itu juga minda yang lebih tenang.


Habiskan Aktiviti Buang Barang Tidak Diperlukan (Finish Discarding First)

Apabila ada barang yang memang sudah tidak boleh digunakan, jangan ragu-ragu untuk dibuang. Dulu saya juga sama suka simpan barang yang ada nilai sentimental. Tetapi akhirnya ianya memakan ruang dan semakin sukar dibersihkan setelah tersimpan lama. 

Barang yang sudah tiada nilai tidak akan membantu produktiviti. Ianya hanya akan memenuhkan ruang dan menyempitkan rumah anda.


Susun Barang Ikut Kategori (Tidy by cateogory)

Susun barang yang tinggal mengikut kategori. Ini akan memudahkan anda mencarinya selepas ini. Selain itu kalau kita lihat pada kaeadah KonMari ini, Marie Kondo menggambarkan setiap barang itu telah berikan khidmat terbaik dalam kehidupan kita. 

Maka ianya perlu dijaga dengan baik sehingga tidak dapat digunakan lagi. Saya suka juga bab susun ikut kategori nih. 

Dan saya akui saya masih dalam peringkat nak jadikan ianya suatu amalan dalam keluarga. Senang nak cari barang lagi-lagi masa musim anak-anak dah mula bersekolah ni.

Ikut Aturan Yang Ditetapkan (Follow the order)

Barang yang dibeli selepas ini perlu diletakkan pada kategorinya. Contoh kalau anda beli stokin, selepas dah basuh lipat dan simpan pada tempat simpanan stokin. Kalau amalan ikut aturan ini ditetapkan maka kehidupan akan lebih efisien. Masa mencari juga dapat dijimatkan.

Barang lebih mudah untuk dicari dan juga aktiviti menyusun dan mengemas dapat dikurangkan. Seterusnya taklah asyik stress tengok barang bersepah je kan?

Sentiasa Bersyukur

Konteksnya di sini ialah kita perlu bersyukur setiap hari kerana setiap perkara dalam kehidupan ada fungsinya sendiri. Kita sepatutnya menjaga dan memelihara barang yang kita miliki dengan baik supaya ianya boleh digunakan dengan lebih lama. Selain itu dapat kurangkan pembaziran. 

Bayangkan kalau kita tidak jumpa barang yang dicari akhirnya sehingga terpaksa beli yang baru. Kemudian apabila dah berkemas, kita jumpa semula barang tersebut. 

Bukankah ianya suatu pembaziran yang sepatutnya dapat dielakkan. 

Memang diakui kita selalu sayang sangat nak kurangkan dan buang barang yang dah rosak atau tidak digunakan lagi. Namun bayangkan kalau kita boleh jimat lebih banyak ruang dalam tempat kediaman dan jadi lebih selesa. 

Mata pun sejuk sahaja lihat barang berada ditempatnya yang betul. 

Jadi macam mana? Dah start decluttering ke tu?

Tags

Post a Comment

10 Comments
*Thank you for visiting my blog.

Terima kasih singgah baca dan juga komen anda.

  1. OK! Uncle semangat ni...

    esok start!

    ReplyDelete
  2. KA dah baca artikel ni beberapa hari lepas. Semalam dah start discuss dengan isteri barang mana yang nk disingkirkan. Yang pastinya, banyak barang KA la yang kena nampak gayanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mula dah KA minggu nih berkemas..Good luck :)

      Delete
  3. Declutter ni aktiviti utama saya masa PKP. yelah kan da tak boleh ke mana-mana, habis satu bilik saya kemas. bagi saya ia sejenis terapi juga. nanti tontonlah filem Happy old year tentang declutter

    ReplyDelete
  4. Lepas rumah kena banjir tahun lepas, insaflah sikit.. mula buat penyisihan barang mana yang tak perlu. Bagus juga sebenarnya.. declutch secara alami gitu.

    ReplyDelete
  5. Saya suka mengemas ni
    tapi lau ruangan kecil kena sorang2 tak boleh ramai2 😄😄

    ReplyDelete
  6. Saya suka decluttering rumah since rumah saya sangat kecil so space terhad. Biasanya saya declutter 2-3 bulan sekali nak tengok mana2 yg dah x relevant. Ada yg Saya buang terus, ada yg saya masukkan dlm stor utk dipakai dikemudian hari spt stroller dan barangan baby.
    Tahun ni saya start dgn new motivation iaitu live minimalist and simply simple.

    ReplyDelete
  7. bagus juga info nih sebagai rujukan dan motivasi, sy pun dah mula membuang barang tak perlu dan tidak digunakan… suami bg tahu sy ada penyakit yg suka menyimpan… tertusuk di kalbu rasanya hahahha

    ReplyDelete
  8. betul, banyak barang x perlu ni, stress mata memandang. Menarik tips airis bagi ni. thanks

    ReplyDelete

Terima kasih singgah baca dan juga komen anda.

Post a Comment
To Top