Tempat View Awan Karpet & Hiking Bukit Taisho Bahau

2

Bukit Taisho sangat terkenal dikalangan pendaki tempatan terutamanya yang tinggal di Bahau Negeri Sembilan. Ini kerana di bukit ini jika ada rezeki, kita boleh nikmati pemandangan awan karpet dan juga kawasan pertanian di bawah bukit.


Pengalaman Mendaki Bukit Taisho Yang Popular

Kalau anda nak try hiking di sini kena cari jalan ke kawasan perumahan Taman Meranti, Bahau. Lepas tu terus saja ke atas sampai jumpa papan tanda Bukit Taisho.


Puncak bukit ini adalah berketinggian sekitar 270 meter dan mempunyai jalur pendakian sepanjang kira-kira 1.7 km. Masa dari 30 hingga 40 minit akan diambil untuk pendakian dengan kelajuan sederhana. Kalau berlari saya rasa kurang 30 minit pun dah boleh sampai ke atas puncak bukit.


Memang sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan senang untuk didaki sehingga ke puncak bukit. 



Tanda (Landmark) ke Pintu Masuk Jalur Pendakian (Hiking Trail) Bukit Taisho Bahau

Mula-mula akan jumpa kebun kelapa sawit dan juga mata air. Laluan landai sahaja pada mulanya sehingga anda akan nampak simpang dua. Nak ke kanan atau kiri pun boleh. Dua-dua akan bawa ke puncak bukit.


Hiking Bukit Taisho Bahau

Untuk info lebih baik berhati-hati ketika mendaki dengan kanak-kanak di sini. Ini kerana sebab trail agak terbuka dan berbatu. Lebih kurang macam dekat Bukit Broga juga keadaannya. 

Nampak ada yang hampir nak tergelincir juga semasa mendaki. Lagi-lagi kalau pakai kasut yang tapaknya kurang mencengkam tanah.

Pelbagai Binaan Berasaskan Buluh Di Letak Di Puncak Bukit Taisho

Tak pasti persatuan mana yang jaga bukit Taisho ni. Tetapi di kawasan puncak nampaknya memang sentiasa dijaga baik. Bersih dan pelbagai jenis arca daripada buluh boleh dilihat di sini.


Pengalaman Hiking Bukit Taisho Bahau
Photo : Jodoh ke tu??


pengalaman hiking bukit Taisho Bahau
Photo : Arca daripada buluh

Tempat ni biasanya pendaki akan mendaki pada awal pagi untuk dapatkan pemandangan awan karpet. Tetapi masa kami sampai puncak awan karpet tiada, cuma keadaan puncak yang diselubungi kabus tebal. Boleh tahan sejuk juga. 

Hiking Bukit Taisho Bahau
Dataran pertanian di sekitar kaki bukit Taisho

Hiking Bukit Taisho Bahau
Photo : Kabus tebal di puncak


Setakat ni saya rasa Bukit Taisho ni memang antara pilihan tempat mendaki yang best dekat Bahau Negeri Sembilan. Nak cari parking pun tak susah dan juga tidak perlu bayar. Percuma.

Ada yang dah pernah mendaki ke bukit Taisho Bahau ni? 

Post a Comment

2 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

  1. menarik. bolehla orang Bahai buang-buang peluh time hari cuti di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik Bukit Taisho nih. Kalau pergi awal pagi boleh tengok awan karpet.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top