Advertisement

Cara Serta Resipi Tauhu Telur Chinese Style

Stok tauhu telur atau jepun nih memang sentiasa ada. Tauhu telur atau tauhu jepun ni lebih lembik dan lembut. Tak keras sangat berbeza dengan tauhu petak yang biasa tu. 

Jom korang saya share resepi tauhu jepun simple dan sedap. Kalau tak ada idea nak masak tu paling tidak cari balik resipi telur sahaja. Mudah dan senang disediakan.

resepi tauhu jepun dengan telur

Resepi Tauhu (Tofu) Jepun Sedap Dengan Sayur Hijau

Bahan-Bahannya ialah :

  • Tauhu telur 1 peket
  • Bawang putih dihiris halus
  • 1 - 2 sudu besar sos tiram.
  • Cendawan shitake (tak ada pun tak apa)
  • Sayuran hijau
  • Daun sup, hiris.
  • 1 sudu tepung jagung bancuh dengan sedikit air 
  • 2 biji telur, pukul dengan garfu.
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)


Cara Memasak Tauhu Telur Jepun Ala Chinese

  • Goreng tauhu jepun yang dipotong dengan minyak betul-betul panas
  • Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. 
  • Kemudian masukkan sos tiram, air dan juga cendawan.
  • Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi dan biarkan direbus sebentar
  • Masukkan bancuhan tepung jagung untuk tujuan pekatkan kuah
  • Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau
  • Biarkan masak sebentar dan sedia dihidangkan
resepi tauhu jepun dengan telur
Goreng tauhu

Buatkan kuah

Masukkan tauhu Jepun

Antara Makanan Kegemaran

Hampir setiap minggu mesti ada hari masak lauk ni. Anak-anak suka betul makan masakan tauhu telur ala Chinese ni dengan nasi panas. 


Selamat mencuba semua. 

Post a Comment

2 Comments

  1. kat rumah ammi pun sama...setiap minggu mesti stock up tauhu jepun ni sbb anak2 suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita kak, memang ada je stok tauhu nih.

      Delete