Advertisement

Masakan Nogori di Hayyan Huda Opah's Kitchen Seremban

Dalam perjalanan balik ke rumah kami sempat singgah makan di kedai makan Hayyan Huda Opah's Kitchen yang terletak di Temiang, Seremban. Dah lama nak cuba makan sini sebab antara tarikan utamanya ialah masakan tradisional Negeri Sembilan (Nogori) yang sedap.

Nak ke sini, anda boleh ikut highway sama ada Plus Utara Selatan masuk ke Seremban hala ke Temiang. 

Ataupun nak lalu jalan lama juga boleh ikut Mantin terus ke Lobak dan masuk ke simpang sebelah KFC bandar Seremban hala ke pekan Temiang. Mana-mana pun boleh. 



Masakan Nogori di Hayyan Huda Opah's Kitchen Seremban

Tengok orang pos di Instagram masak lomak cili api daging salai, ikan keli dan juga rendang daging. Fuhh! menarik betul la. 

Cara nak makan di sini ialah, sampai sahaja di depan kedai kena scan QR Code untuk dapatkan no giliran masuk. Ramai sangat pengunjung jadi dengan cara ni masing-masing boleh dapatkan nombor giliran dengan betul.

Kemudian tunggu sahaja sampai nombor anda dipanggil. Sampai di meja pula scan QR Code menu untuk order makanan. Mudah sahaja. Kalau belum mahir, boleh panggil pembantu kedai untuk mula order makanan.

Antara lauk pauk yang kami order termasuklah;

  • Ikan masak lemak
  • Sambal tumis bilis petai
  • Kang kung belacan
  • Telur dadar
  • Masak lemak daging salai
  • Free sirap selasih


Daging salai masak lemak

Rendang Negeri

Kang kung goreng belacan

Isi ikan masak lemak cili api


Ikan tu lauk tambahan kami order sebab nak rasa. Yang lain-lain tu adalah dalam menu set untuk dua orang. Tambah nasi sepinggan dan juga air kosong sejuk.

Pelbagai Jenis Kek, Kuih Muih dan Biskut

Ingatkan makanan tengahari sahaja yang disajikan. Rupanya ada satu seksyen lagi untuk pencuci mulut. Kami tak lepaskan peluang untuk cuba kek yang dijual disini. Antaranya termasuklah;

Brownies


Choc Indulgence

Carrot Cake

Orea Choco Cake


Disebabkan kedai ni berada di atas bukit maka memang sangat nyaman makan di sini. Syahdu betul teringat masak lemak Negeri Sembilan arwah nenek. 

Sedap betul lauk pauk di sini. Memang menepati citarasa. Anda cuba la makan di sini kalau singgah ke Seremban. Pada saya tak rugi cuba.

Post a Comment

2 Comments

  1. selalu nmp[k org review tmpt ni... kita pun follow IG diorang... blm berkesempatan lagi nak jejak situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah terjebak juga tengok orang lain dah sampai hehe..kena try sis

      Delete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog