Advertisement

Itinerary 3 Hari Ke 5 Tempat Menarik Di Mersing

Musim cuti sekolah yang lepas kami tidak lepaskan peluang untuk bercuti 3 hari 2 malam ke tempat menarik di Mersing Johor. Selain boleh lakukan pelbagai aktiviti laut dan berkelah, kami juga ambil trip ronda pulau (Island Hopping) di sekitar laut Mersing.


Untuk penginapan kami pilih Homestay Mersing Arif yang terletak di sekitar Kampung Tanjung Genting yang berdekatan dengan pantai Air Papan. 


Jarak homestay ke pantai Air Papan kira-kira dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta. 


Homestay Arif, Kampung Tanjung Genting Mersing

Untuk Day Trip Island Hopping pula kami tempah dari instagram JomTerokaPulau.my. Pakej ronda lima pulau ni termasuk sekali dengan kudap-kudapan dan air mineral dalam bot dan juga makanan tengahari. 


Plan Bercuti Dan Itinerary Ke Tempat Menarik Di Mersing, Johor

Hari Pertama Di Mersing :

 

1. Mersing Geopark :

Kami bertolak kira-kira jam 10 pagi juga lepas minum pagi. Sampai ke Mersing dalam jam 12.30 tengahari dan terus ke Medan Selera sebelah Petronas bandar Mersing untuk makan tengahari. Kemudian kami bergerak ke Endau untuk ke Pantai Penyabong. 

Senarai tempat menarik di Mersing 2022


Sampai disana kami ke Tapak Geopark Mersing iaitu di Tanjung Kempit. Tapak Geopark ini adalah salah satu lokasi letupan gunung berapi sekitar 320 juta tahun dahulu antara daratan pertama di Tanah Semenanjung Malaysia. Ianya menjadi batu asas di Mersing Geopark.

2. Pantai Penyabong :

Nama pantai ini dikaitkan dengan kisah dari asal lanun yang menyabung ayam setelah berlabuh di pantai ini maka lahirlah nama Penyabong. Dari awal sampai dah boleh nampak pemandangan Jeti Penyabong dan kalau nak mandi boleh jalan masuk ke arah campsite melalui kawasan sedikit belukar. 

Senarai tempat menarik di Mersing

Terdapat juga tandas yang dijaga baik juga pondok-pondok rehat untuk kegunaan awam.
 
Selepas penat dan puas mandi pantai, kami bersiap ke homestay untuk check in dan berehat. Sebelum sampai tu sempat juga bungkus makanan ringan sekitar persisir pantai Kampung Tanjung Genting.
 

3. Fenomena Bulan Penuh (Full moon) di Pantai Tanjung Genting :

Lepas dah selesai check in, solat dan sebagainya kami keluar ke sekitar pantai Tanjung Genting. Ramai penjaja yang berniaga di sini. Sempat juga kami beli kebab daging dengan apam balik oreo cheese makan sambil tunggu bulan naik. 

Senarai tempat menarik di Mersing 2022

 
MashaAllah sangat cantik pemandangan di sini ketika air laut surut dan juga matahari sedang terbenam. Lawa sangat !
 

Hari Ke-2 Di Mersing :

 

4. Island Hopping (Day Trip Ronda 5 Pulau) :

Pulau Sibu Kukus

Kami bergerak ke Jeti Mersing selepas sarapan dan sampai kira-kira jam 8.30 pagi untuk sesi berkumpul dan briefing oleh trip guider. Dalam lebih kurang jam 9.30 pagi bot kami berlepas dari jeti ke Pulau Sibu Kukus. Di sini antara aktiviti yang dilakukan ialah hiking dan juga mandi laut. 

Senarai tempat menarik di Mersing
Dengar taklimat sebelum naik bot laju

Pulau Sibu Kukus Mersing
 
Kami tak join hiking sebab anak-anak lagi happy mandi laut yang sangat jernih. Sementara tunggu kumpulan hiking turun dari bukit, kami makan sedikit bekalan yang dibawa dan juga bergambar.

Pulau Lima ( Seightseeing Gua dan Gerbang Batu)

Selepas itu, kami bergerak ke Pulau Lima, iaitu kepulauan berbatu dan juga terdapat gua disini. Kalau diikutkan boleh snorkelling tapi kena tengok juga keadaan cuaca dan laut. Masa ni angin agak kuat juga jadinya kami bergambar jela dan tengok gua dari dalam bot.

Pulau Lima Mersing


Pulau Mentinggi ( Lunch pack dan Snorkelling)

Dalam dah tengahari masa nih kami ke Pulau Mentinggi untuk makan tengahari dalam bentuk lunch pack. Sedap juga makan sambil ala-ala berkelah gitu. Kami tertinggal tikar di homestay jadi duduk sahaja bawah pokok atas pasir pantai yang memutih. 

Senarai tempat menarik di Mersing 2022

Memang layan habis angin laut dan buat rasa mengantuk pun ada.
 
Anak-anak habis makan sambung berenang dan snorkelling dekat pantai. Air yang jernih hijau membiru saujana mata memandang.
 
 

Pulau Tetek (Pulau Tokong Rakit)

Nama pulau ni unik sedikit mungkin disebabkan rupa bentuknya. Tapi apapun ianya adalah dua pulau bersebelahan yang sangat cantik. Masa ni boatman akan lalu di sekitar pulau untuk kami bergambar dan posing atas bot. 

Lepas tu kalau bernasib baik, boatman akan buat boat drift yang confirm buat korang menjerit (samada ketakutan atau kegirangan di atas bot).

Senarai tempat menarik di Mersing 2022
Boat drift yang mendebarkan

Senarai tempat menarik di Mersing 2022
 
Anak-anak macam layan saja alhamdulillah setakat ni tak kata takut ke atas bot. Lama juga boatman pusing dan adakalanya boat akan stagnant untuk beri peluang peserta bergambar berlatarbelakangkan pulau.

Saya kalau bot beralun macam tu mula lah rasa nak muntah tiba, tapi tahan jela pandang-pandang ke arah langit dan pulau. Masa boatman dah mula speeding alhamdulillah dah mula okey.

Pulau Tinggi ( Rehat/Solat dan Minum Petang)

Alhamdulillah perkhidmatan yang disediakan memang terbaik. Dengan unlimited snack dan air kotak/mineral atas bot, makanan tengahari dan juga minum petang yang sedap saya rasa sangat berbaloi dengan pakejnya. 

Juga disediakan snorkelling goggle dan juga safety jacket yang wajib dipakai sepanjang masa di atas bot. Kalau nak lebih detail korang boleh baca persediaan yang diperlukan sebelum ke pulau.

Di pulau tinggi ini juga ada taman-taman laut yang kita boleh aktiviti menyelam dan snorkelling. Kalau ada bajet lebih boleh stay di resort yang ada di sini.

Senarai tempat menarik di Mersing 2022
 
Kira-kira dalam jam 5 petang kami bergerak balik je Jeti Mersing. Alhamdulillah hari yang baik, cuaca juga baik. Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan terutamanya untuk anak-anak ingatan dimasa depan inshaAllah.
 
Sebelum ke homestay kami berhenti makan tomyam dan sotong celup tepung di kedai makan sekitar Tanjung Genting. Malam kami berehat sahaja di homestay - Kepenatan.

Hari Ke-3 Di Mersing :

Selesai minum pagi, anak-anak tanya kalau boleh mandi pantai lagi. Mestilah boleh ! Kami ke Pantai Air Papan untuk sambung mandi laut. Saya tak mandi cuma tunggu di tepi pantai saja. 

Senarai tempat menarik di Mersing 2022

 
Dalam jam 11.30 selepas anak-anak mandi dan bersihkan diri kami ke gerai makan sekitar untuk makan tengahari. Sempat juga la grab sebalang biskut tart nenas buat kudapan dalam kereta nanti.

Selepas makan kami terus bergerak pulang ke rumah. Alhamdulillah kira 3 jam berjalanan kami sampai dan berehat.
 

Berapa Kos Island Hopping dan Penginapan di Mersing?

  • Day Trip Island Hopping (Pakej termasuk peralatan snorkelling, life jacket, life guard/speedboat, makanan) : RM160 dewasa & RM90 kanak-kanak - (Harga berubah-ubah ikut keadaan semasa)
  • Parking kereta satu hari di Jeti : RM15
  • Homestay ( 2 bilik , 1 katil queen, 2 katil single, ada tilam toto) : RM150/malam

Ringkasan Itinerary 3 Hari Ke 5 Tempat Menarik Di Mersing

 Hari Pertama

  • Melawat Mersing Geopark
  • Berkelah di pantai Penyabong
  • Melawat Pantai Tanjung Genting (Lihat fenomena bulan penuh, minum petang di gerai sekitar pantai )

Hari Kedua
  • Melawat 5 pulau (Island Hopping) - Pulau Sibu Kukus, Pulau Lima, Pulau Mentinggi, Pulau Tokong Rakit, Pulau Tinggi
  • Makan malam di kedai makan sekitar Pantai Tanjung Genting

Hari Ketiga
  • Sarapan di homestay
  • Berkelah dan mandi laut di pantai Air Papan
  • Makan tengahari di gerai sekitar Mersing
  • Pulang ke rumah


Post a Comment

0 Comments