Rezeki Rambutan Gula Batu Gading

6

Rezeki anak-anak dapat makan buah rambutan gula batu masa balik kampung. Nak kata pokok rambutan yang ini selalu berbuah tak juga. Cuma tahun ni memang meriah sangat berbuah. Ada lagi satu pokok buah rambutan gading juga galak berbuah. 


Cuma masa balik tu ramai saudara mara lain dah datang kait buah. Tinggal saki baki sahaja tapi cukuplah untuk kami anak-beranak rasa. Yang berbaki pun masih banyak sampai puas makan. Hujung minggu ni ada juga rasa nak berkelah ke Pantai Purnama, Port Dickson


rambutan gula batu rambutan gading
Bawah rambutan gula batu, kuning rambutan gading

jenis pokok rambutan
Pokok rambutan gula batu

Tapi risau pula kalau laluan ke sana naik air lalu jalan kampung. Cuaca sekarang ni macam tak berapa nak menentu. Pagi panas tapi bila nak masuk tengahari tiba-tiba hujan lebat. 


Berbalik pada rambutan yang dah dikait banyak-banyak tu saya kupas semuanya. Tujuannya supaya semua buah rambutan ni sempat dimakan sebelum membusuk. Lepas tu simpan dalam bekas kat peti sejuk. Boleh la ulang-ulang makan sambil tengok drama Korea kat Netflix


isi rambutan gading rambutan gula batu
Isi buah rambutan sedia dikupas

Anak Pokok Rambutan dari MARDI

Rumah mak kami ni terletak di Felda. Untuk pengetahuan semasa mula-mula masuk Felda, kebanyakan peneroka akan diberi anak pokok buah-buahan untuk ditanam. Antaranya ialah anak pokok rambutan, durian, durian belanda, anak pokok mangga pauh dan pelbagai lagi. 


Tapak rumah peneroka Felda kebiasaannya ada ruang yang lebar dibahagian belakang. Jadi dekat situ disuruh tanam anak pokok buah-buahan tempatan tadi.


Anak pokok pun bukan yang biasa, semuanya yang berkualiti dari MARDI. Hasilnya sampai ke anak cucu semua boleh merasa buah-buahan tempatan apabila tiba musimnya.


Antara Jenis-Jenis Rambutan 

Dari info pertanian mengenai rambutan, antara jenis-jenis rambutan yang sering ditanam di negara Malaysia termasuklah yang popular iaitu;

  • Rambutan gading (R156)
  • Rambutan gula batu (R191)
  • Rambutan anak sekolah (R196)
Dan pelbagai jenis pokok rambutan yang lain. Kalau dapat tanam rambutan lepas tu berbuah lebat pula kan. Memang berjasa turun-temurun. 

Bukan setakat boleh makan satu keluarga, jiran pun turut dapat merasa. Tak perlu kita nak beli kalau tiba musim buah-buahan tempatan. 

Pajak Pokok Rambutan

Pernah dengar tak orang pajak pokok rambutan. Masa kecil-kecil dulu arwah nenek biasanya akan pajak pokok rambutan pada sesiapa yang berminat. Contoh arwah pernah pajak dalam RM200 lebih untuk satu pokok. 

Siapa yang dapat pajak dia boleh ambil semua buah rambutan pokok yang dipajak. Kebiasaannya untuk dibuat jualan. Jadi kalau pokok dah kena pajak, kami anak cucu tak boleh lah suka hati pergi kait rambutan tersebut. 

Kalau nak kena beli timbang pada yang dapat pajak.

Tapi biasanya pokok rambutan bukanlah sebatang kat kebun arwah. Ada macam-macam jenis jadi memang tak luak pun kalau kena pajak sebatang.

Post a Comment

6 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

  1. Sedapnya rambutan! Dulu2 balik kampung suami selalu pegi petik rambutan. Sekarang dah takde sbb tanah tu dah diambik kerajaan untuk luaskan jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun suka sangat rambutan. Allahuakbar sedihnya. Mungkin ada rezeki lain juga sis.

      Delete
  2. Musim buah kali ini memang lebat buah rambutannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, banyak buahnya. Puas makan rambutan.

      Delete
  3. lamanya tak makan rambutan. terliur pulak. sedap kalau petik dari pokok terus masuk mulut

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Kupas siap-siap, simpan dalam peti sejuk ... memang syok!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top