Jalan-Jalan Tempat Menarik Melaka Bersama Keluarga

0

Banyak rupanya tempat menarik di Melaka kalau nak diikutkan. Kalau pergi sekali memang tak habis nak round semua. Cerita ni masa lepas mandi laut dekat Pantai Purnama Port Dickson (PD) hari tu. Habis mandi semua dah kepenatan nak teruskan perjalanan. 


Jadi akhirnya kami buat keputusan untuk stay di Port Dickson sahaja awalnya. Malangnya hari minggu memang susah nak dapat menginap secara walk-in. Jadi kami berkelah sahaja dekat Pantai Purnama sebelum teruskan perjalanana ke Melaka. Hari-hari cuti macam nilah baru berpeluang nak luangkan masa dengan keluarga. Kalau tak hari sekolah penuh dengan aktiviti dan suami pun kerja banyak kalau nak berjalan. 


Bercuti ke Tempat Menarik di Melaka 

Sebabkan musim cuti memang payah juga nak dapat tempat menginap di bandar Melaka. Kalau tak dapat rasa ralat juga nak teruskan plan jalan-jalan ke tempat menarik di Melaka ni. Tapi rezeki ada juga sebab kami dapat bilik di Asiatic Hotel. 


Hotel nampak baru dan bersebelahan dengan Ricchiamo Coffee. Parkir kereta agak mencabar kalau masa tengah sibuk. Parkir kereta kalau lambat kena letak jauh sikit dari hotel. Tetapi kami bernasib baik dapat letak kereta depan hotel. 


Bilik okey standard cuma berdekatan dengan deretan kedai lain di bahagian belakang hotel. Masa kami pergi sini ada pembinaan berdekatan hotel jadi suasana malam tu bising sikit tapi masih boleh tidur macam biasa. 


Kami minta extra bed untuk Harith sebab family room penuh. Front desk mesra pelanggan dan harga bilik berpatutan.


Bercuti di tempat best dan menarik di Melaka
Tempat menginap - Asiatic Hotel Melaka

Bercuti di tempat best dan menarik di Melaka
Tempat menginap - Asiatic Hotel Melaka

Antara Tempat Menarik Melaka Yang Sempat Dilawati

1- Bayou Lagoon Park (Masuk Taman Air Sahaja)

Hotel tiada swimming pool tetapi tiada masalah sebab kami ke Bayou Lagoon Park untuk bermain air di sana. Seronok anak-anak main air sebab ada banyak kolam (pool) yang boleh dicuba. 

Dari yang besar sehinggalah yang paling kecil. Ibu bapa juga boleh ikut bermain air sekali termasuklah kami suami isteri. 

Bercuti di tempat best dan menarik di Melaka
Boleh main air di Bayou Lagoon Park

2- Naik Menara Taming Sari 

Kami beli siap-siap tiket untuk naik ke Taming Sari di Shopee. Dalam harapan untuk skip part beratur panjang kononnya. Tetapi sebabkan SOP musim pandemik ini maka semua pengunjung tetap kena beratur juga dari awal. 

Tiket akan di cetak dikaunter selepas tunjukkan bukti pembelian dari ejen di Shopee.

Seronok betul dapat naik Menara Taming Sari ini. Saya dah lama teringin nak naik dan lihat pemandangan bandar raya Melaka daripada atas. Boleh nampak selat Melaka dan juga kawasan bandar.

Bercuti di tempat best dan menarik di Melaka
Pemandangan bandar raya Melaka dari Menara Taming Sari

3- Menyusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise

Untuk plan menyusuri sungai Melaka ini kami pilih untuk naik pada waktu malam. Lagi sekali kena beratur panjang untuk sampai ke kaunter tiket disebabkan SOP yang agak ketat. Sebenarnya kami dah pun beli tiket Melaka River Cruise ini di Shopee dengan harapan yang sama juga untuk tidak beratur panjang. 

Namun apakan daya kena ikutkan sahaja peraturan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan. Yang penting dapat naik dan semuanya selamat begitu. Anak-anak pun tak banyak meragam jadi kami ikutkan sahaja.

Bercuti di tempat best dan menarik di Melaka
Melaka River Cruise pada waktu malam

4- Cendol Hulu Melaka @Makan Avenue

Masa ni kami letak kereta berdekatan dengan Jonker Street. Jauh juga nak menapak ke Makan Avenue ni. Oleh kerana pengunjung yang agak ramai maka kami perlu tunggu sebentar untuk mendapatkan meja untuk duduk. Rata-rata menunggu untuk duduk di sebelah sungai. 

Memang cantiklah pemandangan jika makan sambil tengok sungai dan mural. Tetapi kami ambil tempat duduk di dalam sahaja sebab dah sakit kaki menunggu sambil berdiri. Antara menu yang boleh didapati ialah cendol Kampung Hulu, nasi kukus ayam, pelbagai jenis air dan juga cheese corn dog.

Bercuti di tempat best dan menarik di Melaka

Bercuti di tempat best dan menarik di Melaka
Selain cendol ada juga menu nasi kukus ayam rempah

5-  Dinosaur Encounter & Night Safari di Zoo Melaka

Menarik juga pengalaman ke Night Safari di Zoo Melaka sekarang ni. Lagi-lagi tengah ada Dinosaur Encounter yang boleh kita lawati sekali. Harga tiket sudah termasuk untuk kedua-dua aktiviti ini. Cuma untuk permainan VR (virtual reality) kena bayar asing . RM15/orang. 

Bercuti di tempat best dan menarik di Melaka


Itulah antara senarai tempat menarik yang terdapat di Melaka. Ada lagi sebenarnya tapi nanti saya update untuk artikel yang lain pula inshaAllah.

Anda dah ada yang sampai ke Melaka untuk bercuti? 

Jom share di komen.

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top