Pengalaman Ke Dinosaur Encounter Zoo Melaka & Night Safari

0

Sebenarnya plan ke sini dah lama, tetapi terbantut dek kerana kos dan juga penutupan jalan antara negeri beberapa bulan yang lepas.  Pengalaman ke Dinosaur Encounter Melaka adalah yang pertama untuk kami sekeluarga. Untuk info semua tempat ini telah dibuka pada 25 Disember tahun 2020. 


Berbanding dengan Dinosaur Encounter yang lain di Malaysia, Dinosaur Encounter Zoo Melaka merupakan taman interaktif terbesar di Malaysia malah di Asia Tenggara. Jadi memang sangat tak rugi bawa anak-anak dan keluarga ke sini untuk melihat pelbagai jenis dinosaur yang dipamerkan. 


tiket Dinosaur Encounter Zoo Melaka dan Night Safari
Pintu masuk ke Night Safari Zoo Melaka

Tiket Masuk Dinosaur Encounter Melaka

Harga tiket Dinosur Encounter Melaka termasuk sekali harga tiket masuk ke Night Safari di Zoo Melaka. Jadi ini merupakan salah satu tarikan baru untuk tarik minat pengunjung datang ke sini. Dinosaur Encouter Zoo Melaka juga ada menawarkan kira-kira 150 dinosaur bersaiz 1:1 (saiz sebenar) dipamerkan.


Okey, untuk Night Safari kami datang petang ke Zoo Melaka sebab niat nak beli tiket lebih awal tetapi hampa. Ini sebab terlalu ramai pengunjung dan tiket online hanya dibuka untuk beli tiket zoo lawatan siang sahaja. 


Jadi terpaksa juga kami datang lebih awal pada malamnya dalam jam 8.00 pm untuk beratur di kaunter tiket.


Musim cuti biasanya memang sangat ramai pengunjung yang membawa keluarga datang ke sini maka kalau anda nak beli tiket kena datang awal.


Terkejut Lihat Dinosour Tiba-tiba Berbunyi dan Sangat Besar

Nak ketawa sendiri apabila teringat. Terkejut masa lihat dinasour dekat sana mengeluarkan bunyi. Kuat pula tu. Terasa macam dalam filem Jurassic Park. Lagi-lagi tengah malam gelap macam ketika itu. 


Jadi kalau anda nak bawa anak kecil kena bersedia juga dengan keseraman keadaan waktu malam dan juga bunyi dinasour yang agak real. 


Dinosaur Encounter Zoo Melaka & Night Safari
Macam berada di dalam Jurassic Park

Permainan Virtual Reality (VR) di Dalam Dinosaur Encounter

Anak-anak tidak melepaskan peluang untuk cuba bermain permainan interaktif menggunakan alat VR Box. Kos sewaan setiap sesi ialah RM15/orang. Sebelum pemain yang lain bertukar, setiap kerusi dan alatan akan disanitasi dahulu. 

Memang suatu pengalaman yang sangat menarik untuk mereka. Anak pula tidak habis-habis bercerita tentang seronoknya dia bermain permainan tembak-menembak menggunakan VR Box. Saya pula jadi tukang tengok dan ambil gambar sahaja.

tiket Dinosaur Encounter Zoo Melaka,
Permainan Interaktif (VR Games)

Pengalaman Tidak Dapat Dilupakan di Zoo Melaka Night Safari

Ketika tiket sudah dibeli, maka kami sekeluarga masuk ke dalam zoo. Setiap pengunjung perlu beratur untuk menaiki tram untuk melihat haiwan-haiwan yang ada pada waktu malam. Atas faktor keselamatan kami tidak boleh berjalan sendiri ke kandang-kandang haiwan yang ada. Setiap tram akan dibawa dengan seorang juru pandu. 

Sambil melihat aktiviti yang dilakukan haiwan pada waktu malam, kami diberi penerangan tentang habitat dan juga kelakuan haiwan-haiwan berkenaan. 

Anak-anak sangat teruja melihat pelbagai jenis binatang yang aktif diwaktu malam seperti harimau bintang, ular, dan juga pelbagai lagi.

Pengalaman yang pada saya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Ini juga merupakan pengalaman saya yang pertama ke Night Safari.

tiket Dinosaur Encounter Zoo Melaka, night safari zoo melaka
Keadaan sebenar lebih gelap daripada gambar (diedit)

Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Ke Dinosaur Encounter Zoo Melaka & Night Safari

  • Untuk Night Safari di Zoo Melaka anda perlu semak dahulu samada ianya buka atau tidak sebelum ke sana. Saya call zoo dahulu untuk kepastian.
  • Biasanya banyak nyamuk. Jadi boleh spray atau sapu kaki tangan anak-anak dengan penghalau nyamuk dahulu sebelum masuk ke Zoo.
  • Walaupun pada malam hari namun suasana mungkin agak panas. Ini disebabkan Zoo berada dalam kawasan pokok tinggi dan belukar.
  • Anda boleh bawa kipas tangan atau kipas elektronik yang kecil sebelum ke sana. Atau boleh pakai seluar dan baju lengan panjang untuk elakkan dari digigit nyamuk.
  • Gerai makanan/minuman mungkin ditutup, jadi disarankan bawa bekalan air dan makanan untuk alas perut anak-anak juga ibubapa.

Ada yang dah pernah ke sini? Macam mana pengalaman anda, jom tulis di komen.

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top