Mudah Rupanya Buat Dalgona Candy Ala Squid Game

Dah buat gula-gula dalgona yang pernah viral hari tu. Saja nak letak sini untuk rujukan masa depan.

Kisahnya anak-anak main squid game dalam Roblox. Drama Squid Game tu saya tak bagi mereka tengok sebab ada adegan yang tidak berapa sesuai untuk anak-anak bawah umur.

Tapi macam mana diaorang ni tahu mengenai dalgona candy ni? 

Sebab game di Roblox tu ada game yang kena pecahkan bentuk gula-gula dalgona tu. Jadi dari situ la idea nak try buat muncul. 

Okey jom saya kongsikan cara-cara nak buat gula-gula dalgona yang katanya sangat popular di Korea ni. 

Masa saya ke Seoul dulu tak perasan pula orang jual. Mungkin sebab belum viral agaknya. 

Resepi Gula-Gula Dalgona Mudah

Bahan-bahannya;

  • Gula pasir dalam 2 - 3 sudu makan
  • Soda bikarbonat ( secubit kecil- agak-agak je)
  • Senduk tahan panas (tahan api dapur)
  • Parchment paper/kertas minyak (yang buat alas untuk baking tu)
  • Loyang biskut (untuk dijadikan bentuk)
  • Bekas aluminium untuk menekan gula cair (disapukan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat dengan gula)

Cara Buat Dalgona Candy

  • Buka air dapur (sederhana besar)
  • Panaskan gula pasir di dalam senduk tahan panas 
  • Kacaukan gula yang mula mencair (jangan sampai hangus)
  • Apabila semua gula cair masukkan secubit soda bikarbonat
  • Kacau laju-laju sehingga pekat
  • Tuangkan diatas parchment paper tadi 
  • Tekan gula yang cair dengan bekas aluminium sekali sahaja
  • Kemudian tekan dengan loyang kuih (untuk bentuk)
  • Tunggu sehingga sejuk dan sedia untuk dinikmati.
  • Kacau jangan sampai hangus.
  • Sikit je soda sebab kalau banyak nanti pahit
  • Tuang atas kertas parchment (kertas minyak)



    cara Buat Dalgona Candy Ala Squid Game

    Jadi lah dua bentuk untuk anak berdua.

    Caramel Ice Latte dengan Dalgona Candy

    Hah! Jadi dah dalgona candy ni. Anak-anak seronok nak pecahkan ikut bentuk acuan tu sahaja. Rasa sedikit sahaja lepas tu tak nak dah. 

    Gula-gula dalgona ni jangan dibuang kalau tak habis, tetapi boleh dicampurkan dengan bancuhan air kopi. Boleh la buat caramel ice latte ke kan, sedap!

    Selamat mencuba semua. 

    Post a Comment

    0 Comments

    Ad Code