5 Sunscreen Terbaik di Watsons Mudah Didapati

Kali ini saya senaraikan antara 5 sunscreen terbaik di Watsons untuk kemudahan korang. Sunscreen ini juga boleh digunakan untuk kulit kering dan sensitif. 

Untuk info kita seeloknya kena pakai sunscreen untuk wajah setiap hari. Salah satu sebab ialah untuk jaga kulit muka dari masalah penuaan berlaku lebih cepat dari umur semasa. 

Antara kebaikan sunscreen ini antaranya dapat melindungi kulit dari kesan pancaran UVA/UVB dari sinaran matahari. Lebih lagi kalau korang selalu berkelah di pantai ataupun plan untuk road trip Semenanjung Malaysia. 

Antara Kesan Akibat Terdedah Lama Pada Cahaya UV

  • Kulit akan lebih cepat berkedut
  • Kelihatan kusam dan tidak bermaya
  • Timbul bintik hitam dan jeragat
  • Risiko terhadap kanser kulit


Selain dari itu antara ciri terbaik perlindungan kulit  ialah dengan menggunakan sunscreen yang mempunyai SPF 30 ke atas. 


5 Sunscreen Terbaik di Watsons Boleh Anda Beli

1- BIORE UV Perfect Milk Cool SPF50+ Daily Sunscreen

sunscreen terbaik di watsons
Yang ini ada tambahan esen yang menyegarkan (cooling). Jadi ianya antara sunscreen terbaik boleh dicuba. Teksturnya juga ringan dan tidak melekit sesuai untuk kegunaan harian. 

Oleh itu ianya merupakan salah satu sunscreen terbaik di Watsons yang boleh didapati dengan mudah.

Harga asal: RM19.80 (25ml)


2- BIO-ESSENCE Bio-Water Hydrating Sunscreen SPF50

sunscreen terbaik di watsons

Antara kebaikan sunscreen dari Bio-Essence ini ialah sesuai untuk semua jenis kulit . Selain itu ianya juga tidak pedihkan mata dan kurang kesan tompok putih seperti jenama sunscreen yang lain. 

Sangat sesuai digunakan sebagai sunscreen harian.

Harga asal: RM48.90 (40ml) 


3- WATSONS Whitening Sunscreen Face & Body Lotion SPF50+ 


Watsons juga tidak ketinggalan mengeluarkan sunscreennya sendiri. Didatangkan dengan SPF50+  dan juga boleh digunakan untuk kulit muka dan juga badan. 

Harga asal: RM39.90 (100ml)


4- WARDAH UV Shield Sunscreen Gel SPF30 

sunscreen terbaik 2022
Terdapat sesetengah orang yang mempunyai kulit sensitif terhadap sunscreen SPF tinggi seperti SPF50 ke atas. Oleh itu mungkin anda boleh pertimbangan jenama Wardah dengan SPF30 untuk sunscreen kegunaan harian. 

Harga asal: RM13 (40ml)


5- SUNPLAY Skin Aqua Tone Up UV Essence SPF50+

Boleh juga digunakan sebagai lapisan asas sebelum mekap. Teksturnya ringan dan mudah meresap ke dalam kulit. Cuma kena guna makeup remover sebab ianya kalis air sebelum berwuduk dan sebagainya.

Harga asal: RM65.90 (80g)


Sunscreen Penting Untuk Lindungi Kulit

Sunscreen memang penting sangat untuk lindungi kulit dari terbakar oleh sinaran matahari. Pernah sekali kami jalan-jalan ke pantai lepas tu lupa nak pakai sunscreen. Apalagi kulit masing-masing jadi macam udang goreng. Pedih!

Untuk sunscreen bukan sekali pakai sahaja. Dalam beberapa jam kena sapu semula pada kulit untuk kekalkan kesan perlindungan optimum. 

Untuk yang jenis kalis air ni pula anda kena tanggalkan dengan makeup remover untuk hilangkannya dari kulit.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

3 Comments

  1. bagus pakai sunscreen dari muda. saya memang amalkan walau setakat duduk di rumah. cuma saya akan elakkan yang ada alkohol supaya kulit tak kering

    ReplyDelete
  2. VM pakai yg first tuu heheheh

    ReplyDelete
  3. kadang pakai kadang malas gak pakai sunscreen esp bila nak cepat heehe... dalam umah pun kena pakai lebih2 lagi bila dok depan laptop je kan :)

    ReplyDelete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code