Daytrip ke 4 Tempat Menarik Pengerang dan Desaru Johor

0

Cuti hujung minggu lepas kami sekeluarga sempat singgah ke beberapa tempat menarik di Pengerang dan Desaru, Johor. Sebelum ni paling jauh sampai pun ke pantai sekitar Desaru, Pantai Tanjung Balau dan juga Bandar Penawar. 


Sebelum ke sini kami juga berpeluang melawat tanah paling hujung di benua Asia yang terletak di Tanjung Piai, Pontian.


Jadi ini merupakan pengalaman pertama kali kami sekeluarga ke Pengerang. 


Jom baca lagi tempat yang boleh dilawati di sekitar Pengerang dan juga Desaru yang berada dalam daerah Kota Tinggi Johor.


Antara Tempat Menarik di Pengerang dan Desaru

1- Desaru Ostrich Farm

Kami sempat singgah melawat ladang burung unta yang terletak di Pengerang. Nak ke sini anda kena tengok betul-betul jalan masuk yang agak tersorok. 

Kalau terlajak jalan, memang boleh terlepas simpang masuk ke Ostrich Farm ini. 

Untuk pertama kalinya juga kami berpeluang lihat sendiri telur burung unta yang dibuka secara live oleh pekerja ladang. Ikut kata mereka, saiz sebiji telur burung unta ini bersamaan dengan 13 biji telur ayam. 


tempat menarik di pengerang, desaru bandar penawar kota tinggi
Tanda Ostrich Farm

tempat menarik di pengerang, desaru bandar penawar kota tinggi
Pekerja ladang sedang beri makan pada burung unta.

tempat menarik di pengerang, desaru bandar penawar kota tinggi
Burung unta bersaiz dewasa

tempat menarik di pengerang, desaru bandar penawar kota tinggi
Terdapat juga ayam yang dibela untuk dijual.

tempat menarik di pengerang, desaru bandar penawar kota tinggi
Antara burung unta yang jinak dengan pengunjung

tempat menarik di pengerang, desaru bandar penawar kota tinggi
Pertunjukan cara membuka telur burung unta

Anda juga boleh memilih untuk nikmati telur goreng burung unta dengan harga yang ditetapkan. Selain itu terdapat juga aktiviti menunggang burung unta untuk pengunjung yang bersaiz kecil sahaja dengan bayaran sebanyak RM 20. 

Lokasi: Jalan Telok Ramunia, Kampung Changi, 81600 Pengerang, Johor

2- Jeti Lama Jomis, Sungai Rengit


Untuk suka ambil gambar dan ber-OOTD, anda boleh cuba singgah di Jeti Lama Jomis Sungai Rengit. 


Lokasi: Jeti Lama Sungai Rengit, Kg Sungai Rengit Pengerang Kota Tinggi Johor


3- Warung Lobster Tepian Sungai

Niat nak makan lobster di Warung Losbster Tepian Sungai ni, tapi kedai ditutup masa kami sampai. Mungkin lain kali saja. 

Kalau nak pastikan masa dan hari kedai di buka, anda boleh semak di laman Facebook Warung Lobster mereka. 

Kredit gambar : Facebook Warung Lobster

Kredit gambar: Facebook Warung Lobster


Jadi taklah kecewa kalau sampai dari jauh tetapi kedai ditutup. Terliur juga kan tengok gambar-gambar lobster masak telur asin ni. Insha'allah ada masa lain kami update lagi kalau sudah ke sini kelak.

Lokasi: Jalan Pantai, Kampung Sungai Rengit, 81600 Bandar Penawar, Johor

4- Berkelah di Pantai Batu Layar

Antara pantai yang boleh disinggah untuk berkelah dan mandi laut adalah Pantai Batu Layar. Pantai yang sangat cantik dan semestinya sangat ramai pengunjung ketika hari cuti. 


Masa kami sampai kena bayar parking kereta RM3 sebab letak di kawasan berpagar. 

Kredit gambar: Google

Sebenarnya kami sendiri pun tak pasti sama ada ianya kawasan persendirian ataupun awam. Kalau letak kereta di kawasan tiada pagar barulah percuma. Tandas ada disediakan tetapi agak jauh dari pantai.


Terdapat Pelbagai Tempat Penginapan dan Resort

Kalau bercadang nak bermalam di sekitar sini tak susah sebab memang ada banyak tempat menginap seperti hotel, resort dan juga homestay. Cuma cabarannya ialah pengunjung memang sangat ramai semasa hari cuti.

Jadi kalau anda bercadang nak bercuti di tempat menarik di Pengerang dan Desaru maka mula rancang perjalanan anda sekeluarga.

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top