Pengalaman Ke Tempat Menarik Kukup & Tanjung Piai

0

Cuti hari minggu lepas kami sekeluarga tidak lepaskan peluang untuk ke tempat menarik di Kukup yang terletak di daerah Pontian, Johor. Kukup merupakan suatu mukim yang mempunyai beberapa perkampungan nelayan dan juga taman negara Pulau Kukup yang popular di sini. 


Selain itu ianya juga terkenal dengan restoran makanan laut yang dibina di atas air. Sebelum ni kami selalu jalan-jalan dan makan seafood di sekitar Tanjung Adang berdekatan dengan Forest City dan juga Tanjung Pelepas. 


Antara Tempat Menarik Kukup, Pontian Johor

Walaupun dah lama menetap di Johor, namun ini merupakan pengalaman pertama kami sekeluarga ke Kukup, Pontian. Kami sempat singgah ke beberapa tempat menarik yang ada di sekitar Kukup termasuklah melawat ke Tanjung Piai. 

Pada saya memang agak jauh dari pusat bandar tetapi berbaloi untuk dilawati. Jom baca lagi antara tempat menarik di sekitar Kukup, Pontian Johor.

Perkampungan Nelayan Kukup


Kampung nelayan air masin yang ada di Kukup ini merupakan antara kawasan perkampungan dengan aktiviti perikanan oleh penduduk yang rata-rata berketurunan Cina. Terdapat juga jeti untuk kemudahan pengunjung ke Taman Negara Pulau Kukup. 

Tetapi ketika ke sini, kami cuma berjalan-jalan di sekitar kampung nelayan sahaja tanpa ke Pulau Kukup. Lagi-lagi masa sampai pun dah agak tengahari jadi macam tak sempat nak kejar bot ke Pulau Kukup.

Pemandangan di kampung nelayan

Desastay Kg. Kukup Laut

Terdapat juga kedai menjual cenderahati

Papan tanda Kampung Nelayan Air Masin yang semakin uzur


Melawat Taman Negara Tanjung Piai- Penghujung Benua Eurasia

Tanjung Piai adalah tanah paling selatan di benua Asia dan Eurasia. Di sini terdapat Taman Negara Tanjung Piai dan pengunjung hampir boleh melihat tiga negara sekaligus (Malaysia, Pulau Karimun (Indonesia) dan juga Singapura).

Anak-anak juga sangat teruja serta gembira dapat belajar perkara baru berkenaan dengan geografi Semenanjung Malaysia dan benua Asia.

Tempat menarik di Kukup Tanjung Piai Johor
Mercu Tanda Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Tempat menarik di Kukup Tanjung Piai Johor
Hutan paya bakau di Taman Negara Tanjung Piai

Tempat menarik di Kukup Tanjung Piai Johor 2022
Pulau Karimun (Indonesia) terletak kira-kira 25km berhadapan Tanjung Piai ini

Untuk ke mercu tanda paling hujung iaitu yang berbentuk globe, pengunjung perlu berjalan kira-kira dalam 500 meter melalui laluan berkayu. 

Di sepanjang laluan berkayu ini juga terdapat papan tanda informasi tentang habitat flora dan fauna yang ada di kawasan paya bakau termasuklah siput berongan, ketam, dan juga ikan belacak. 

Selain dari flora dan fauna, kami juga berpeluang melihat pemandangan kapal-kapal dagang yang sedang berlabuh dan keluar masuk dari Pelabuhan Tanjung Pelepas. 

Pemandangan yang luas dan juga cantik.

Harga Tiket Masuk ke Taman Negara Tanjung Piai 2022

Harga tiket yang perlu dibayar sebelum masuk adalah ;

Dewasa (Bukan Warganegara): RM10
Dewasa (Warganegara) : RM5
Kanak-kanak/ Pelajar : RM3

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top