Tempat Makan Seafood Tanjung Adang, Tanjung Pelepas Johor

0

Kalau ke Johor nak makan seafood selain di Senibong boleh ke Tanjung Adang berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kalau ikut highway keluar ke Tanjung Pelepas dan terus sampai nampak signboard Forest City tetapi belok ke arah kanan. Sedap juga makan masakan seafood di Tanjung Adang kalau anda nak tahu.


Ikut je jalan tu sampai jumpa simpang tiga dan belok kiri lalu kawasan perkampungan yang terletak betul-betul sebelah kawasan perindustrian Pelabuhan Tanjung Pelepas dan akan nampak signboard Restoran Yeo's Sekeluarga. 


Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga Tanjung Adang

Saya sekeluarga suka ke sini sebab boleh jalan-jalan ke Forest City sekali untuk bawa anak-anak mandi kolam renang terbuka (baca: berbayar). Maksudnya terbuka untuk orang ramai tetapi dengan bayaran masuk macam tu. 


Kalau ke Forest City biasanya selain mandi kolam renang, tengok pemandangan laut berhadapan dengan Singapura. 

restoran makanan laut yeo sekeluarga gelang patah
Photo: Forest City dapat dilihat jelas daripada restoran

Masakan Seafood Sedap dan Segar

Restoran terletak dalam kawasan hutan paya bakau dan dimiliki oleh keluarga Cina Muslim. Jadi kita akan makan dalam restoran yang dibina diatas air laut sambil menikmati keindahan alam semulajadi.


Jika korang dalam perancangan ke Johor Bahru terutamanya ke kawasan berhampiran Legoland, Gelang Patah, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan juga Forest City boleh singgah makan sini jika tak jumpa tempat makan yang sesuai. 


restoran makanan laut yeo sekeluarga gelang patah
Siakap Tiga Rasa

restoran seafood gelang patah johor
Sizzling Tofu ala Cina

Tempat makan best gelang patah
Sotong Goreng Tepung Rangup

Info : Musim Air Pasang Besar


Cuma untuk sedikit info, kalau nak datang kena pastikan bukan pada musim air pasang besar. Sebab mungkin air akan naik hingga ke tempat parking. Boleh call kedai dulu untuk kepastian dan juga booking.


Lokasi : Persisiran Pantai Kampung Tanjung Adang, Gelang Patah 81560 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top