Makan Dim Sum Halal di Canning Dim Sum Ipoh

0

Kami sekeluarga memang peminat Chinese food. Tapi kadang-kadang memang agak susah nak cari kedai makanan Cina yang halal. Jadi masa kami ke Ipoh lepas kami sempat juga singgah di salah satu kedai dim sum iaitu di Restoran Canning Dim Sum yang diperakui halal dari JAKIM. 


Kedai ni terletak betul-betul seberang jalan berhadapan dengan Restoran New Hollywood yang terkenal di Ipoh.Kalau anda nak tahu dim sum adalah antara makanan tradisi masyarakat berbangsa Cina. Kebanyakan dim sum disediakan dengan cara dikukus ataupun digoreng. 


Kalau dulu-dulu susah juga nak cari restoran yang sediakan dim sum halal dan authentic. Paling tidak kena pergi makan di hotel dan harganya pula agak mahal. Apabila diperhatikan restoran ni adalah sebuah rumah banglo corner lot yang dijadikan kedai dim sum yang perakui halal dari JAKIM.

 

Anda boleh dapatkan sijil halal mereka dekat Facebook rasmi Canning Dimsum .


canning dimsum halal ipoh
Pelbagai jenis dim sum halal

Pelbagai Menu Dim Sum Boleh Di Pesan

Selain dari pelbagai jenis dim sum ada juga menu makanan tradisi masyarakat Cina lain seperti Chee Cheong Fun, pelbagai jenis pau dan juga agar-agar herba dan juga kek lobak putih goreng (fried radish cake). 

Saya pula lebih suka yang dikukus lagi-lagi kalau jenis yang ada sup dalam dim sum. Isi dalamnya pula dari pelbagai jenis daging hingga ke makanan laut (seafood). 


canning dimsum halal ipoh
Papan tanda kedai

canning dimsum halal ipoh
Hong Kong Style Chee Cheong Fun.

canning dimsum halal ipoh


canning dimsum halal ipoh
Hiasan dalaman restoran


Dekat Restoran Canning Dim Dum ni anda boleh pilih sama ada nak makan di bahagian luar ataupun di dalam. Pada saya hiasan dalaman kedai memang cantik. Sesuai sangat kalau nak ber-OOTD sambil makan makanan yang sedap di Ipoh. 

Tempat Makan Menarik di Ipoh

Selain ke tempat makan yang menarik di sekitar Ipoh, anda  boleh masukkan Restoran Canning Dim Sum dalam list untuk cuba pelbagai jenis dim sum dan pau yang ada di sini. 

Baca lagi : Antara Senarai Tempat Makan di Ipoh


Lokasi: Canning Dim Sum , No.1, Lebuh Cecil Rae , Taman Canning 31400 Ipoh, Perak

Post a Comment

0 Comments

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog & share artikel ini di Facebook.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top