Singgah Mengopi di Kafe Yard & Co Pengerang

Kalau datang ke Pengerang Johor bolehlah mengopi di Yard & Co. Antara tempat menarik dan port ber-OOTD berhadapan suasana laut di Pengerang. Cantik sangat tempat ni. Cuma kalau hari minggu ramai pengunjung.

Kalau nak bergambar memang sesuai sangat. Sebabnya kafe ni hampir setiap sudutnya cantik dan banyak port instagramable. Selain itu makanannya juga sedap dan terdapat pelbagai menu yang menarik untuk dicuba.

Jika berhajat nak makan di sini lagi mudah boleh book nombor dahulu di link instagram mereka. Jadi tak perlu nak beratur lama kalau dah sampai di kafe. 

Tunggu sahaja pelayan panggil nombor apabila meja sudah sedia.

Pintu masuk ke kafe

Pembinaan masih ada

Kafe Estetik Yard & Co. Pengerang

Dah lama plan nak singgah sini sebenarnya. Maklumlah bukan senang nak merentas jambatan besar Senai-Desaru Expressway ni. Jauh dari rumah.

Jadi masa bawa anak-anak main pantai di pantai sekitar Desaru lepas sempat kami makan tengahari dan mengopi di sini. Best juga makan sambil menikmati pemandangan laut yang sangat cantik dan tenang.

Antara menu yang kami pesan termasuklah;

Laksa pasta

Creme Brulee

Latte dengan gula melaka



Masa kami sampai masih terdapat kerja-kerja pembinaan di tepi kafe. Rasanya tempat ni akan dibesarkan tak lama lagi. 

Kalau ke Pengerang anda boleh juga bawa keluarga melawat ladang burung unta (ostrich farm) Pengerang. Selain itu boleh singgah mandi manda di pantai Desaru dan beberapa tempat menarik lain lagi di sini. 

Lagipun memang ramai betul pengunjung masa hujung minggu sampai tak cukup tempat dan meja. Kalau nak kesini pastikan anda book nombor giliran dahulu online. 

Lokasi : 

Yard & Co.
Lot4785, Lorong Siakap 1, Sungai Rengit, 81620 Pengerang, Johor.
12pm - 7pm (Sabtu-Ahad: 11am-7pm)

https://www.facebook.com/yardnco/

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah pengerang dah membangun ye hehehe bagusss last smp situ rasanya 10 thn lps kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lamanya sis..kena singgah lagi la tu nampaknya hehe

      Delete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code