Resipi Ayam Goreng Berempah Serdak Banyak

Biasa kita tengok orang jual set nasi kukus dengan ayam goreng berempah siap serdak banyak. Kemudian ditambah pula dengan gulai pekat dan juga sambal cili pedas. Wah, terangkat! 

Dulu-dulu masa kerja di Shah Alam selalu singgah makan nasi kukus ayam rempah dekat Kampung Baru Hicom. Makan panas-panas alahai sedapnya la. 

Tapi sekarang kena buat sendiri kat rumah. Boleh masak banyak-banyak untuk sekeluarga. Sebenarnya tak susah pun kalau ikut resipi ayam goreng berempah ni. 

Cuma kena sediakan bahan-bahannya secukupnya dan perap ayam lebih lama.

Ini supaya rasa bahan perap masuk ke dalam daging ayam dan lebih flavorly.

Resepi Ayam Goreng Berempah Banyak Serdak Sedap Untuk 1 Ekor Ayam

Kalau nak sedap boleh guna bahagian ayam yang mempunyai daging lembut seperti sebahagian paha (1/4 ayam). 

Untuk resipi ini saya perap 4 bahagian paha ayam penuh (whole chicken leg). 

Bahan-bahannya

  • 1 ekor ayam sederhana besar
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam 
  • 1 sudu makan serbuk cili atau cili kisar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Daun kari secukupnya (kalau tiada pun tak apa)
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Lebih Halus

  • 1 biji bawang besar 
  • 2 biji bawang putih 
  • 1 inci halia
  • 2 ke 3 batang serai dipotong anggaran satu inci panjang. Kalau nak lebihkan serai pun tiada masalah.

Bahan dikisar Agak Kasar Serta Kering

  • 1 sudu besar ketumbar 
  • 1 sudu besar jintan kasar 
  • 1 sudu besar jintan manis

Cara-Cara Masak Ayam Berempah dengan Serdak Banyak

  • Bahan-bahan diatas disatukan dan lumurkan pada ayam
  • Perap dalam dua ke tiga jam atau lagi lama pun tiada masalah.
  • Sediakan minyak masak dan dipanaskan
  • Goreng ayam secara deep fry (ayam tenggelam dalam minyak) sehingga masak
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

cara buat ayam berempah serdak banyak
Ayam berempah dengan serdak banyak

cara buat ayam berempah serdak banyak
Tumbuk kasar (jintan manis, jintan kasar dan ketumbar)

cara buat ayam berempah serdak banyak
Blender semua bahan kecuali bahan kering

cara buat ayam berempah serdak banyak
Perap selama 3 jam atau lebih


Masa tengah goreng ayam tu kalau serdaknya dah masak boleh keluarkan dahulu. Selain itu kalau nak tambah serdak lebih, bahan perap tu kan goreng dalam api perlahan. 

Kemudian kacau-kacau supaya tidak melekat dan juga hangus.


Boleh dimakan dengan nasi kukus dan juga gulai serta sambal cili/belacan pedas. 

Selamat mencuba semua.

Post a Comment

2 Comments

  1. Suka makan serdak dia tu sebab wangi dan rangup. thanks share recipe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sis, serdak tu penting kena byk hehe

      Delete

Ada pendapat? Jom komen sini.
Terima kasih kerana singgah blog

Ad Code