Advertisement

Cara Buat Ayam Goreng KFC Homemade Simple

Sebenarnya mudah sahaja cara buat ayam goreng KFC homdemade ni sendiri. Kadang-kadang bukan apa, kalau dapat buat sendiri tu boleh makan puas-puas. Selain dari ayam goreng KFC, saya juga suka masak ayam goreng berempah berserdak banyak tu. 

Tambah dengan nasi kukus dan juga kuah gulai atau kari dan juga sambal cili atau belacan. Memang padu!

Okey, untuk cara nak buat ayam goreng KFC di rumah ni caranya ialah dengan gunakan tepung serbaguna Bestari. Tetapi, tepung Bestari ni dia ada pelbagai jenis dan variasi. 

Oleh itu jangan gunakan yang jenis lada hitam atau spicy tu. Pedas juga la rasa dia. Tapi kalau anda suka pedas boleh cuba tepung Bestari yang jenis spicy. 

Cuma untuk ayam goreng ala KFC ni guna sahaja jenis perisa asli. Nanti rasa ayam goreng tu lebih kurang macam ayam KFC original. 

Cara Buat Ayam Goreng Crispy ala KFC Simple 

Bahan-bahannya

  • Ayam setengah ekor
  • Sekotak tepung Bestari perisa asli
  • Air
  • Garam secukupnya
Cara-caranya:

  • Bersihkan bahagian ayam dan toskan airnya
  • Lumurkan ayam dengan garam
  • Keringkan ayam dengan cara lap (dap) dengan tisu dapur
  • Bancuh tepung dengan air (jangan cair sangat)
  • Gaulkan ayam tadi dengan bancuhan tepung Bestari
  • Panaskan minyak guna periuk dalam
  • Salutkan ayam dengan tepung kering sehingga semua permukaan tersalut
  • Masukkan ayam dan goreng dalam minyak sehingga tenggelam
  • Angkat ayam dan toskan minyak di jaring khas


resepi ayam goreng KFC simple
Toskan minyak dari ayam goreng rangup

ayam goreng crispy macam KFC
Letakkan ayam di jaring khas untuk minyak keluar

resepi ayam goreng rangup
salutkan ayam dengan bancuhan tepung Bestari

Goreng dalam minyak banyak dan tenggelam (deep fry)

Saya kalau goreng ayam ala KFC ni selalunya pakai periuk ataupun pan yang dalam. Kita nak bagi ayam goreng tu deep fry untuk rasa yang lebih sedap dan rangup. 

Kemudian ayam goreng jangan letak atas pinggan selepas digoreng. Kalau tidak nanti ayam akan cepat lembik dan juga tidak rangup.

Selamat mencuba semua.

Post a Comment

1 Comments