Cara Dapatkan Balik Duit Akaun Maybank Hilang Kena Scam

Saya pernah hilang duit akaun Maybank kena scam dengan ejen pelancongan. Masa tu saya sedang bekerja dan terima satu panggilan telefon. Scammer ni kata dia nak tawarkan satu pakej melancong dengan harga yang agak murah.

Ketika kejadian saya sedang bekerja dan ada kad kredit. Entah apa yang saya fikirkan masa tu saya cuma jawab ya dan ya lagi untuk setiap soalan beliau. Saya sebenarnya sedang sibuk ketika itu. Jadi kurang beri perhatian kepada apa yang ditanya. 

Di akhir perbualan beliau mengatakan yang pakej bercuti saya sudah ada dah akan dihantar ke rumah. Masa tu baru saya sedar yang saya mungkin telah bocorkan maklumat kad kredit. 

Kemudian saya terima mesej yang transaksi sudah berjaya dilakukan. 

Allah! Kelam kabutnya tak dapat nak cakap.

cara dan dapatkan balik duit hilang dari akaun bank maybank

Cara Dapatkan Balik Duit Akaun Maybank Hilang Atau Kena Scam

Buntu juga masa tu. Pakej percutian yang ditawarkan ketika itu bernilai RM400 lebih. Jadi antara langkah yang saya lakukan untuk dapatkan semula duit dari scammer adalah;

  • Call bank untuk blok kad kredit atau debit anda (nombor ada di belakang kad)
  • Kemudian saya ke balai polis untuk buat satu laporan tentang saya sudah kena scam oleh ejen pelancongan
  • Bawa surat laporan polis ke Maybank terdekat dan dapatkan bantuan pegawai bank berkaitan.
  • Kemudian beliau akan minta untuk isi borang dispute (dispute form) dan juga lampiran report polis tadi.
  • Selepas selesai tunggu sehingga kes di siasat dan jika benar-benar scam transaksi akan dibatalkan oleh pihak bank dalam masa dua minggu bekerja.

Kalau anda hilang duit dari kad debit atau dari akaun bank juga boleh gunakan cara yang sama. Download borang dispute tu dan emailkan kepada pihak bank dengan screen shot atau bukti transaksi yang meragukan.

Untuk kes di atas kad kredit saya terus dibatalkan. Saya pilih untuk batalkan sebab nak elakkan maklumat disalah guna lagi. Kalau nak guna kena apply yang baru.

Dapat Semula Duit Yang Ditolak dari Kad Kredit

Dalam kes saya disebabkan ejen tersebut sudah ada kes terdahulu dalam rekod bank, maka transaksi kad kredit saya dibatalkan. Dalam masa sama boleh pula di ejen tadi call saya tanya kenapa batalkan tempahan. 

Ah! bingung!

Rumit betul nak jawab. Mungkin ada salah saya juga sebab hanya jawab YA untuk soalan beliau.

Pengajaran betul untuk saya ketika kes ni berlaku. Jadi apapun berhati-hati ketika terima panggilan dari sesiapa yang nak jual barang, nak offer pakej percuma dah sebagainya. 

Sangat licik sebab mula-mula macam bertanya dan offer, kemudian tiba-tiba kata pakej dah ready. 

Mana dapat semua detail peribadi kita tu kan. 

Jangan Klik Link Sebarangan di Media Sosial

Lagi satu kan, kalau anda perasan ada ramai yang suka letak link dekat komen kita. Bukan link Shopee tau, dia nampak macam link Facebook tapi sebenarnya bukan. 

Terjadi pada rakan terdekat tiba-tiba duit dalam akaun kena tolak dengan sebab pembelian di Facebook. 

Jadi untuk semua pembaca harap berhati-hati dengan taktik licik scammer ni semua.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code